Monday, 27 March 2017

Bercuti ke Xi'an, China

Assalamualaikum semua,

Last December 2016 kami sekeluarga pergi ke Xi'an semasa cuti Christmas. Usually, office trip di buat pada bulan December.. jadi memang akan terus celebrate birthday ayah di sana.. akan tetapi this year kami awal kan sedikit company trip ke bulan november.. jadi kena la plan lain untuk celebrate birthday ayah. Jadi search punya search the only place yang tak berapa mahal is Xi'an. Kami pun terus tempah flight untuk kesana.. kali ini kami menggunakan perkhidmatan AirAsiaGo.

Kami ke Xi'an selama 5 hari 4 malam.. jadual di sana memang relax2 chill2 aja.. tambah2 lagi ada bawa atuk.. jadi kami susun jadual supaya tak hectic sangat. Jadual kami kesana lebih kurang begini:-

24/12/2016 (Day 1) :
6.15pm : Flight from KUL to Xi'an
23.15pm  : Arrive at Xi'an International Airport
2.00am : Check in Hotel (The Fairway Place, Xian - Marriott Executive Apartment)

25/12/2016 (Day 2) :
10.30am : Bertolak dari Hotel untuk ke Terracotta Warriors Museum
12.00pm : Arrive at Terracotta Museum
3.00pm : Lunch at Xi'an Town dan jalan2 di bandar xi'an
6.00pm : Pergi ke muslim street + jalan-jalan + cari makanan untuk makan malam
8.00pm : Balik ke Hotel

26/12/2016 (Day 3) :
10.30am : shopping at Xi'an Town
1.00pm : Drum and bell tower
3.00pm : Ziarah Masjid tertua di Xian
6.00pm : Muslim street untuk makan malam
8.30pm : balik ke hotel dan rehat

27/12/2016 (Day 4) :
10.30am : Sightseeing xi'an town area
2.00pm : Shopping at the biggest shopping mall in xi'an
6.00pm : Muslim street untuk makan malam
8.30pm : Balik ke hotel dan rehat

28/12/2016 (Day 5) :
Berehat di hotel and extend sampai pukul 6pm..
6.00pm : bertolak ke airport
10.15pm : Flight from Xian to KUL

----------------- Di Bawah ini adalah gambar2 ketika berada di Xi'an -----------------------------------



Sampai di Xi'an memang dah malam sangat..dah la pergi memang gamble tak ada tempah kereta sewa etc.. bila nak cari tempat kereta nak sewa pun tah mana2 n semua kedai dah tutup.. nasib baik lah masa tu ada kereta sapu.. and the price is reasonable.. jadi kami gamble sahaja ambil dengan orang itu..


Nak di jadikan cerita hotel kami agak baru.. jadi ramai yang tidak tahu tempat tu di mana.. luckily saya ada baca review orang tentang hotel itu dan ada seseorang yang comment di review tu bagi nama lain bagi that place .. sy pun snap dan tunjuk pada driver tu and Alhamdulillah dia tahu di mana.. jadi kami pun selamat lah sampai ke destinasi.. memandangkan orang tu baik.. kami pun terus sahaja menggunakan perkhidmatan dia sampai kami balik..


 Atuk keletihan setelah lama berada di dalam flight..




Sebenarnya the highlight of our trip is the hotel!!! memang cantik sangat2.. baru pulak tu.. murah lagi u!!! Masa kami pergi ni kami tempah melalui AirAsiaGo.. jadi flight ticket plus hotel dalam RM1400/orang. sangat murah kan!!! hotel pun cantik menarik dan da bomb!

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...