Monday 14 August 2017

Mad Ayam Kampung, NeoCyber, Cyberjaya

Assalamualaikum semua!!! Hi ~~~

Did you know my family dah buka restaurant di Cyberjaya sekarang???.. It is actually my brother and his partner business and Alhamdulillah dah setahun lebih beroperasi.. dan sambutan amatlah menggalakkan. Restaurant Mad Ayam Kampung Cyberjaya ini terletak di Neocyber, Cyberjaya.. berdekatan dengan bangunan Emkay or Domain Apartment or 99 Speed mart.. sangat mudah untuk ke sini anda hanya perlu waze 'Mad Ayam Kampung' Insya Allah tak sesat.

Kami menyediakan banyak jenis makanan antaranya adalah Ayam Kampung Goreng, Ayam Kampung Masak Percik, Ikan Percik, Gulai Kawah, Sambal Sotong, Lala masak lemak, pelbagai sayuran dan lain2 lagi.. kesemuanya adalah masakan kampung. Restoran Mad Ayam Kampung ini beroperasi dari Hari Sabtu Sampai Khamis (Jumaat Tutup).. buka dari jam 11.30am - 3.00pm. Make sure datang pada masa ini ya.. sebab ramai juga yang datang selepas waktu operasi.. kesian datang jauh2 tapi kedai dah tutup pulak kan.

Setelah setahun lebih beroperasi kami pun ingin meluaskan lagi sayap (chewah! haha) dengan membuat catering secara kecil-kecilan.. jadi sesiapa yang perlukan perkhidmatan catering boleh lah tempah dengan whatsapp di nombor ini ya 019-317 8822 (Khairul). Setakat ini catering yang paling besar kami pernah cater adalah untuk seramai tiga ratus (300) pax. Untuk catering memang baru sangat2 cuba.. jadi jika ada salah silap harap di maafkan..hehe..

Anyway ada tak sesiapa yang pernah makan dekat sini??? jika ada boleh lah berikan feedback.. Klau positive Alhamdulillah.. kalau negative Insya Allah kami akan cuba perbaiki mana yang mampu.

Di bawah ini adalah gambar2 di restaurant semasa family saya buat jamuan hari raya di sana, di mana kami sendiri menempah makanan dari restaurant Mad Ayam Kampung dan membayar sewa untuk penggunaan venue tersebut di malam hari :-































Jadi kepada anda-anda sekalian yang berminat dengan masakan kampung ala-ala masakan kelantan.. jemputlah datang makan di restoran Mad Ayam Kampung Cyberjaya. Rasalah sendiri ke-enakkan nya.. cuba sekali pasti nak lagi..hehe.

p/s : Alhamdulillah restaurant ni sebenarnya dah pernah keluar rancangan jalan-jalan cari makan dan nasi lemak kopi O.. kalau nak tengok video itu boleh lah ke website tonton.com.my. (saya dah cuba upload video yang saya record.. tapi besar sangat file nya tak boleh la nak upload..sorry)

p/s : untuk maklumat lanjut mengenai restaurant mad ayam kampung sila lah visit instagram @madayamkampung atau instagram @le_barisha atau facebook Mad Ayam Kampung. tq

- THE END -

Sunday 13 August 2017

Restaurant Mohd Chan, Taman Melawati

Assalamualaikum Semua!!!

Siapa pernah dengar nama restaurant cina muslim 'Mohd Chan' ni???

Mesti ramai yang pernah dengar kan.. Ya Allah makanan dekat sana memang sedap2 belaka! Highly recommended untuk makan di sini.. datang banyak kali pun tak pernah mengecewakan! I love it so much.. and kebetulan masa ramadhan hari tu.. Ex-office mate saya belanja makan di sana.. Alhamdulillah semoga tuhan murah kan rezeki Azizi.

Kami order banyak sangat! haha.. makanan yang wajib order adalah :
1) Butter Prawn
2) Udang Nestum
3) Air Tembikai
4) etc

Gambar kami ketika di sana adalah seperti di bawah ini :-

 Haaa.. tu la signboard restaurant tu..


Haaa.. nampak tak muka macam puas hati makan makanan sedap..hehe 

After makan balik ofis untuk sembahyang maghrib, isya' and tarawikh..

Video : Before sembahyang tarawikh

- THE END -

GOBOX

Assalamualaikum semua! Hi~~

Several days before puasa saya dan beberapa orang di ofis merancang untuk makan bersama-sama sebelum ramadhan.. dan kebetulan Intan proposed untuk pergi ke restaurant / Kedai makan nama nya GOBOX.. concept dia ala-ala macam the garage (sebelah istana bamboo).. tapi dia ada banyak2 kedai dan boleh order --> bayar --> duduk (tunggu makanan siap) -->makanan siap boleh ambil dekat tempat kita order..

Tapi kebetulan masa kami pergi tu ramai yang amat terpengsan.. sampai kan NGEK a.k.a Adilah (kawan saya) yang dah datang awal 30 minit dari kami tak dapat2 tempat duduk. Tapi Alhamdulillah.. kami sampai je sana.. tunggu sekejap je dah ada sorang pekerja dekat sana offer tempat duduk.. dia bagi duduk di restaurant SANGGUL.. which memang tak ramai langsung dekat situ..  memang bersyukur sangat masa itu.. sebab masih ramai lagi yang berdiri dan orang tu offer dekat kami je??? haha best kan! jadi kami pun order sikit makanan di restaurant sanggul dan lain2 kami cuba order di GOBOX.. GOBOX dan SANGGUL ni sebelah2 je.. oh and owner dia kalau tak silap adalah Dira Abu Zahar.. baik sangat dia tu.. friendly.. makanan dekat sana pun sedap2.. especially tom yum and nachos..

Untuk ke GOBOX anda boleh waze sahaja ya.. dan make sure datang awal.. parking agak limited..

Gambar2 kami ketika berada di sana adalah seperti di bawah ini :-


 Kek ni sedap sangat!

 Air Gelas Besar.. sedap jugak

This is the best part.. Dira minta nak snap gambar kami instead of kami minta untuk bergambar dengan dia.. haa ko hadoooo???.. haha baik kan dia! lepas tu saya pula minta ambil gambar dengan dia.. kulit dia flawless sangat! 

Tandas pun sangat bersih.. 

Ini exterior kedai itu..

-THE END-

Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia : 56th Annual Dinner

Assalamualaikum semua! Hi~~

Pada bulan May yang lalu RISM @ Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia telah mengadakan annual dinner di Majestic Hotel.. Malam yang gilang gemilang itu di hadiri oleh wakil syarikat-syarikat juruukur di Malaysia. Banyak anugerah telah di berikan pada malam tersebut dan salah satu nya adalah fellowship which Alhamdulillah my boss adalah salah seorang yang bertuah dapat jadi fellow.

Gambar2 ketika event tersebut adalah seperti di bawah.. dan tahniah kepada semua yang berjaya! *Confetti* : -












- THE END -

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...