Friday 31 July 2015

Omnomnom : Laksa Penang Rahim, Petaling Jaya

Assalamualaikum semua!

Di sini saya nak share kedai laksa yang saya rasa sangat sedap dan anda juga patut cuba rasa..

Ini lah dia.. Laksa Penang Rahim.. Dah 100 kali pergi dan rasa laksa nya memang tidak pernah mengecewakan..

Alamat kedai itu :-
Gerai No.56, Selera Jaya,
Jalan 223, Petaling Jaya

No phone :-
012-478 9110 (kausyar)


Jika saya hendak kesana biasanya saya akan waze tulis perkataan 'Hyundai Petaling Jaya'.. Dan beberapa blok bangunan belakang kedai hyundai itu lah terletaknya medan selera di mana tempat laksa penang ini di jual.


Haa siap masuk paper lagi tau tentang laksa kedai ini..

Di medan selera ini pun bukan setakat ada laksa.. Macam2 makanan ada.. Yang sedap dan biasa saya makan adalah nasi lemak bunguks kecil2 yang memang super duper sedap.. Dan otak-otak di sana.

Jika anda ke sana sila lah cuba menu2 yang saya cadangkan itu ya. Insya Allah tidak mengecewakan.

-The End-

Daaa ~~

Thursday 30 July 2015

Omnomnom: Meat Point, TTDI Damansara

Assalamualaikum semua,

Dua hari lepas saya ada keluar dgn kawan2 yang dah lama tak jumpa (saya ke sana naik kereta sekali dengan kakak saya..sebab kami kerja satu ofis).. Al-maklumlah semua busy.. Yang sorang doctor.. Sorang engineer yg dok dekat pelantar minyak (ade specific name ke untuk pekerjaan ni?..tak sure la ape namenya).. N lagi sorang dah jadi citizen new zealand so dia tinggal di NZ la kan.. maka di sebab kan itu memang lagi2 la susah nak jumpa kan. 

On that day, saya bekerja..Mereka dah keluar dari tengah hari bersama.. Jadi saya pun join mereka after working hours. Habis office hours text mereka dan Mereka pun ajak jumpa di meat point TTDI yang mana i have no idea where is that place..(haha lame kan! Tapi bab2 jalan ni memang dari dulu fail seb baik ade GPS.. Kalau tak.. Sampai thailand dah kot.. Haha ok tu exaggerate sangat).

Saya pun waze aja untuk kesana.. Dekat sangat2 dengan one utama rupanya. 

Saya sampai dulu dari mereka.. Jadi snap gamba ni n send dekat mereka untuk kepastian betul ke kedai ni.. Mane la tau dengar dalam phone macam meet point pun ada.. Nasib baik la betul.

Sambil tunggu diorang saya ambil2 gambar dulu.. And kawan saya tu dah biasa datang sini.. Dia dah tempah seat siap2 takut ramai tak ada tempat pula nanti.

Memang ramai pun masa pergi tu.. Di sebabkan ramai.. Jadi service nya pun lambat la sikit.. Jadi harap bersabar la ye siapa yang datang masa peak hours.




Bila dah reda sikit, orang kedai tu pun datang ambil order (masa tu kawan2 tak sampai lagi).. Saya pun order je dulu sebab dah lapar.. Kedai ni famous dengan daging lembu.. Jadi kakak saya pun try la daging waghyu (yang konon famous sangat tu).. Tapi saya seperti biasa not a fan of meat.. So saya order chicken chop sahaja.


Siapa yang nak order meat..Daging tu boleh pilih ya daging yang mana kita nak.. Harganya dia dah letak siap2 dekat daging tu.. Maka sila lah pilih mengikut budget poket anda ye..




Ini dia.. Dah siap.. Saya tak berapa minat sangat rasa daging tu.. Sebab Although kita minta daging well done kan.. Mereka still masak macam bagi saya benda itu adalah medium rare. Jadi bila potong nampak ade a layer of meat yg merah lagi.. N bila makan masuk dalam tekak rasa macam lembu..haha.. Tapi ok la boleh je makan..

Chicken chop dia memang terbaik.. Plus onion ring tu pun sedap juga.. Love it!

Around 30 minutes sampai sana.. Kawan2 saya pun sampai.. Maka berborak sakan lah kami.. Kedai ni buka sampai pukul 11 (ke 12 malam eh??..hmm.. Around that la.. Tapi yang pasti mereka tak halau customer yang tengah lepak makan). So boleh je lepak lame2 tanpa kena halau.

Kawan2 saya semua tanya 'kenapa makan ayam dekat kedai yang famous dengan daging?'.. Haha.. Kalau dah tak minat kan.. Famous mana pun mesti tak order..hehe rase sikit je boleh la.


Anyway rasa makanan di sini Alhamdulillah sedap lagi2 siapa yang suka makan daging.. And very important is that the meat is all Halal.. Jadi boleh makan dengan yakin. Jadi jika anda berkelapangan sila lah cuba makan di kedai meat point ini ya.

-The End- 

Daaa~~

Tuesday 14 July 2015

Explore Kedai : Mr. DIY

Assalamualaikum semua..

Apa khabar hari ini? Harap semua bersabar ya.. Tinggal 7 jam je lagi nak berbuka puasa..hehe.

Ok..kali ni nak cerita sikit tentang kedai yang jual barang2 comel n best dengan harga yang murah. Kedai itu adalah kedai Mr. DIY.

Masa mula2 nampak signboard kedai tu saya ingat kan itu kedai peralatan yang jual spanner, screw, perabut ke.. Sebab gambar or logo dia tu penukul.

Jadi satu hari tu saya nampak Mr.DIY ni di buka di Giant Taman Permata. Alang2 dah sampai giant tu saya pun singgah la Mr.DIY.. Sekali masuk dalam tu tengok ada macam2 barang dia jual.. Seperti peralatan memasak, toiletries, alat tulis, barang permainan dan juga elecrical goods. Best kan! Dan semuanya murah2. 

Tapi jangan lupa test dulu ya kalau anda beli jam ke calculator ke.. Just in case barang tu ada defect or not well functioning.

Baru2 ini antara barang2 yang saya beli adalah:

Ini dia! 'Kinetic' Sand.. Haha murah je ok! Rm9.90 je. Geram punya pasal sampai 3 aku beli hah..hehe.

Tengok la mainan cute ni..harga nya rm1.90 je. Rosak pun x kesah.. Campak je beli baru kan..sebab murah sangat..hehe

Barang perhiasan ni pun antara rm1.50 - rm1.90 teramat sangat lah murah nya! Geram je tengok.



Ada banyak lagi barang saya beli sebenarnya.. Tapi ambil gambar yang ini sahaja. Jadi kalau berminat boleh lah explore sendiri kedai ini. Kalau saya masuk dalam tu sejam tak cukup okeyh! Hehe.

Ok..itu sahaja. Daaa~

Monday 13 July 2015

Rumah Anak Yatim : Rumah Kasih Nurul Hasanah

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah sekarang kita sudah berada  di penghujung ramadhan.. Maka mari lah kita sama-sama banyak kan amalan.. Sebab masa ramadhan ni la Insya Allah banyak ganjaran2 yang Allah berikan. Semoga amalan2 kita di terimah Allah.. Aminn.

Ok.. Ramadhan kali ini kembara mencari rumah anak yatim.. Saya sekeluarga ke rumah kasih Nurul Hasanah yang terletak di Ukay Height,Ampang.

Alamat nya adalah seperti berikut :
No.1, Jalan pimping Kanan,
Ukay Height, 68000 Ampang,
Selangor

Tel : 03-4253 3500


 
Rumah anak yatim ini terletak betul2 di sebelah MRR2.. Kalau siapa yang biasa dengan mrr2 dan Ampang.. Jika anda dari Melawati.. Pastikan zoo negara di sebelah kiri anda.. Dan straight je.. Nanti ada kuil india dan petronas kan? Haaa.. Rumah anak yatim ini terletak di kawasan perumahan.. Sebelum kuil india itu. Depan rumah mereka terdapat padang permainan. Tapi kalau susah2 waze aje! Hari tu saya waze sahaja dan terus sampai.

Ok.. Budget kami pun x besar.. Maka antara barang2 yang kami beri adalah seperti.. Pakaian terpakai, alat tulis, sabun2, barang permainan (seperti board game dan lain2).


Ini lah antara barang mainan yang kami beri.. Sebab ada baca di website mereka antara barang yang mereka perlukan adalah barang mainan (tapi x tau la tepati criteria mereka ke tak), barang sekolah dan sebagainya.

Sesampainya di sana.. Anak2 kecil ini tolong angkat barang.. Baik kan!

Rumah mereka sangat kemas dan bersih.. Memang suka tengok.. Bagus ustaz n ustazah yang mendidik mereka ini. Apa pun.. Di harap mereka suka lah barang2 yang di berikan itu. And! Jangan salah faham ya.. Saya tulis di blog ini tentang rumah2 anak yatim yang saya pergi kerana.. Contohnya saya sendiri.. Jika rumah anak yatim tidak ada website or di internet.. Memang sukar untuk saya tahu mengenai mereka.. Maka jika di tulis di blog.. It can be a reference la to others kan kalau2 anda sedang mencari rumah anak yatim untuk sedekah kan barang2 ke bagi zakat ke menderma ke.. Hopefully this info may help u a bit.

Setakat itu sahaja untuk kali ini. Sekian.

Daaaaa~~

Sunday 5 July 2015

Rumah PR1MA, Precint 11, Putrajaya

Assalamualaikum semua!

Kali ini saya nak cerita sedikit tentang rumah PR1MA di Precint 11, Putrajaya yang Alhamdulillah saya dapat beli.

Bulan 3, 2015 yang lalu saya telah ke Putrajaya Homes untuk mengambil kunci rumah tersebut. If im not mistaken sepatut nya di jadualkan siap pada tahun 2016.. Tapi 2015 dah siap.. Bagus la kan.

Al kisah nya cerita sebelum dapat rumah itu..
Pada tahun 2010 ke 2011 saya daftar nama untuk masuk mengundi untuk mendapat kan rumah tersebut. Setelah register system akan bagi nombor dan kemudian Perdana Menteri akan cabut undi.. Orang yang bertuah akan dapat pilih unit mana yang mereka mahu.

Untuk undian pertama.. Nama saya tidak tersenarai.. Kecewa la.. Haha.. Tapi redha okeyh! Haha.. Tapi happy la tengok yang dapat itu happy. Tapi lebih kurang 2 years after that.. Saya dapat email dari Putrajaya Homes kiranya menyatakan lebih kurang mereka dah cabut undi n dapat la rumah tu.. Maka melompat2 la saya macam monyet kan..hehe.. Siapa tak happy.. Rumah 3 bilik dalam 800sq ft beli dengan rm120,000 je woi! Mana nak dapat dekat Putrajaya ni harga macam tu..Alhamdulillah.

2 weeks after dapat email.. Mereka pun panggil untuk pilih unit dan bayar deposit.. Masa tu orang sana kata kiranya saya punya adalah undian yang ke-8 mereka buat. Contoh sebelum ni.. Mereka cabut undi.. N ada orang tak nak ambil rumah itu or ada yang loannya tidak lepas. Tapi paham juga situasi mereka tu.. Bayang kan if mereka yang dapat tu pekerja swasta macam saya.. Deposit je dah kena bayar rm12,000.. Mana nak chekaw duit banyak2 macam itu dalam masa sekejap kan.. Lagi2 kalau dah ada loan kereta..maybe nak ambil loan untuk rumah pulak orang bank boleh bagi 70%.. Mane la nak korek rm36,000 tu kan nak bayar progressive claim nanti (legal fees lagi nak bayar). Tapi maybe kalau pekerja kerajaan tiada masalah sebab mereka dapat bayar duit muka rm1000.

Anyway Alhamdulillah dapat settle kan semua yang patut di bayar.. Dan.. Dah siap pun rumah.. Weee...
  Cantik kan!!!

Kedai pun dekat je!..

Jadi bila dah dapat rumah itu.. Kepada pemilik2 rumah sila cek defect or any kerosakkan.. Sebab jika masih dalam tempoh Defect Liability Period.. Contractor akan baiki defect tersebut for FREE!

Rumah saya ada bocor sikit..

Floor trap cover missing..

Tapi ini kiranya defect after first defect list yang saya hantar.. Yang 1st tu mereka dah betulkan. But untuk rumah hargaac ni don't expect everything to be perfect la kan.. So boleh la tolerate sikit2 yang mana tak betul tu kan. 

Tapi apa2 pun memang bersyukur sangat dapat rumah ini.. And! Kepada semua rakyat Malaysia di luar sana.. Register lah untuk next2 rumah PR1MA yang akan di launch.. Jangan bagi alasan 'alaa tak kan dapat punya la'.. 'Alaa.. Malas la.. Banyak sangat tok nenek diorang suruh attach document'.. Etc etc.. Usaha tak ada langsung.. Complain je banyak.. Lepas tu kutuk kerajaan cakap tak bantu rakyat kan.. Haha! Insya Allah kalau dah memang rezeki Tuhan akan permudah kan segala urusan.. Kun fa ya kun..so haa ape tunggu lagi.. Pergi la register cepat..hehe. Good luck! Daaa~~

Aktiviti Suka Suki : Menderma baju untuk orang Rohingya

Assalamualaikum semua!

Ok.. Ni sebenarnya cerita dah basi..haha.. Tapi baru nak menulis.. Last few weeks kecoh kan tentang orang Rohingya tersangkut di perairan tidak tahu hendak kemana.. Kerana negara mereka sudah tidak menerima mereka lagi.

Jadi tak lama selepas itu.. Dengar la cerita yang Perdana Menteri Malaysia sedia menerima untuk membantu orang Rohingya ni..maka mereka pun berlabuh la di Malaysia ini.

Tapi masa awal2 tu saya ada lah juga terfikir.. Hmm.. Malaysia nak ke terima mereka itu.. Sebab dalam Malaysia pun memang dah sedia ada ramai pendatang tanpa izin.. Lepas tu ada lagi di banjiri dengan pekerja2 asing.. Memang ramai sangat la kan..(tak baik kan fikir macam ni..haha kalau nak tolong.. Tolong je la.. Insya Allah dapat pahala kan sebab tolong orang dalam kesusahan.. So kids please remove all your perasaan2 buruk macam ini ya).

Tak lama selepas itu.. Tiba2 terfikir lah pula.. Nanti lepas dah mati mesti Tuhan tanya.. Kenapa tidak membantu/ menolong saudara-mara kamu yang dalam kesusahan???.. Hmm lepas itu kira lega la kan bila Malaysia setuju bagi mereka datang.

Jadi bila mereka dah ada di sini tu.. Mesti la banyak keperluan yang diperlukan.. Sebab dengar cerita kehidupan mereka atas kapal itu sangat daif.. Makan pun tak cukup.. Memang kesian..

Jadi saya dan keluarga pun mengambil keputusan untuk membantu setakat yang mampu.. Dan kakak ada terjumpa satu hamba Allah bernama shah sovi yang ada mengiklankan mengajak orang ramai derma apa yang boleh untuk orang Rohingya.. Jadi kami pun contact Mr. Shah sovi ini sebab interested nak join event dia.

Ini lah antara barang2 yang kami bagi.. Antaranya seperti.. Baju terpakai.. Kasut.. Peralatan mandi.. Sabun basuh baju.. Sabun basuh pinggan.. Berus gigi.. Ubat gigi..etc.

Transfer barang-barang itu ke kereta mr.shah sovi and dia akan uruskan untuk pengumpulan barang2 tersebut di Times Square.

Kebetulan ofis mr.shah sovi dekat dengan ofis kami.. Maka senang lah nak buat urusan penghantaran barang2.

And frankly speaking.. Saya tidak kenal mr.shah sovi ini siapa.. Haha.. Terukkan! Rupa2 nya dia adalah well known punya orang.. Ramai yang nak buat business nak consult tentang business pergi jumpa dia. Memang humble and baik sangat orang nya.. Can u imagine boss angkat barang n jumpa orang tah siapa2.. And borak2 dengan ramah tamah..memang bagus la dia. Kalau nak tahu detail tentang mr.shah sovi ini boleh la google and dekat you tube pun boleh jumpa/ tengok video dia.

If im not mistaken dia orang atasan dalam Perentas.. Bapama (sekarang nama dah baru tak ingat nama baru tu apa..).. Etc. and dia banyak anjurkan program2 amal ni.. Anything boleh contact dia di Facebook shah sovi sendiri.

That's all for today. Good night!

Product : Camira Flawlesskin Care

Assalamualaikum semua,

Hari ni nak cerita sedikit tentang satu product kecantikan yang saya nak cuba.
Namanya CAMIRA..



Haa.. Ini lah productnya.. Untuk kotak CAMIRA Flawlesskin Set itu.. Item nya adalah seperti berikut :-
1) Pencuci Muka
2) Zam-Zam Spray
3) krim UV
4) krim malam

Manakala dalam kotak satu lagi itu adalah serum. Semua cara2 penggunaan dan list bahan2 yang di gunakan ada ditulis di kotak product berkenaan.. Dan paling penting ianya adalah halal product.. Jadi boleh digunakan tanpa was-was.. Haha.. Insya Allah.

Selama hidup ni memang saya tidak menggunakan apa2 pencuci muka.. Selalu just tepek sabun mandi macam lux ke detol ke dekat muka ni.. Jadi kiranya this is the first time I use skin care product. 

So lets see how it works.. Jeng jeng jeng.. Hehe.. Any perubahan or etc I'll write in the next-next-next-next entry ya.

Ok.. Nak tidur dulu.. Penat baru sampai rumah tadi ada majlis bebuka puasa di rumah my auntie.. Jadi jom tidur! Good night.. @_@

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...