Saturday 20 June 2015

Restaurant Rimba dan Rusa

Assalamualaikum semua!

Oh haa.. Di kesempatan ini nak ucap kan selamat berpuasa bagi mereka yang menganut agama islam. Semoga tahun ini punya amalan lebih baik dari tahun sebelum2 nya.. Aminnn.

Ok.. Last tuesday saya + orang ofis pergi ke restaurant rimba dan rusa. 

Alamat : D-GF-01, sunway nexis, Kota damansara. 

Reason makan di sana --> Along tiba2 teringin nak makan dekat sini sebab tengok kawan dia makan di situ. Jadi sebelum puasa kami pun ke sana..sian takut dia kempunan pula nanti..hehe


Haa rupa2nya restaurant ni adik beradik wondermilk.. baru la tau. Dari segi design --> Interior restaurant ini ok.. Cantik.. Tapi kalau dok dalam macam tak berapa pasti area mana yang rimba tu kan..haha.. Tapi dari luar memang boleh nampak ada pokok2 banyak di cermin restaurant tu.




Ini rupa menunya..





Harga makanannya a bit expensive.. So untuk orang macam saya ni tak boleh nak makan di sana selalu. Sekali sekala sahaja boleh nampak nya.. T_T 

Sambil tunggu makanan ambil2 gambar dulu..

Agak lama juga nak menunggu makanan.. Tapi still boleh tolerate lagi la duration menunggu tu.. ramai kan.. jadi kena bersabar sikit ya..'ingat.. sabar itu separuh dari iman kan..hehe'..


Desserts sampai dulu.. Jadi siapa yang lapar sila lah order dessert ye.. Boleh alas perut dulu sebelum main course sampai.
And!!! Bread pudding die teramat lah sedapnya.. Highly recommended!

Kek chocolate ini rasa nya macam cake chocolate biasa yang beza nya ada crunch di tengah sahaja.


Saya ada terbaca orang comment makanannya tak berapa sedap..Tapi apa yang saya order ini memang sedap.. N memang puas hati dengan rasa dia..Namanya 'Piccante Seafood Linguine'.

 Ini abang zamri order..Namanya 'Steak Me Seriously'..Sedap juga.. Tapi mahal la.. Tak mampu i.. Rm65.. jadi saya pilih makanan yang medium range sahaja harga nya..

Ini along punya.. 'Beautiful soft crab linguine' .. Ketamnya sedap.. Tapi rasa spaghetti tu macam tom yam.. ermm.. frankly speaking memang tak sesuai dengan lidah saya.. but maybe orang lain mungkin suka.. coz lain orang kan lain taste dia.

Sayur-sayuran.. Boleh tahan sedap..

Last sekali ini lah jumlah nya.. Jadi simpan duit sikit2 ya kalau nak datang makan di sini and kalau berminat boleh try.. Nampak macam orang selalu order burger ketam dia.. Tak sempat nak rasa lagi.. Next time maybe datang nak try yang itu pula.. Ke ada sesiapa pernah rasa? Any comment tentang burger ketam tu?.. Kalau ada nanti cerita la macam mana rasa dia ya. Thank you.

-the end-

Monday 15 June 2015

Satay Zul, Kuantan, Pahang

Assalamualaikum semua!

Last week ayah tiba2 teringin nak makan ikan masak tempoyak.. Jadi kami pun ke temerloh pahang untuk makan di kedai yang kami biasa makan. Memang sedap masakan dia.. Dulu nama kedai tu 'Abang'.. Sekarang pakcik tu dah sakit.. Anak dia ambil alih n letak nama 'adik' pula. Kedai nya terletak di R&R jalan lama di temerloh.

Lepas puas makan ikan masak tempoyak.. Kami saja ke kuantan pula.. N bila sampai sana teringat nak makan di  satay zul. Last sekali makan after abang punya convocation that was 2 years ago. 



Satay dia memang superb! Tak payah cicah kuah pun tak apa.. Memang sedap..

Tempat duduk terhad.. Jadi kena tunggu turn ya..

Nasi impit dia memang terbaik! Must buy n try tau..

Nasi dagang pun ada di jual di sini..

Menarik kan satay dia..


1st time nampak orang bakar satay bubuh/ susun bertingkat2 macam ni..


Yang menariknya.. Siap ada kaunter take away!! Hebat kan! N nice concept..

Haa tengok la ramai orang tengah queueing tunggu nak dapat kan tempat duduk n yg duduk tu tengah tunggu turn nak dapat satay yang mereka bungkus.

Jadi jika datang kuantan.. Sila lah singgah dah rasa sendiri nikmat kesedapan satay zul ini.

-The End-

Sunday 14 June 2015

Pengalaman cari durian

Assalamualaikum semua!

Ni nak cerita sedikit pengalaman pergi mencari durian di kebun. Kebetulan dah lama sangat tak makan durian.. Jadi teringin la nak makan.. N teringat ayah ada kebun di rembau.. Jadi saya ajak la anwar ikut saya ke sana. Excited gila la ni nak makan durian kan..

Sampai2 di kebun memang Alhamdulillah ada durian banyak atas pokok.. Happy la kan.. 

Tengok pokok durian ni.. Rendah je die tumbuh..


Kami pun jalan2 la cari durian yang gugur.. Masa tu memang tak ada bawa apa2 equipment cth pisau or parang.. Jadi bila jumpa durian yang jatuh n cantik kami pun kutip bawa balik.


Tapi nak di jadi kan cerita.. Bila balik.. Buka durian tu.. Semuanya tak masak lagi..haha! Kecewa sangat2!!! Orang pun kate 'tak kan la bodoh sangat tu pun xtau.. Durian kalau tak ada bau makna nya x masak lagi'.. Haha.. N ada juga yang kata 'ooo pokok durian tu baru buang yang buruk la tu.. Lepas2 ni baru yang cantik gugur'.. Ok2.. Ada sesiapa tau tak tentang dua-dua ni..
 1)tak ada bau makna nya x masak lagi.. 
2) pokok durian akan gugurkan buah yang buruk dulu..

Kalau korang pun tak tau.. 

Yeaaaa!!! 

Happy nya.. Sebab saya tak bodoh sorang2..haha..

-The End-

Wednesday 3 June 2015

Belanga The Garden

Assalamualaikum semua..
Last week saya n mommy pergi ke mid valley megamall untuk terminate astro yang kami pasang untuk mak cik kami. Ini kerana dia dah meninggal dunia (Al-Fatihah). Jadi tak ada orang lagi tinggal di situ.

Lepas hantar decoder, card n control astro di sana.. Kami kelaparan.. Jadi singgah makan di Belanga restaurant.


Ini lah hadapan kedai itu..

Menu nya


Interior dalam kedai





Kami makan nasi kerabu.. Lompat tikam.. Lg satu ape eh.. Kuih sagu rasanya..

Sedap sangat yg ini..



Ini bill nya.. Agak mahal tp berbaloi sebab sedap.

In all, puas hati dengan makanan dia.. Thumbs up!

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...