Thursday 20 August 2015

Product : Biscuits Chocolate Chip

Assalamualaikum semua!

Sebenarnya dari bulan puasa yang lalu saya ada terdetik di hati mahu mencuba untuk berniaga. Dan kebetulan Alhamdulillah masa itu Atita Haris (model muslimah yang terkenal) sedang mencari stockist untuk product tudung keluarannya. Setelah lama berfikir.. Akhirnya saya decide untuk cuba juga.. Nak buat product sendiri tak mampu kan.. Jadi kita cuba dulu jual product orang.

Nak di jadikan cerita pihak Atita Haris pun memilih saya untuk menjadi salah seorang stockist mereka. Mula2 target nak jual before raya.. Sebab biasanya orang nak raya akan start membeli belah pakaian untuk raya kan.. Unfortunately, tudung atita haris ni delay in production atas sebab-sebab yang munasabah. Jadi tak ada rezeki la kan nak jual before raya.

Kebetulan bulan puasa.. Dan raya biasa memang saya wajib akan buat kuih cornflakes dan chocolate chip. Dari stress2 fikir tentang tudung saya pun start baking.

Masa raya orang datang beraya biasa akan makan kuih yang tuan rumah buat kan.. Jadi saya bagi lah mereka rasa.. Dan Alhamdulillah feedback semua orang memang memberangsangkan.

Di sebabkan adik saya no.1 fan kuih choc chip saya.. Dia pun bawa la choc chip itu ke asramanya. Dan start dari situ kawan2 nya request untuk adek jual choc chip itu.

Adek pun call saya dan tanya sama ada boleh buat ke tidak.. Saya pun ok sahaja.. Saje je nak bagi budak2 tu happy kan. Dari situ lah bermula nya perniagaan cookies saya..

Dari botol kosong macam ini..

Meningkat naik lah ke botol yang ada sticker pula..

Ini lah salah seorang customer biscuits chocolate chip saya.


Tapi tak tahu la nak kate yang best ke yang tak best.. Haha.. Sebab kan setiap kali masak mesti rasa biscuit tu lain2..haha. Tak tahu lah kenapa.. Padahal sukatan sama sahaja. Saya memang terus terang je cakap dekat customer macam tu.. Supaya mereka tidak kecewa bila makan tak sama rasa seperti yang sebelum ini.

Tapi Alhamdulillah penerimaan cukup baik dari customer. Ramai yang repeat order.. Sampai tak menang tangan nak buat.

Anyway sesiapa yang ingin membuat tempahan boleh lah whatsapp atau message saya di nombor ini 019-371 8831.

(Sekali sekala promote product apa salahnya kan..hehe.. Tq for all your love and support.. I really appreciate it)

Thank you.

Daaa~~

Saturday 15 August 2015

Friday 14 August 2015

Omnomnom : RJ Ayam Bakar, Kuching Sarawak

Assalamualaikum semua,

Hari ni saya cuba makan di RJ ayam bakar di kuching sarawak.

Dekat sini memang ramai sangat orang.. Silap2 ada time u datang tak ada seat. Tapi no worries u boleh buat table reservation.

Nombor untuk table reservation: 011-25004818

 
Ayam bakar dia memang sedap..


Jadi selamat mencuba!

Daa~ 

Thursday 13 August 2015

Omnomnom : Cake Handbag Chanel

Assalamualaikum semua!

Last week my brother tunang. Jadi sebelum bertunang tu saya pun busy la mencari kek untuk bagi sebagai hantaran dekat pihak perempuan tu (adik saya lelaki).

Jadi saya pun survey la.. Survey punya survey jumpa satu contact number.. Dia orang area keramat.. Jadi dekat la kalau saya nak ambil kek tu after office hours kan..

Tapi malang nya tempahan dia banyak pula untuk that date.. Tapi yang bagus nya orang tu bagi contact number orang lain yang boleh buat kek macam itu juga.

Saya pun browse through dulu instagram and website dia.. And Alhamdulillah memang impressive la kehalusan pembuatan bag itu..




Haa.. Kemaskan pembuatan dia.. Saya pun ape lagi terus lah contact and Alhamdulillah mereka available untuk menerima tempahan.

Nak contact mereka pun tak susah.. Email sahaja. Nanti mereka akan reply.. Kalau x reply juga esok nya email lagi..haha Insya Allah dia akan reply.

Harga kek ni mereka ambil rm400. Dan pick up di ukay perdana which memang dekat dengan my office. Nanti masa email2 tu diorang akan bagi alamat untuk pick up di mana.

And.. Ta daaaaa..


This is the cake!! Amazing! Cantik sangat.. Tq anissa!

Nak bagi handbag chanel tak mampu.. Kek je la yang mampu bagi..hehe. Memang puas hati sangat dengan service dia.




Jika anda berminat boleh lah membuat tempahan di cupcakes confetti.

Instagram : cupcakesconfetti
Facebook : culcakes confetti by anita masitah 
Blog : cupcakesconfetti.blogspot.com

Itu sahaja untuk kali ini. Daaa~~

Sunday 9 August 2015

Omnomnom : Mabiq Tanjung lumpur


Assalamualaikum semua!

Today kami nak rasa makanan yang orang pahang kata sedap. Di kedai ini.. Mereka menyediakan banyak makan2 yang asalnya dari pahang..

Waktu operasinya adalah dari pukul 11.00 pagi - 4.00 petang.. Dan tutup pada hari jumaat dan sabtu.



Ini adalah sejarah penubuhan MabIQ..

Ramai kan orang makan dekat sini! Penuh tempat..



Antara makanan yang di jual di sana :-

Durian crepe.. Orang kata sedap gyle.. Tapi saya tak dapat nak rasa sebab datang sahaja dah habis.. Sedey nye..

Paru goreng yang sangat sedap.. Tengok la tu hampir licin kan.. Lepas ambil gambar ni mmg licin dah loyang tu sbb saya ambil..hehe


Tempoyak ikan patin yang sangat sedap..

Ulam-ulaman yang segar..

Pucuk manis labu yang menarik..

Daging salai masak lemak yang sangat lembut dan sedap..

In all, saya dan keluarga sangat berpuas hati dengan rasa makanan di sini.. Semuanya sedap2 belaka.. Dan highly recommended untuk sesiapa yang ingin kepuasan memakan masakan melayu. Soooo yummy!!!

Itu sahaja.. Daaaa~~

Omnomnom : Satar sedap

Assalamualaikum semua!

Tadi alang2 dah ada di kuantan.. Kami terus ke kemaman untuk beli keropok lekor, keropok kering dan satar.

Satar yang best biasa kami makan adalah satar aziz..


Haa ni signboard nya.. Murah kan!

Ini satar nya..


Makanan lain pun ada juga di jual disini..



Masa kami makan di sini.. Alhamdulillah tak ramai orang.. Jadi banyak kali beli n nak bungkus banyak2 pun tak apa..



Jika datang ke kemaman.. Sila lah singgah makan di sini ya. 

Daa~~


Homestay : Casa Pelindung, Kuantan, Pahang

Assalamualaikum semua!

Hari ini happy sangat sebab baru selesai majlis pertunangan adik saya Anwar. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Majlis nya ringkas dan padat.. Mommy dengan dedek memang bersyukur sangat kalau dapat berbesankan dengan diorang.

Ok.. Tapi nanti baru cerita tentang hari pertunangan dia.. Kali ini nak cerita tentang homestay yang kami duduk. Memang Alhamdulillah sangat selesa luas dan mempunyai 10 bilik.. Kiranya memang cukup untuk cater kami yang ramai ini.

Ia terletak berdekatan dengan Bukit Pelindung dengan Sekolah Teknik Kuantan..(terima kasih pada my auntie yang tinggal di kuantan.. Dia yang tolong arrange tempah semuanya..tq uteh n pak uteh!)



Haa.. Ini lah rumah nya.. Dalam nya muat untuk parking 6 kereta..


Laman nya agak luas.. Dan ada juga orang yang buat small wedding di sini..

Ini lah laman nya..

Di luar ada kerusi untuk rehat2.. Tandas di luar pun ada satu..



Lamannya bersih.. Luas.. Memang best..

Ruang tamu di bawah ada TV yang sangat besar..

Ruang tamu muat untuk lepak ramai2..

Walkway di bawah untuk ke bilik2 dengan dapur di bawah.. (Bawah ada 5 bilik dan atas ada 5 bilik)..

Tangga naik ke atas..

Ruang tamu di atas..

Ini dalam bilik.. ( sorry sepah sikit sebab ni second day..haha.. Masa awal2 lupa ambil gambar)..

Mereka ada sediakan towel 2 dan sabun 2.. Kalau tak bawa towel jangan risau ye.. Selain itu.. Mereka juga sangat bagus.. Bagi yang beragama islam.. Mereka ada menyediakan sejadah dan penunjuk arah qiblat juga.. Bagus kan!

Di setiap bilik ada TV.. N toilet (kecuali satu bilik kecil yang hanya ada queen bed n towel)

Toiletnya lebih kurang semua design nya macam ini..



Memang highly recommended untuk sesiapa yang mempunyai family yang besar untuk menyewa rumah ini.. Kami sewa 1 banglo sehari = rm1,100.00. Sangat berbaloi.

Alamatnya : A 1447, jalan pelindung 2, taman merdeka, 25050 kuantan, pahang

No tel : 019 - 2371241 / 09 - 566 0822

Facebook: casapelindung_hill@yahoo.com

E-mail : aishah_husni@yahoo.com

Untuk tempahan or booking boleh la contact nombor di atas tu ya. Itu sahaja untuk kali ini.

Daaa~~

 

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...