Monday 9 July 2018

Video : Aktiviti Memetai

Assalamualikum Semua!!! Hi guys!

Di bawah ini adalah beberapa video semasa petai-petai ni sampai di ofis kami.. Ya Allah memang penat betul angkat petai malam tu.. rasa macam nak nanges & tak nak makan petai selama 10 tahun! hehe tapi esok nya makan je petai pun.. malam tu je rasa mcm tu sebab dah penat sangat angkut petai.

Anyway enjoy the video! (boleh lah membayang kan berapa banyak petai yang kami ada tu..hehe)

 

 

 

  

Haaaa.. banyak kan!!! Pernah dengar tak orang cakap orang asek membawang je.. sekarang ni kami nak tukar istilah membawang tu tukar jadi memetai pulak.. sebab selama 10 hari ni memang kami akan memetai je la selalu.. ;-)

- THE END -

Sampul Raya Collector

Assalamualaikum Semua!!!

Siapa ada penyakit macam saya??? bila dah kumpul banyak2 sampul duit raya.. jadi sayang pulak nak guna.. last-last masa raya bagi budak2 duit raya tanpa sampul je senang.. hehe..

One of my favorite sampul raya is from fashion valet.. memang cantik2.. lepas tu kualiti kertas dia memang best.. tebal.. tak mudah koyak.


ini lah some of the sampul raya yang saya collect.. yang ni simpan di office.. yang lain2 ada di rumah.. cantik kan!!! (eh.. perasan sendiri pulak.. orang lain tak cakap pun cantik.. hehe)

Anyway siapa macam saya?? meh2 sep satu! / High five!!!

- THE END -

OMG!!!!! Adakah ini syurga petai??? Hahaha

Assalamualaikum semua,

Last week saya ada post regarding my dad ada rancangan untuk beli petai banyak2 kan.. Ya Allah!!! sekali dia sampai.. penuh satu lori petai tu!!! Sakit jantung mak tengok.. haha..

Tengok ni!!! Belambak2 petai ni.. penuh satu kedai.. sampai tak tahu nak letak mana..  


Tengok ni.. penuh satu lori!!! (Apa yang ayah aku dah buat ni..hehe) 

 Kepenatan selepas unloading petai.. 600 tandan ye everybody!!! lebih kurang semuanya ada 60,000 papan petai.. wow! 'sikit' nya kan..hehe..
Budak ni pun terpaksa tidur bersama chandelier berbentuk petai.. hehe





Budak2 ni mengenang kan nasib macam mana nak mengerjakan kesemua petai ni nanti..


Di sebab kan terlalu banyak.. kami pun decide untuk jual sedikit petai fresh ini.. yang selebih nya akan di buat jeruk petai..

Jika ada sesiapa yang mahu membeli petai fresh.. anda boleh lah terus datang ke kedai Mad Ayam Kampung di Cyberjaya ya. Harga nya seperti tertera di gambar di atas. Insya Allah petai ni best.. sebab mata dia besar-besar.. jadi dapat lah kita membendung kejadian seperti penat2 kupas petai.. tengok2 isinya chinonet sahaja.. hehe.

- THE END -

Tuesday 3 July 2018

Hari Raya 2018

Assalamualaikum semua!

Sebelum terlambat.. saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa. Macam mana kah anda menyambut hari raya?? Hopefully meriah dan happy la semua nya ya. Saya seperti biasa kebiasaan nya beraya di kampung ayah di Johor.. dan tahun ni Alhamdulillah raya masih meriah seperti tahun2 sebelum ni.. cuma agak sedih sedikit tahun ini kerana tidak dapat menyambut hari raya bersama atuk lelaki saya (kerana dia telah pergi ke rahmatullah).

Anyway, kenapa saya cakap beraya di johor meriah? sebab! biasanya di malam raya kami akan masak beramai2.. sehingga pukul 2-3 pagi.. lepas tu bangun pagi berebut2 tandas..haha.. sebab kalau semua adik beradik ayah balik termasuk anak cucu's.. mau dekat or lebih sikit 50 orang ada dalam rumah atuk,, memang macam nak terbalik rumah..hehe. Lepas makan pagi.. kami beramai2 pergi sembahyang sunat hari raya dan kemudian akan balik rumah cepat2 untuk bermaafan sesama keluarga.. kemudian orang2 lelaki akan sambung pergi marhaban atau baraan sampai after zuhur.. and kami pula satu family akan mula ziarah menziarahi sanak saudara pada hari raya ke-dua sampai 4. Memang akan di jamu dengan macam2 makanan sampai kembung perut (dah la masa puasa pun tak kurus2.. bila raya makin bertambah pulak berat nya!!! Sis is Sad.. hehe)

Ok di bawah ini adalah beberapa gambar sambutan hari raya kami..


Petai Fresh Untuk Di Jual!!!

Assalamualaikum semua!! Apa khabar?? Hopefully semuanya sihat.

Kebetulan last week my parents ada pergi jalan2 sambil melawat kawan mereka di Phuket.. sambil-sambil jalan-jalan cari makan tu mereka terjumpa la dengan PETAI (haha beriya je kan.. mcm jumpa orang famous la pulak kan.. padahal jumpa petai je.. ;-p)

Jadi bila jumpa petai belambak2 tu.. my dad pun tiba2 terfikir untuk bawak masuk Malaysia.. (walaupun makan petai mulut busuk.. tapi kami memang suka yang amat makan petai tu.. busuk pun busuk la kan..hehe).. jadi dari terfikir2 tu jadi lah kenyataan..

My dad pun discuss2 dengan kawan dia tu.. dan terus setuju untuk bawak 3 tan petai??? hahaha.. yup2.. 3 tan ok! lebih kurang dalam 60,000 papan petai..

Jadi jika ada sesiapa yang berminat.. sila lah jangan segan silu menghubungi no. ini 019-317 8822 (khairul).. atau anda boleh datang terus ke kedai Mad Ayam Kampung.. kami jual lebih kurang RM1.50 untuk satu papan. Kalau nak yang dah di jerukkan pun boleh.. tapi petai nya sampai esok 4/7/2018 (Rabu) jadi petai jeruk pula akan mula di jual pada hari sabtu 7/7/2018.

ini adalah contoh packaging petai yang akan kami buat.. harga satu bekas dalam RM2.20 - RM2.50.



Sekian, Terima Kasih.

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...