Friday 28 April 2017

Bercuti ke Pekan Baru, Indonesia

Assalamualaikum dan hi semua!!!

Awal januari 2017 yang lalu kami sekeluarga bersama dua orang adik beradik ayah telah pergi bercuti ke Pekan Baru, Indonesia. It is actually a trip nak melawat family ayah yang masih berada di sana..

Trip kali ni tak mahal pun.. budget seorang untuk flight ticket plus hotel dalam RM500 sahaja untuk duduk di Novotel 4 hari 3 malam tidak termasuk duit makan dan transportation di sana..saya book hotel n flight melalui AirAsiaGo.

Basically, untuk tidak banyak tempat yang boleh di lawati di Pekan Baru.. tapi biasanya ada yang turun di sini untuk pergi ke Padang..

Untuk berada di pekan.. bagi pandangan saya.. Novotel is the best choice.. sebab dekat dengan shopping mall jadi banyak pilihan tempat untuk makan..

first day sampai kami jalan2 di bandar dan the second day bermalam di Sg. Meranti di mana di situ lah tempat asal moyang ayah..








 Restaurant ini makanan nya sangat lah sedap.. kalau datang ke Pekan Baru sila singgah di sini..




 Ini interior Novotel.. cantik kan!!

Escape Park Penang

Assalamualaikum dan hi semua!!!

Last year April 2016 saya dan beberapa orang office-mate ke Penang untuk bercuti..

 Saya dan 2 orang bujang lagi naik kereta asing plus dua family yang lain jadi total ke sana ada 3 kereta.. kami bertolak pada hari sabtu pagi.. dan terus ke escape park.. tapi tiba lambat di sana di sebabkan oleh jem yang sangat lah teruk.. kami dah beli siap2 ticket untuk masuk ke escape park melalui online purchase.. harga per entry per person is RM70.. a bit rugi sebab masuk lambat.. tapi tak apa la kan.. saja nak merasa masuk dalam tu..






 Kami tidak sempat untuk bermain banyak permainan pun di escape park sebab mereka tutup pada jam 4.30petang.. jadi out of 20 games (kalau tak silap) kami sempat main 4 games only which are flying fox, free fall, Gecko Tower, etc..


 Yang paling menyesal sekali buat adalah Flying fox!!! OMG!! mula2 ingatkan sekali turun je lepas tu habis.. sekali confident je la ikut intan n irni pilih nak naik yang paling tinggi rasanya mcm 30 meter tinggi (ke sebab takut sebab tu rasa tinggi sangat.. hmm).. tapi YA ALLAH!!! mula2 memang la ooo ok rendah je.. sekali sebelum sampai yang 30 meter tu.. banyak pulak halangan2 yang nak kene lalui.. kene menyusur atas seutas tali untuk ke next flying fox.. lepas tu ade pulak lalu dekat net yang susah nak jalan.. etc.. and! the best part is pepandai la ko nak cangkuk sendiri harness tu dekat obstacle tu.. dah la cuak.. nak pikir nak pasang harness tu lagi.. memang cukup stress..haha.. beritahu orang tu cakap nak patah balik pun tak guna.. sebab tak ada orang yang tunggu pun dekat tengah2 tu! perghhh.. pengalaman betul.. terpaksa je la terus kan..



 tapi at the end of the day.. enjoy la jugak pergi sana tu.. 

 Escape park tu dekat je dengan entopia taman rama-rama ni.. tapi masa kami pergi dah tutup.. jadi sesiapa yang habis awal main di escape park boleh lah ke sini pula.. tempat dia memang cantik..


 ke esokan harinya kami ke bukit bendera..
punya lah ramai beratur.. akhirnya saya decide untuk beli express pass sahaja sebab tak larat dah nak beratur.. jadi kalau anda nak cepat n tak nak beratur panjang2 sila lah beli awal.. beli melalui online.. sangat lah helpful..
Experience naik train untuk naik ke atas bukit bendera tu memang sangat menarik..

 View cantik dari atas bukit..











Bila dah naik atas Bukit Bendera tu.. perut ni mengada la pulak lapar.. sekali tengok kedai yang dekat dengan train area tu mahal2.. jadi telan air liur je la kan.. sekali jalan punya jalan jumpa food court berhampiran Owl Museum.. Harga sangat reasonable.. dan menarik makanan nya.. 





Selepas kami ke Bukit Bendera kami pun turun makan di Kapitan Nasi Kandar.. yummsss.. 


 Dan selepas itu drive balik ke kl.. tapi masa di highway nampak signboard Cameron Highland memanggil2 untuk kesana..

 Jadi kami yang bujang 3 orang ni pun singgah la di Cameron untuk minum petang..


Sekian, Terima Kasih.. Daaaa~~~

Iphone 7 Plus

Assalamualaikum Semua,

Sebenarnya saya bukan lah seorang peminat tegar Iphone.. tapi kebetulan setiap kali Iphone baru keluar.. phone saya akan hilang.. (haha.. nampak macam tipu kan.. tapi itu adalah cerita betul!!! sedih kan hidup ini.. (T_T)  ) .. Jadi kali ini terpaksa la saya tukar dari Iphone 6s Plus kepada Iphone 7 Plus.. Saya beli kali ini melalui celcom plan (1st time cuba..sbb yang sebelum2 ni beli semua memang order direct dari apple website)..

Duit yang saya keluarkan untuk beli phone melalui celcom ni lebih kurang RM4000.00 (Black, 128GB).. tapi melalui calculation saya still untung dari beli direct dari Apple Store sebab RM4000.00 tu termasuk bayaran bill untuk 8 bulan (kalau tak silap).. dan setelah beberapa bulan pakai Iphone 7 saya pun menghasut my brother to buy a new phone juga.. muahaha (tapi tu sebab dia memang nak tukar phone pun la).. my brother pun beli melalui celcom plan.. tapi plan yang dia dapat is much2 more cheaper.. tak tahu kenapa rasa rugi pula beli masa awal2 keluar phone tu.. kalau tak dapat beli dengan harga yang lagi murah.. kalau tak silap dia beli device dalam 2k++ dan tak perlu advance kan duit untuk bill for the next 8 months.. weird kan.. tapi tak apa la rezeki dia..


This is the said phone.. saya punya 7 Plus and my brother choose the smaller version with new colour that is the JET BLACK!!! masa saya nak beli dulu pun teringin JET BLACK tapi habis.. jadi beli colour matte black sahaja..


Kalau JET BLACK kotak dia lain sikit.. all in black colour..


Seperti biasa dalam kotak mesti ade buku guide ni..

 This is the Jet Black punya phone.. untuk yang 7 plus matte black tak ada gambar sebab saya gunakan phone tu untuk tangkap gambar phone ni..





Basically, bagi pandangan saya.. Iphone 7 ni tak banyak perubahan pun dari Iphone 6s.. cuma yang beza ketara sikit hanyalah ke clear-an camera nya.. yang lain semua function nya rasa macam sama sahaja.. jadi untuk sesiapa yang masih terfikir-fikir sama ada nak tukar phone baru ke tidak.. saya cadangkan untuk yang masih menggunakan Iphone 6s.. better tunggu untuk keluaran yang akan datang.. dan contoh sesiapa yang seperti adik saya.. menggunakan iphone 5s.. boleh beli interm of bateri phone Iphone 7 memang tahan lama dan cameranya pun lebih cantik dan clear.

Sekian, terima kasih.. Daaa~~~

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...