Monday 9 July 2018

Video : Aktiviti Memetai

Assalamualikum Semua!!! Hi guys!

Di bawah ini adalah beberapa video semasa petai-petai ni sampai di ofis kami.. Ya Allah memang penat betul angkat petai malam tu.. rasa macam nak nanges & tak nak makan petai selama 10 tahun! hehe tapi esok nya makan je petai pun.. malam tu je rasa mcm tu sebab dah penat sangat angkut petai.

Anyway enjoy the video! (boleh lah membayang kan berapa banyak petai yang kami ada tu..hehe)

 

 

 

  

Haaaa.. banyak kan!!! Pernah dengar tak orang cakap orang asek membawang je.. sekarang ni kami nak tukar istilah membawang tu tukar jadi memetai pulak.. sebab selama 10 hari ni memang kami akan memetai je la selalu.. ;-)

- THE END -

Sampul Raya Collector

Assalamualaikum Semua!!!

Siapa ada penyakit macam saya??? bila dah kumpul banyak2 sampul duit raya.. jadi sayang pulak nak guna.. last-last masa raya bagi budak2 duit raya tanpa sampul je senang.. hehe..

One of my favorite sampul raya is from fashion valet.. memang cantik2.. lepas tu kualiti kertas dia memang best.. tebal.. tak mudah koyak.


ini lah some of the sampul raya yang saya collect.. yang ni simpan di office.. yang lain2 ada di rumah.. cantik kan!!! (eh.. perasan sendiri pulak.. orang lain tak cakap pun cantik.. hehe)

Anyway siapa macam saya?? meh2 sep satu! / High five!!!

- THE END -

OMG!!!!! Adakah ini syurga petai??? Hahaha

Assalamualaikum semua,

Last week saya ada post regarding my dad ada rancangan untuk beli petai banyak2 kan.. Ya Allah!!! sekali dia sampai.. penuh satu lori petai tu!!! Sakit jantung mak tengok.. haha..

Tengok ni!!! Belambak2 petai ni.. penuh satu kedai.. sampai tak tahu nak letak mana..  


Tengok ni.. penuh satu lori!!! (Apa yang ayah aku dah buat ni..hehe) 

 Kepenatan selepas unloading petai.. 600 tandan ye everybody!!! lebih kurang semuanya ada 60,000 papan petai.. wow! 'sikit' nya kan..hehe..
Budak ni pun terpaksa tidur bersama chandelier berbentuk petai.. hehe





Budak2 ni mengenang kan nasib macam mana nak mengerjakan kesemua petai ni nanti..


Di sebab kan terlalu banyak.. kami pun decide untuk jual sedikit petai fresh ini.. yang selebih nya akan di buat jeruk petai..

Jika ada sesiapa yang mahu membeli petai fresh.. anda boleh lah terus datang ke kedai Mad Ayam Kampung di Cyberjaya ya. Harga nya seperti tertera di gambar di atas. Insya Allah petai ni best.. sebab mata dia besar-besar.. jadi dapat lah kita membendung kejadian seperti penat2 kupas petai.. tengok2 isinya chinonet sahaja.. hehe.

- THE END -

Tuesday 3 July 2018

Hari Raya 2018

Assalamualaikum semua!

Sebelum terlambat.. saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa. Macam mana kah anda menyambut hari raya?? Hopefully meriah dan happy la semua nya ya. Saya seperti biasa kebiasaan nya beraya di kampung ayah di Johor.. dan tahun ni Alhamdulillah raya masih meriah seperti tahun2 sebelum ni.. cuma agak sedih sedikit tahun ini kerana tidak dapat menyambut hari raya bersama atuk lelaki saya (kerana dia telah pergi ke rahmatullah).

Anyway, kenapa saya cakap beraya di johor meriah? sebab! biasanya di malam raya kami akan masak beramai2.. sehingga pukul 2-3 pagi.. lepas tu bangun pagi berebut2 tandas..haha.. sebab kalau semua adik beradik ayah balik termasuk anak cucu's.. mau dekat or lebih sikit 50 orang ada dalam rumah atuk,, memang macam nak terbalik rumah..hehe. Lepas makan pagi.. kami beramai2 pergi sembahyang sunat hari raya dan kemudian akan balik rumah cepat2 untuk bermaafan sesama keluarga.. kemudian orang2 lelaki akan sambung pergi marhaban atau baraan sampai after zuhur.. and kami pula satu family akan mula ziarah menziarahi sanak saudara pada hari raya ke-dua sampai 4. Memang akan di jamu dengan macam2 makanan sampai kembung perut (dah la masa puasa pun tak kurus2.. bila raya makin bertambah pulak berat nya!!! Sis is Sad.. hehe)

Ok di bawah ini adalah beberapa gambar sambutan hari raya kami..


Petai Fresh Untuk Di Jual!!!

Assalamualaikum semua!! Apa khabar?? Hopefully semuanya sihat.

Kebetulan last week my parents ada pergi jalan2 sambil melawat kawan mereka di Phuket.. sambil-sambil jalan-jalan cari makan tu mereka terjumpa la dengan PETAI (haha beriya je kan.. mcm jumpa orang famous la pulak kan.. padahal jumpa petai je.. ;-p)

Jadi bila jumpa petai belambak2 tu.. my dad pun tiba2 terfikir untuk bawak masuk Malaysia.. (walaupun makan petai mulut busuk.. tapi kami memang suka yang amat makan petai tu.. busuk pun busuk la kan..hehe).. jadi dari terfikir2 tu jadi lah kenyataan..

My dad pun discuss2 dengan kawan dia tu.. dan terus setuju untuk bawak 3 tan petai??? hahaha.. yup2.. 3 tan ok! lebih kurang dalam 60,000 papan petai..

Jadi jika ada sesiapa yang berminat.. sila lah jangan segan silu menghubungi no. ini 019-317 8822 (khairul).. atau anda boleh datang terus ke kedai Mad Ayam Kampung.. kami jual lebih kurang RM1.50 untuk satu papan. Kalau nak yang dah di jerukkan pun boleh.. tapi petai nya sampai esok 4/7/2018 (Rabu) jadi petai jeruk pula akan mula di jual pada hari sabtu 7/7/2018.

ini adalah contoh packaging petai yang akan kami buat.. harga satu bekas dalam RM2.20 - RM2.50.



Sekian, Terima Kasih.

Thursday 4 January 2018

Learn From My Mistake : Pernah Tak ada experience tersalah eja nama semasa book flight ticket?????

Assalamualaikum and hi Semua!!!

Selamat menyambut tahun baru semog tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum nya.

Ok.. hari ini nak cerita sedikit tentang pengalaman saya tersalah ejaan nama semasa menempah flight ticket..

Situasi 1 : (AirAsia)

Saya menempah flight ticket untuk seorang pekerja ke Langkawi.. tetapi tersalah letak nama ayah dia.. Contoh nya sepatut nya nama pekerja tersebut adalah Mizal Bin Ramli.. tapi saya tersalah letak.. saya letak nama dia Mizal Bin Samad.. Punya la cuak masa tu.. and unfortunately, tak boleh ubah nama tu.. sebab kesalahan nama tu lebih dari TIGA (3) HURUF.. jadi terpaksalah saya beli ticket baru.. melayang duit den.. so sadddddd.. Haha. Jadi kawan2 jangan buat silap macam saya ni ya.


Situasi 2 : (AirAsia)

Saya menempah ticket untuk pekerja pulang ke Dhaka, Bangladesh. Tetapi biasa la kan saya ni memang selalu je cuai.. teruk kan!!!!.. haha.. sepatut nya letak dia as warganegara Bangladesh tapi saya TERRRRRRletak jadi warganegara Malaysia..sekali lagi saya cuakkkk.. dan terus doa panjang semoga boleh tukar (sebab ticket pergi sana mahal.. boleh bankrupt kalau kena beli ticket lain lagi..haha)..

Selepas itu saya pun terus buka website AirAsia and buka part chatting tu.. selepas beberapa minit menunggu turn nak chat dengan staff airasia.. sampai la turn saya.. saya pun cerita la saya tersalah letak kewarganegaraan tu.. ANDDDDD surprisingly!!! dia bagi tukarrrr!!! dia tolong tukar kan terus.. Ya Allah!!! bersyukur sangat masa tu.. Jadi guys sila ACT cool bila anda tersalah letak kewarganegaraan tu.. Insya Allah ok je.. diorang boleh tolong betul kan.. weeeeee...happy happy happy.. hehe


Situasi 3 : (Malaysia Airlines)

Saya tersalah susunan nama masa tempah ticket.. (haha! teruk kan.. macam2 masalah la pompuan ni..so guys.. please learn from my mistake ya)..

Contoh nya.. sepatut nya nama orang tu Abdul Mizal Ramli.. tapi saya letak Mizal Abdul Ramli.. masa tu cuak jugak la.. takut kena beli ticket baru.. saya pun terus call customer service Malaysia Airlines.. and dia suruh email dekat ---> gccc.reservations@malaysiaairlines.com ..saya pun email la beritahu salah letak nama etc.. and on the same day dia reply... ayat nya seperti di bawah ini :

"Dear Khairulbariah,
Thank you for your correspondence with Malaysia Airlines. Referring to your request, you should not worried about name out of sequence. Malaysia Airlines are still honored if the booking name are not in order, as long as spelling are correct.

Eg: Muhammad/Ali Mr; Ali/Muhammad Mr; Ali/Mr Muhammad (all of these examples are correct)
       
Ahmad/Ali Mr; Ali/Mohd Mr (May Denied boarding due to name mismatch)


Please contact one of our representatives in the Malaysia Airlines Service Centre at 1 300 88 3000 (within Malaysia), or you may click on the below link for MAB offices worldwide. We will be more than happy to help you.

Warm Regards,

Raditya Mandala
Global Customer Contact Centre
www.malaysiaairlines.com


Haaaaaaaa.. tarik nafas lega la masa dapat email dari Malaysia Airlines ni.. Jadi guys please not to worry if tersalah susunan nama semasa buat penempahan ticket di Malaysia Airlines.. sebab biasa la kadang2 confius kan mana nak letak first name.. nama ayah kita ke nama kita.. sebab masa saya register untuk masuk RMIT Australia dulu first name tu nama ayah.. jadi sampai sekarang la confius kalau nak isi borang.

Kesimpulan nya.. please guys learn from my mistake ya.. mintak2 la korang tak buat kesalahan  yang sama.. masa nak booking make sure baca balik satu2 huruf yang kita type or you can ask someone else to proof read balik apa yang kita isi atau type tu.

Sekian, Terima Kasih.

Regards,
Angah

Wednesday 3 January 2018

Travelogue Yogyakarta, Indonesia (Part 1)

Assalamualaikum semua!



Seperti tahun2 sebelum ni memang kalau birthday ayah kami akan bawa dia jalan2 ke luar negara.. tapi disebab kan budget tahun ni tak banyak kami pun decide untuk ke Yogyakarta dan solo.. and Alhamdulillah trip ni memang sangat best!!!.. antara perkara yang best kami buat adalah buat aktiviti seperti cave tubing dan merentasi jambatan gantung di pantai timang!!!.. best sangat.. memang berbaloi2..



Jadi di bawah ini adalah sebahagian daripada video untuk tempat2 yang kami lawati.. jadi stay tune..



dan anggaran kos perjalanan juga akan saya detail kan kemudian.. hope you guys enjoy the video.









Thanks for watching! ;-D



Regards,

Angah

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...