Monday 26 January 2015

Makan sedap di Penang.. #DccJalanJalanCariMakan

Assalamualaikum..

Selepas ke Koh Lipe.. Hari isnin n selasa itu kebetulan ada kerja di Penang.. Jadi pagi isnin tu terus straight ke Bertam untuk urusan kerja dan di malam hari jalan2 cari makan.

Tapi malam tu makan biasa2 sahaja.. Sebab abang zamri tak bawa baju jadi kami ke mall untuk teman abang zamri beli baju. N kalau saya ni istilah teman meneman ni memang tak ada la kan.. Mesti TERbeli juga punya la..haha..
Si saya pun beli satu kasut.. Cantik tak? Hehe..


Ok malam tu seperti biasa tidur di heliconia hotel.. Dan esok nya ke bertam balik.

Pagi selasa itu kami pun google2 ade orang recommend makan nasi lemak di port weld..



Nasi lemak dia memang sedap.. Ada macam2 lauk.. Ayam.. Udang.. Ikan bilis.. Etc.. Tapi saya tak recommend la makan kat sini sebab gerai2 lain ada jual ba alif ba ya. Terkezut i mase lepas makan tu baru perasan restaurant2 sekeliling tu.

Lepas makan nasi lemak.. Kami pun ke..
Tadaa sini.. Teo Chew Chendul.. Famous sangat.. Waktu kami datang tu betul2 baru buka.. Jadi tak perlu la beratur2. 5 min after that barisan terus panjang gyle!

Cendol dia memang sedap.. Especially kacang merah.. Fuhhh melt in your mouth hokeyh!!


Di situ tak ada tempat duduk.. Tapi boleh duduk makan di restaurant warna hijau tak silap saya. Di restaurant itu pula ada rojak dan laksa. Tapi kami tak order la sebab dah kenyang tadi makan nasi lemak..oh sebelum terlupa kedai cendol ni buka pada 10.30pagi ya.

Selepas minum n makan cendol.. Kami jalan2 sat cari street art!!! Famous sgt kat penang kn..






Dan selepas itu..
Kami ke bertam semula untuk buat kerja.. Dan setelah selesai kerja kami makan di mee udang sungai dua. Dan terus kembali ke KL. Itu sahaja.. Daaa~~

-The End-

Trip to Koh Lipe, Thailand

Assalamualaikum hari ni nak cerita sikit pengalaman saya pergi ke Koh Lipe, Thailand.

Sebelum ni kawan kami kak suria selalu ajak kami pergi ke Koh Lipe.. Dia cakap sana cantik.. Laut biru.. Mula2 tak ada la nak pergi pun sebab macam tak pernah dengar pun kan. Tapi kebetulan masa itu ayah kata dia nak pergi bercuti sampai awal tahun.. Jadi alang2 dah ada dekat langkawi.. Kami pun decide untuk ke Koh Lipe dan bernasib baik sangat Alhamdulillah tiket pun ada.

Maka pada 2/1/2015 pagi kami pun bertolak je jeti langkawi untuk ke Koh Lipe. Tiket feri kesana = RM118.00 one way.. So pergi balik dalam RM238.00.

Pergi ke sana ada 2 waktu.. Pagi (9.30am) dan petang (2.30pm). Perjalanan kesana mengambil masa lebih kurang satu setengah jam hingga dua jam.. Bergantung kepada keadaan ombak.

Kami pilih untuk pergi pagi.. Jadi bila sampai sana boleh terus check in hotel.

Sunday 25 January 2015

Pulau tuba

Assalamualaikum semua,

Sekembalinya kami dari Kashmir.. Pergi kerja balik isnin selasa rabu.. Lepas itu 1-4/1/2015 seperti biasa kami ke Langkawi celebrate new year di sana (celebrate la sangat!)

Makan di kedai yang famous dengan mee udang..


Plating diorang menarik sangat sekarang ini.. Makin bertambah2 selera nak makan..hehe












Di malam hari sambil2 adek buat add math.. Ayah decide esoknya untuk pergi ke Koh Lipe, Thailand. Masa itu memang dah bawak passport siap2 so memang tiada masalah untuk ke sana. Naik feri dalam 1 setengah jam ke 2 jam je untuk sampai ke sana.

Pagi esok terus dapat kan tiket. Nasib baik ade kawan travel agent.. Memudah kan segala urusan.. Alhamdulillah.

Weee.. So next entry is of coz the story of our journey to Koh Lipe, Thailand.

See ya!

Kashmir (Part 3) #DccCompanyTrip

Assalamualaikum..

Ini sambungan hari berikutnya..

In my opinion.. Ni je la the best experience yang kami ada ketika berada di Kashmir..haha.. Sebab bagi saya Bak kata pepatah.. Ianya indah khabar dari rupa.. Tapi im not sure la sebab kami datang selepas banjir ke.. Ke sebab mase nie tengah winter sebab tu tak cantik..

Anyway ini aktiviti kami pada hari ke-4..

Masa ini pergi tukar kasut sebelum naik ke atas gunung bersalji..




Kashmir Part 2


Selepas kesejukan semalaman n x boleh tidur.. Pagi sume muke xbpe nak happy sgt sbb kurang tidur.. Haha.. 
Xde la.. Semua orang still happy2 lagi n ambil2 gambar di area hotel coz its snowing hokeyh!! Tapi chiput je la.

Acab n khaidir..

Afta n family..

Alma yang comel..

Mommy si gigam.. Dekat semua tmpt paksa orang ambil gambar..haha

Dedek n abg..


Dedek n adek..


Mommy n dedek..ini di garden otw to house boat.. Maybe mase spring chantek kot.. Klau skrg ni.. Mcm.. Krik krik.. Krik krik.. Haha

Bergambar di sebuah masjid yg di katakan terdapat janggut nabi di dalam nya..

Wednesday 14 January 2015

Bercuti ke Kashmir, India (Part 1)

Assalamualaikum,

Pada 24-28 December 2014 yang lalu.. Bos belanje pergi company trip ke kashmir. Kami kesana menggunakan perkhidmatan Mahsuri Travel and Tours. Total harga untuk trip ini adalah sebanyak rm4200 termasuk visa fees.

Plug yg di gunakan di india adalah plug 2 pin. Kalau di delhi tiada masalah untuk menggunakan plug malaysia yang 3 pin itu sebab di sana dah modern sikit.. Mereka pasang suis yang boleh masuk pelbagai jenis plug.

Pada 24/12/2014 : kami bertolak dari KLIA ke Delhi pada jam 5 petang dan sampai di Delhi di malam hari.



Sunday 11 January 2015

Wedding Aini, 20/12/2014

Assalamualaikum,

Pada 20/12/2014 yg lalu salah seorang kawan baik saya di uitm telah melangsungkan perkahwinan di kediaman ibubapa nya di shah alam.

Dia adalah antara orang yang paling lama bercinta n berakhir dengan perkahwinan.. Alhamdulillah.

Time belajar di uitm dia bukan satu class dengan saya.. Tapi dia selalu datang lepak di rumah saya di seksyen 7.. Dari situ kami mula rapat.. Andddd she is also one of the weirdest dari yang lain2.. Sbb die macam ada OCD dengan kebersihan n cuci tandas..hehe.. Sampai kan pagi2 bute sebelum die nikah tu.. Sempat lagi die risau sebab tak cuci tandas lagi.. Sanggup die tidur lewat semata-mata nak pastikan tandas bersih. Mase tumpang2 rumah kami pun setiap kali datang mesti dia akan tolong cucikan tandas.. Hehe tq aini banini.. Dpt kami rehat dr bersihkan toilet.. ;-p

Ini antara gambar2 ketika hari pernikahan aini dengan rezza.. Dan majlis reception on the next day..

Ni gambar selepas mereka bernikah..

Nadia dari kedah datang juga untuk memyaksikan hari bahagia aini.. Tq yaya!!

Ini ketika majlis resepsi..


Ade photo booth ok! Best gyle! Snap terus klua gambar.. Menarik sangat.. Kami pun ape lagi.. Ambil gambar banyak2 la..hehe



















Wedding ni mmg best.. Makanan sedap.. Meriah.. Sebab tu saya la orang yg paling awal datang n last sekali balik..hehe. Oh.. Sebelum lupa.. Makanan catering tu dari qaseh bistro.. Terletak berhampiran restaurant upin dan ipin dan tesco yang dekat dengan stadium shah alam tu. Hmm..Ayam masak merah dan dendeng daging dia memang sangat2 sedap. Highly recommended! 

-The End-

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...