Assalamualaikum semua,
Last week saya ada post regarding my dad ada rancangan untuk beli petai banyak2 kan.. Ya Allah!!! sekali dia sampai.. penuh satu lori petai tu!!! Sakit jantung mak tengok.. haha..
Tengok ni!!! Belambak2 petai ni.. penuh satu kedai.. sampai tak tahu nak letak mana..
Tengok ni.. penuh satu lori!!! (Apa yang ayah aku dah buat ni..hehe)
Kepenatan selepas unloading petai.. 600 tandan ye everybody!!! lebih kurang semuanya ada 60,000 papan petai.. wow! 'sikit' nya kan..hehe..
Budak ni pun terpaksa tidur bersama chandelier berbentuk petai.. hehe
Budak2 ni mengenang kan nasib macam mana nak mengerjakan kesemua petai ni nanti..
Di sebab kan terlalu banyak.. kami pun decide untuk jual sedikit petai fresh ini.. yang selebih nya akan di buat jeruk petai..
Jika ada sesiapa yang mahu membeli petai fresh.. anda boleh lah terus datang ke kedai Mad Ayam Kampung di Cyberjaya ya. Harga nya seperti tertera di gambar di atas. Insya Allah petai ni best.. sebab mata dia besar-besar.. jadi dapat lah kita membendung kejadian seperti penat2 kupas petai.. tengok2 isinya chinonet sahaja.. hehe.
- THE END -