Oh haa.. Di kesempatan ini nak ucap kan selamat berpuasa bagi mereka yang menganut agama islam. Semoga tahun ini punya amalan lebih baik dari tahun sebelum2 nya.. Aminnn.
Ok.. Last tuesday saya + orang ofis pergi ke restaurant rimba dan rusa.
Alamat : D-GF-01, sunway nexis, Kota damansara.
Reason makan di sana --> Along tiba2 teringin nak makan dekat sini sebab tengok kawan dia makan di situ. Jadi sebelum puasa kami pun ke sana..sian takut dia kempunan pula nanti..hehe
Haa rupa2nya restaurant ni adik beradik wondermilk.. baru la tau. Dari segi design --> Interior restaurant ini ok.. Cantik.. Tapi kalau dok dalam macam tak berapa pasti area mana yang rimba tu kan..haha.. Tapi dari luar memang boleh nampak ada pokok2 banyak di cermin restaurant tu.
Harga makanannya a bit expensive.. So untuk orang macam saya ni tak boleh nak makan di sana selalu. Sekali sekala sahaja boleh nampak nya.. T_T
Agak lama juga nak menunggu makanan.. Tapi still boleh tolerate lagi la duration menunggu tu.. ramai kan.. jadi kena bersabar sikit ya..'ingat.. sabar itu separuh dari iman kan..hehe'..
Desserts sampai dulu.. Jadi siapa yang lapar sila lah order dessert ye.. Boleh alas perut dulu sebelum main course sampai.
And!!! Bread pudding die teramat lah sedapnya.. Highly recommended!
-the end-
No comments:
Post a Comment