Monday, 31 July 2017

Pokemon Go Orang masih main lagi???

Assalamualaikum, hai semua!!!

Dah lama kan tak dengar orang cerita2 tentang pokemon go lagi sekarang.. saya ingat kan dah tak ramai la peminat game ni kan.. sekali baru-baru ni.. Niantic ada buat event di Chicago kalau tak silap.. and that event macam ada problem sikit la kan.. Jadi mereka pun me-release kan two (2) types of legendary pokemon iaitu Articuno dan Lugia.

Kebetulan my sister ni memang die hard fan pokemon go (until now!.. haha).. so dia pun ajak la saya teman dia main Raid.. nak cari mana gym yang ada legendary pokemon.. saya pun teman je la.. sekali mak aih.. ramai gyle lagi rupanya peminat tegar pokemon go ni.. tempat yang saya pergi masa tu di Jalan Genting Klang.. ada la dekat 40 orang kot main time tu nak lawan legendary pokemon tu.. orang2 sekeliling pun heran ingat kan ada rusuhan ke apa la agak nya kan.. rupa2 nya main game je..haha.

Tapi satu benda baik yang saya nampak orang boleh dapat dari permainan ini adalah team work.. sebab memang kami tidak kenal sorang pun dekat situ.. tapi mereka ramai2 kumpul kan team untuk lawan pokemon tu.. contoh nya ada 40 orang kan.. jadi satu (1) team 20 orang.. and mereka akan tunggu sampai semua ready baru masuk untuk battle.. dan tak ada gaduh2.. semua chill sahaja.. boleh borak2.. kenal2.. tanpa mengira bangsa atau negara.

Not bad kan.. main game pun ada kebaikan juga yang orang boleh dapat.. jadi siapa yang minat pokemon dengar cerita niantic akan keluarkan lagi lagendary dalam masa terdekat ni.. jadi be ready and good luck! GOTTA CATCH EM ALL!!!

Daaa~~~

Wednesday, 26 July 2017

Experience Beli Louis Vuitton Handbag

Assalamualiakum.. Hai Semua!!

Hari ni saya nak cerita sikit experience saya shopping di kedai Louis Vuitton (LV).

Ok.. first of all..Saya ni jenis kalau rasa tak mampu memang malas la nak masuk kedai yang saya mampu tengok je kan. Jadi masuk LV memang la sangat2 jarang. Kalau sebelum ni masuk pun rasa macam alien (haha) sebab rasa semua orang pandang macam 'Ewww.. die ni mampu ke nak beli mesti tengok2 je tu'..haha padahal orang xde cakap apa2 pun..perasaan sendiri je. Tapi kebetulan masa awal raya hari tu emak saya ajak pergi tengok2 beg LV, maka saya pun ikut la dia ke sana.

Kami pergi ke kedai LV yang terletak di Starhill Gallery opposite Pavillion. Pada waktu itu dalam kedai memang tak ramai orang.. jadi kami pun masuk and look around. Unfortunately, salesman / salesgirl dia tak ada pun datang untuk entertained.. jadi kami jalan2 usya2 je la sendiri. Tak lama lepas tu sorang salesperson nama dia 'Apple' datang untuk melayan kami.. and Alhamdulillah she is very helpful and tak arrogant langsung. Sebab kadang2 kan kalau kita tak beli nanti salesperson tu akan buat jelingan maut.. haha. Ye la kita bukan macam Dato Seri Vida dengan Datuk Aliff Syukri kan.. tunjuk je beli tunjuk je beli..Haha best kan diorang.

Anyway.. kami pun tanya2 la harga beg yang pekenan.. sebab dia tak tulis harga siap2! tu la antara sebab saya tak suka masuk kedai LV.. segan nak tanya banyak2 soalan harga berapa. Tapi ukur baju di badan sendiri la kan.. saya pun masuk sana terus tanya dekat Apple harga beg yang paling murah berapa.. dia pun kata yang paling murah speedy.. harga dalam RM4000++.. wow terkejut saya dengar.. sebab sebelum ni beli dalam RM2600 macam tu je kot dekat UK 3 tahun lepas. Memang telan air liur je la dengar harga.


ni keadaan kedai masa tu.. tak ramai langsung kan..



Haaa.. tu la Apple.. comel kan.. baik pulak tu..





Mak pun try2 la beg yang dia suka.. 
Mak beli beg yang ni.. saya memang suka design dia.. and the price is around RM20,000.00.
Oh.. sebenarnya saya pun ade selit beli satu barang hehe of coz la bag yang paling murah dekat sana kan.. jenis Neverfull.. macam tote bag tu.. harga dia dalam RM5500.00.
Bag dua ni je la yang tahu exact harga.. jadi di sini saya bagitahu mana2 harga yang saya tahu sahaja ya.. kot2 la nak beli sama macam kami kan.. boleh la dah start kumpul2 duit untuk beli.. yang mana duit dah cukup tu Alhamdulillah.. boleh lah terus beli.

Yang ni beg dah di shortlisted .. 


 Miss Apple layan kami siap bagi minum juice and tea lagi.. best kan. Di sebab kan 'Apple' sangat baik melayan.. mak pun terpengaruh dan beli barang yang tak tersenarai dalam program kami iaitu cermin mata hitam.

End of that day ini la barang2 yang kami beli.. sebenarnya before that kami ada masuk kedai YSL tapi ish3 sombong nya salesperson dia.. terus terbantut nak beli.. beza sangat dengan layanan di LV dan ferragamo.

Jadi kalau nak beli LV and segan nak tanya harga.. cuba jumpa Miss Apple.. dia memang sangat membantu.. yang lain2 macam tak berapa friendly sangat.

Ok Setakat ini sahaja kali ini..
Daaaa~~

P/s : tak sempat nak tambah ayat lagi.. kakak sebuk nak main pokemon sebab ade legendary pokemon katanya. hmmm layan je la kan..

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...