Assalamualaikum Semua,
Saya memang dah lama sangat aim nak pergi ke London since my parents pun dah nearly 10 years tidak ke sana.. Jadi bulan February 2015 yang lalu, Malaysia Airlines ada buat promotion ticket untuk ke macam2 tempat salah satunya adalah ke London. Masa survey2 tu ape lagi kan.. mesti la excited..
Terus call ayah nak mak beritahu ada promotion..tapi seperti biasa kalau ada promotion memang saya akan beli dulu tiket untuk ke Langkawi la kan.. tiap2 bulan mesti ke sana..
N surprisingly my dad AGREE ok! AGREE! I repeat.. AGREE untuk belanje + beli tiket ke London.. wahhh how happy I am masa tu.. jadi sebelum dia ubah fikiran ape lagi.. terus capai credit card dia dan beli..haha. Harga masa kami nak pergi itu not that cheap pun.. tapi sebab nak pergi masa cuti sekolah juga.. beli je la walaupun mahal sikit but kira masih murah la jgak. Lebih kurang RM3,600/person.
Saya book flight untuk kesana.. pergi pada 13 March 2015 dan balik pada 20 March 2015. Biasanya orang ke sana mesti pergi dalam tempoh 2 minggu kan.. tapi di sebabkan adek sekolah asrama plusss ayah tak boleh tinggalkan ofis lama2.. kami hanya kesana untuk 7 hari sahaja. Cukup je duk sana 7 hari pun. Kira banyak juga la tempat kami sempat cover.. antaranya kami ke Glasgow, Fort William, Isle of Skye, Edinburgh, Livingston, Manchester, Liverpool, dan London.
Dari Putrajaya saya + Adek naik ERL untuk ke KLIA di sebab kan bag terlalu banyak.. haha tak de space dah nak sumbat kami berdua,,
Sepatutnya hari jumaat tu adek ada exam, tapi mommy tulis surat pada cikgu untuk bagi pelepasan awal pada adek.. n hari jumaat punya exam dia ambil awal sehari.. TQ CIKGU!!!
Yeaaaahhhh! maka bermulalah holiday kami..
Kami naik kapal terbang Malaysia Airlines yang besar tu.. best sangat..
----------------------------- DAY 1 -----------------------------
Selepas 13 jam duduk bangun, makan tidur n tengok movie di kapal terbang.. Alhamdulillah kami pun sampai di London Heathrow Airport.. Dan malam itu kami straight ambil flight dari London untuk ke Glasgow.. kami naik British Airlines. Harga tiket lebih kurang RM855/person.
Perjalanan dari Airport London ke Glasgow adalah selama sejam 20 minit.
Lepas itu sampailah kami di Glasgow.. kami naik last flight ke sana.. maka masa itu dah sunyi dah kawasan airport..
Di Airport kami sewa kereta Volkswagen Transporter
di Glasgow dan pulang balik nanti di London
Airport. Harga kereta sewa untuk 7 hari adalah
RM4,000 termasuk insurance. Kereta ini
amatlah besar boleh muat 9 orang.
Kami sewa kereta dengan Hertz.. memang mudah sahaja semuanya melalui online..dan tempah awal2 dari Malaysia.. di Airport baru g kaunter untuk ambil kunci kereta and sign apa yang patut..
Sambil2 tu google la tempat2 menarik nak di lawati di sana..
Dan malam itu kami dah tempah awal2 tempat nak tidur iaitu di IBIS Hotel Glasgow. Disebabkan sebelum ini di Bandung pernah duduk di IBIS saya pun yakin lah dengan kebersihan hotel itu.. |
------------------------------ DAY 2 --------------------------------
hotel ini murah sahaja dalan RM350/night.. untuk satu bilik la kan.. kami ambil 3 bilik sebab ada 6 orang..
Betul2 sebelah hotel ibis ini ada Novotel.
Banyak aje lagi hotel yang murah2 mcm IBIS ni di sana.. contoh seperti Travelodge, Premier inn.. nanti boleh survey2 hotel yang itu..
Di Glasgow di pagi hari kami breakfast di bilik.. makan Brahim plus nasi impit.. kemudian terus kan perjalanan ke University of Glasgow , University of StrathClyde, Transport Museum (sebab free..haha.. yang kena bayar memang tak masuk la)..
Ini University of Glasgow.. Cantik kan..
Ini Transport museum..
Disebabkan no time to waste.. kami habis berjalan2 di Glasgow.. kami terus pergi information centre untuk rancang perjalanan..
Selepas ke information centre kami terus singgah di Hard Rock Cafe.. tapi tak ada beli pape pun la.. tengok2 sahaja..
Jalan2.. pastu sesat2.. terjumpa masjid.. kami pun singgah sembahyang di Masjid Glasgow ini.. tapi biasa kalau pergi oversea kami memang akan ke masjid mereka..kira macam aktiviti wajib la kalau ke oversea..
masjid nya memang boleh tahan besar dan selesa..
Selepas itu.. kami meneruskan perjalanan untuk ke Fort William..
Tapi di scotland ni untuk ke satu tempat ke tempat lain memang agak jauh.. jadi kami singgah di Bullock ke Ballock untuk rehat dan makan2.. makan apa lagi kalau dekat overseas ni kan.. mestilah Fish and Chips sahaja.
Didepan restaurant itu ada taman permainan ini.. memang comel..
Best sangat makan dekat sini.. serving besar!! dan murah gyle!
Kalau ada di area ini sila lah singgah ya di restaurant ini..
Cuba teka benda kuning yang comel ini apa??
Video :
Video :
Kami pun meneruskan lagi perjalanan..
Cantik kan pemandangan di sini..
Sampai Fort William pun dah malam.. dan kami tidak tempah hotel pun.. ingat nak redah je.. sekali semua hotel full! sabo je la.. jadi jalan2 tengok2 ada banyak bed and breakfast..
sekali usya kat dalam die.. comel nya!!! pastu setuju la nak duduk di B&B..
rumah yang 1st kami pergi dia tak bagi nak masak2 or makan2 makanan kami la kan.. jadi proceed ke rumah lagi satu..
ALhamdulillah tuan rumah dia baik.. bagi kami masak2 n makan2 tapi lepas makan kena buang sampah makanan itu di tong sampah luar.. kami pun setuju..
Ini lah bilik kami.. kami biasa kalau pergi oversea akan bawa nasi impit.. periuk nasi.. brahim (rendang, masak merak, sambal tumis).. sambal ikan bilis.. dapat la jimat sikit duit kan..
lagi pun ayah memang jenis hari2 nak makan nasi.. memang elok sangat la kena bawak semua benda2 itu..
Toilet pun comel lote je..
Seperti biasa kena google waktu solat..
Dan esoknya kami teruskan perjalanan lagi untuk ke Isle of Skye.
kalau tidak silap dari Fort William ke Isle of Skye ambil masa selama 5 jam.. jadi pagi2 lagi kami dah bertolak.. sebab jauh sangat banyak la tempat2 yang kami berhenti untuk rest dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
Untuk cerita the next2 day saya akan sambung di entry yang akan datang..
Daaa~~~
Nicely written.
ReplyDeleteKalau datang lagi ke Glasgow jangan lupa singgah kat our Malaysian BnB.
http://www.jomscotland.blogspot.co.uk/2015/10/penginapan-di-glasgow.html
Hi, thanks for the info. Insya Allah will do.. ;-)
Delete