Saturday, 8 November 2014

Bercuti ke Krabi dan Phuket


Assalamualaikum.. Hello everybody..

Pertengahan tahun hari tu saya dan keluarga ada buat trip pergi ke Thailand dengan menaiki kereta. Mak datuk memang jauh sangat.. Dok lame2 dalam kete rase macam nak sepak je pintu kereta lepas itu keluar dari kereta..haha.

Perjalanan dari KL ke bukit kayu hitam mengambil masa dalam 4 jam 30 minit. Lepas itu.. Cop2 passport n register kereta di immigressen Thailand.. Selepas itu terus meneruskan perjalanan.
Dari Bukit kayu Hitam ke Krabi mengambil masa selama lebih kurang 7 ke 8 jam. Lame gyle kan!

Tp b4 ke krabi singgah makan dulu di hat yai.. Semua org kebulur..

Kedai yang wajib kami singgah jika ke hat yai.






Yang sebelah kiri tu owner die.. Comel kan! Food memang terbaik.. Sila singgah jika ke sini.


Ni gambar2 semasa di krabi:



Ini landmark die rupanya.. Maybe dari Crabby.. Bile thailand sebut jadi krabi kan..hehe



So posing la bebanyak dekat ketam ni..

 Kedai2 cantik.. Saje ambil untuk tengok concept. Tidur satu malam di krabi.. Lepas tu proceed perjalanan ke phuket pula. Dari krabi ke phuket dalam 2 jam perjalanan.

Ini kereta yang banyak berjasa.. Tq kereta!

Singgah breakfast disini.. Memang sedap.


Selesai breakfast teruskan perjalanan ke phuket.

Dalam perjalanan terjumpa washing machine punya tempat ini.. Unik kan!

Pastu sampai ke detinasi. Tak tengok phuket fantasia sebab sebelum ini dah pernah tengok dah. Datang sini pun sebab nak jumpa kawan ayah mr.majeed.

Lepas jumpa mr.majeed die bawa kami ke villa yang dia sewa untuk kami.. Cantik kan!! Rm1200/day. Mahal kan!

Ni keadaan dalan villa..ada private pool!






 
Lepas itu di sebelah malam kami tengok show..

Ni dia show nya.. Boleh tahan.. Tp x semeriah phuket fantasia la kan.

Bila otw balik singgah phang-nga island.. Tengok pulau yg 100% orang islam. Alaa yang dekat you tube ade iklan diorang dapat padang bola baru tu. Cube try google nnt k.

Tmpat bukak tutup botol yang comel. Lepas itu terus kan perjalanan untuk pulang ke Putrajaya. Sekian. Daaa~~

Langkawi

Assalamualaikum and a very good evening to all..

Ni nak cerita tentang our company trip to Langkawi. Entry sebelum ni dah cerita aktiviti di Pulau Tuba kan. Sekarang di Pulau Langkawi pula.

Pagi2 pergi jalan2 dulu kat pulau tuba..

Lepas tu amek2 gamba.. Macam Charlie's Angle tak? Hehe

Amek gamba lagi..

Pastu makan n berangkat ke Pulau Langkawi. Dalam pukul 2.30pm macam tu. So terus bawa semua orang pergi beli ais dulu sbb ade bawak ikan fresh balik takut busuk pulak kan ikan tu nanti. Selepas itu terus pergi ke Kompleks Haji Ismail Group di Kuah untuk shopping mopping..hehe.

Mule masa datang Langkawi semua orang bawak beg kecil je. Bila smpai sana (kedai haji ismail group).. Semua beg jadi beranak n mengandung..

Tadaaa besa kan beg beranak mereka.. Hehe.. Dalam tu ade la isi chocolate yang banyak. Sebab di Langkawi amatlah berbaloi untuk shopping chocolate sebab most of it half price dari KL.. And the price for that huge bag is only rm99.00. Memang berbaloi-baloi.

Saya beli ini untuk kawan yang tempah.. Harga dari rm312.. Jadi rm245 je untuk 100ml.

Tapi yang sedih nya! Sekali pergi kat airport.. Ade offer baru pulak.. Benci benci benci..200ml rm312 je!!! Murah yang amat.. Limited edition katanya.

Basically itu sahaja buat di Kuah.. Eh2 plusss tengok helang besar..

Masing2 dengan gaya tersendiri..ini Irni.. Best kan cara dia posing n amek gambar.


Kreatif kan.. Dah banyak kali g sini.. Tp  xpernah lagi terfikir nak ambil gambar macam ini.

Alright. Itu sahaja setakat ini. Daaa~~

Friday, 7 November 2014

Pulau Tuba, Langkawi

Assalamualaikum n a very good evening to all,

Last week saya ada pergi company trip ke Pulau Langkawi.. Tapi most of the time kami duduk di Hotel beribu riban bintang di Tanjung Pandan, Pulau Tuba, Langkawi.

Bos memang every month akan pergi ke sana.. Kebetulan hari tu Malaysia Airlines ada buat promotion tiket.. Survey2 tengok mak datuk.. Murah nye! Rm120.00 pergi balik ok! So beli la untuk 1 ofis. Alaa bukan ramai sangat pun budak ofis.. 9 orang je pun..hehe. Tapi! Tak ACI! Sbb staff naik MAS.. Bos n da family naik AirAsia je..tapi tak pe la.. Redha je kn.. Yang penting dapat tumpang luggage dekat diorang.. Hehe kami jalan lenggang kang kung..😜 

Ni antara gambar2 semasa di Pulau Tuba:

Haaa ni 'kek' untuk birthday mommy.. Die request nak pulut kuning pulak dah.. Ingat nak beli kek je.. Kelam kabut la cari merata kedai mana ada jual. Last2 beli chiput sana chiput sini.. So combine jadi la bentuk itu.

Haa.. Dari airport.. G ke jetty pelancongan.. Tu la barang yg kena bawa.. Letih gyle sebab berat nak mati..haha.. Rasa nak campak je barang tu dalam laut..kidding2. Yang sebelah kiri tu Abang Zamri.. Dia tolong angkat besi Boltless rack.. Penah tengok tak rak tu? Haa kalau xpenah sila google ya.. Memang beratt yang amat terpengsan! 30kg ada rasa nya berat dia.. Tu untuk 2 rak. TQ emzack a.k.a abang sado sbb tlg angkat.

Ini rumah baru bos.. Orang laki2 semua duduk sini.. Perempuan di rumah satu lagi. Comel tak rumah ni? Bos beli kayu rumah orang.. Dalam rm9000. Mmg murah sangat! N cantik. Total buat balik plus cost beli total jadi rm22,000.00. Mmg berbaloi2.

Sampai hari jumaat malam.. Jadi aktiviti start esok nya.

This is kak ruslina.. Dah 22 tahun keje dengan DCC. Thank you very much for your service. 😬😬

Exercise di pagi hari.. Kengkonon nak jalan jauh la.. Tapi memang agak jauh dh la jalan.. Pastu bila fikir balik nak patah balik tu.. Mak aih.. Kebulo + tecabut kaki nanti.. So call anwar suruh bawa kereta ambil kami.. Tak larat nak jalan dah.

Lepas jogging konon2 tu.. Makan2 pastu g fishing..

Kami ambil 2 boat.. 1 family boss.. 1 lagi boat untuk staff..


Ini nama dia ikan kerapu panau.. 

Banyak kan dapat tangkap! Alhamdulillah rezeki untuk makan malam.. Jangan terkezut.. Habis semua ni diorang makan hokeyh!

Uncle kamarudzaman with his lil shark..haha poyo je tu.. Padahal seko ikan pun tak dapat.. Kesian dia.. Stress..hehe.

Ikan fresh buat ikan bakar memang superb! 

Semua lepak sebab kepenatan n kepanasan..



Ini di antara pemandangan2 di pulau tuba, langkawi.

Rumah belakang tu tempat fazura dengan keith foo berlakon cerita ape tah tajuk die yang ade 'langit' langit tu.


Ini afra.. Die tengah preggy hokeyh mase nie.. Tp aktif je kesane kemari.. Panjat sane.. Panjat sini.. Tabik spring 1 untuk die.

Pemandangan di tanjung pandan, Pulau Tuba, Langkawi.

Mcm2 aktiviti lasak buat.. Termasuk lah hiking ye kawan2.

Cool tak? Saya guna baju kaftan je untuk hiking..haha perasan hebat la pulak minah ni kn.. Menyampah bace.. 😜😜

Relax slps penat hiking (poyo!)

Itu sahaja pengalaman berada di Pulau Tuba, Langkawi. Next Entry tentang bawa budak2 ofis jalan2 di Pulau Langkawi (mainland).

Daaa ~~

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...