Friday, 7 November 2014

Pulau Tuba, Langkawi

Assalamualaikum n a very good evening to all,

Last week saya ada pergi company trip ke Pulau Langkawi.. Tapi most of the time kami duduk di Hotel beribu riban bintang di Tanjung Pandan, Pulau Tuba, Langkawi.

Bos memang every month akan pergi ke sana.. Kebetulan hari tu Malaysia Airlines ada buat promotion tiket.. Survey2 tengok mak datuk.. Murah nye! Rm120.00 pergi balik ok! So beli la untuk 1 ofis. Alaa bukan ramai sangat pun budak ofis.. 9 orang je pun..hehe. Tapi! Tak ACI! Sbb staff naik MAS.. Bos n da family naik AirAsia je..tapi tak pe la.. Redha je kn.. Yang penting dapat tumpang luggage dekat diorang.. Hehe kami jalan lenggang kang kung..😜 

Ni antara gambar2 semasa di Pulau Tuba:

Haaa ni 'kek' untuk birthday mommy.. Die request nak pulut kuning pulak dah.. Ingat nak beli kek je.. Kelam kabut la cari merata kedai mana ada jual. Last2 beli chiput sana chiput sini.. So combine jadi la bentuk itu.

Haa.. Dari airport.. G ke jetty pelancongan.. Tu la barang yg kena bawa.. Letih gyle sebab berat nak mati..haha.. Rasa nak campak je barang tu dalam laut..kidding2. Yang sebelah kiri tu Abang Zamri.. Dia tolong angkat besi Boltless rack.. Penah tengok tak rak tu? Haa kalau xpenah sila google ya.. Memang beratt yang amat terpengsan! 30kg ada rasa nya berat dia.. Tu untuk 2 rak. TQ emzack a.k.a abang sado sbb tlg angkat.

Ini rumah baru bos.. Orang laki2 semua duduk sini.. Perempuan di rumah satu lagi. Comel tak rumah ni? Bos beli kayu rumah orang.. Dalam rm9000. Mmg murah sangat! N cantik. Total buat balik plus cost beli total jadi rm22,000.00. Mmg berbaloi2.

Sampai hari jumaat malam.. Jadi aktiviti start esok nya.

This is kak ruslina.. Dah 22 tahun keje dengan DCC. Thank you very much for your service. 😬😬

Exercise di pagi hari.. Kengkonon nak jalan jauh la.. Tapi memang agak jauh dh la jalan.. Pastu bila fikir balik nak patah balik tu.. Mak aih.. Kebulo + tecabut kaki nanti.. So call anwar suruh bawa kereta ambil kami.. Tak larat nak jalan dah.

Lepas jogging konon2 tu.. Makan2 pastu g fishing..

Kami ambil 2 boat.. 1 family boss.. 1 lagi boat untuk staff..


Ini nama dia ikan kerapu panau.. 

Banyak kan dapat tangkap! Alhamdulillah rezeki untuk makan malam.. Jangan terkezut.. Habis semua ni diorang makan hokeyh!

Uncle kamarudzaman with his lil shark..haha poyo je tu.. Padahal seko ikan pun tak dapat.. Kesian dia.. Stress..hehe.

Ikan fresh buat ikan bakar memang superb! 

Semua lepak sebab kepenatan n kepanasan..



Ini di antara pemandangan2 di pulau tuba, langkawi.

Rumah belakang tu tempat fazura dengan keith foo berlakon cerita ape tah tajuk die yang ade 'langit' langit tu.


Ini afra.. Die tengah preggy hokeyh mase nie.. Tp aktif je kesane kemari.. Panjat sane.. Panjat sini.. Tabik spring 1 untuk die.

Pemandangan di tanjung pandan, Pulau Tuba, Langkawi.

Mcm2 aktiviti lasak buat.. Termasuk lah hiking ye kawan2.

Cool tak? Saya guna baju kaftan je untuk hiking..haha perasan hebat la pulak minah ni kn.. Menyampah bace.. 😜😜

Relax slps penat hiking (poyo!)

Itu sahaja pengalaman berada di Pulau Tuba, Langkawi. Next Entry tentang bawa budak2 ofis jalan2 di Pulau Langkawi (mainland).

Daaa ~~

No comments:

Post a Comment

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...