Sunday, 1 November 2015

Event : KL Food Truck Feast

Assalamualaikum semua!

Hi.. How r u..

Harap2 semua OK n sehat sejahtera. Hari ni seharian memang aktiviti mencari makanan n makan2 je..hehe.. Sebab Sabtu biasanya Akan ke asrama adek.. Untuk tengok dia.. Tanya khabar n makan2.. But kali ni datang Ada extra reason.. Kami datang bagi semangat dekat dia Sebab isnin ni SPM dah nak start.. Jadi tolong doakan dia berjaya dengan cemerlang ya.

Ok.. Hari ni pagi saya Pergi majlis akiqah di rumah Kawan.. Mizah mama nya..


Mereka ini kawan Dari sekolah menengah lagi..

Haa alang2 dah buat majlis akiqah tu.. Mizah buat sekali birthday celebration untuk ayah n adek dia.. Haa gambar durian di atas ini sebenarnya adalah kek! Amazing kan! Workmanship dia memang superb.. Nampak real sangat..

Ini gambar setelah kek di potong.

Yang no.2 tu kek adek Mizah.. Comel kan!

After majlis akiqah.. Pergi sekolah adek pula.. Dia request nak dominos pizza.. Jadi beli kan je la. Sebab dah kekenyangan makan di rumah mizahZz makes saya pun tak makan la pizza tu.

Dinner pula kami makan bubur Nasi do kampung baru. Selepas makan.. Otw balik tu lalu sebelah dataran merdeka.. Sekali ternampak Ada event 'KL food truck festival '.. Jadi alang2 dah sampai kami pun singgah la tengok..

Menarik juga event nya.. Food truck dia semua menarik2..














First time nampak rotiboy punya food truck..





Dalam banyak2 trucks.. Truck yg ini Lah yang paling menarik minat saya.. Haha.. Sebab Ade nachos..

Nachos Dari babarittos ni memang sedap.. Mereka kata biasanya mereka berniaga di area setapak.. Dekat dengan Colombia hospital. Kalau nak rasa makan mereka yang sedap ni boleh la datang ke sana ya.

Antara yang menarik lagi di truck mereka adalah..

Air ini!!! Comel kan bekas dia.. Di sebab kan bekas die menarik la saya beli..hehe



Air jagung dia memang sangat sedap..

Anyway siapa yang ada kelapangan boleh la datang memeriahkan lagi event KL Food Truck festival ni yang di anjurkan di dataran merdeka ini.

Itu sahaja entry kali ini.. Daaa~

Friday, 23 October 2015

Nasi Vanggey, Sri Rampai

Assalamualaikum semua!

Hari ni lepas office hours along teringin nak makan nasi vanggey. 

Ini lah rupa restaurant nya..


Ia nya terletak di Sri Rampai Business Centre.


Rasa nya memang sedap.. Lebih kurang macam nasi vaggey ipoh.

Interior kedai

Haa menarik kan!






Memang puas hati makan dekat sini.. Nanti cuba la makan dekat sini ya! Selamat mencuba!

Daa~

Monday, 19 October 2015

Omnomnom : BadBoys Cook, Oasis, Ara Damansara

Assalamualaikum semua!

Last week n last 2 weeks adalah amat busy.. N selalu ada meeting di Ara Damansara ni. Jadi hari2 cuba kedai lain2 la kan. Mula2 makan di Old Town White Coffee je sebab tau yg tu je kan.. Lepas post di instagram adalah kawan2 cadangkan makan di Bad Boys Cooks.


Makanan dia adalah western food.. Mostly burger. Taste wise sedap.. Portion pon besar. Tapi paling favorite adalah chilli nachos dia.. Memang super duper sedap.

Habis buat kerja saya pun ajak budak ofis pergi sini makan..



Ini nachos dia yang sangat sedap itu..

Interior kedai..


Onion ring yang sedap dan rangup..

Ini catherine and leong..







Ini lah bill nya.. Ini rase nye adalah kedai yang paling murah la dekat area ni.. Yang lain semua mahal.. X mampu hari2 nak makan dekat area ni.. Nasib baik la ofis dekat area biasa2 je..hehe.

Anyway food memang sedap.. Portion pun besar.. Kenyang la makan. Tapi im not sure nak datang lagi ke tak..haha! Sebab macam meragui sikit la kehalalan die sebab ada jual beer dalam tu. Tapi memang ramai je muslim makan dekat situ. Kalau ade sesiapa yang tahu pasal ni ok ke x.. Inform la dekat ruangan comment ya. Tq! Thats all.

-The End-

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...