Assalamualaikum semua.. Last 3 weeks saya ada pergi ke Bertam Penang.. Ada buat inspection sikit..
Jadi alang2 dah kat Penang tu kan.. Mesti la wajib pekena Nasi Kandar. Tapi orang luar biase la kan.. Mesti cari line clear dengan nasi kandar beratur je.
Tapi one of my friend yang tinggal di Penang kata 'laaa.. Pergi cuba nasi kandar deen.. Orang penang dah tak makan dah line clear dengan nasi kandar beratur tu..' .. Kami pun apa lagi.. Cari la kedai nasi kandar deen tu.. Senang je cari dia.. Guna GPS je dah jumpa.
Buat kerja di Bertam.. Dan makan di Pulau Pinang. Nasi kandar deen ni ada dua tempat satu di Jelutong.. Satu lagi tak ingat nama tempat tapi di area george town.
Haa ni la sign board restaurant tu..
Mase awal2 datang beratur panjang ni je..
Lepas habis makan.. Haaa amek ko.. Sampai ke selang 3 kedai panjang nye.. Alhamdulillah masa itu tuhan permudah kan segala urusan.. Dari nak cari parking.. Sampai la beratur untuk makan.
Kami datang masa ni dalam pukul 7.30malam.. Musafir kan.. Jadi sembahyang jama'.
Ini lauk saya.. Nampak macam tak menarik kan.. Tapi sedap gyle i tell u..
Selepas habis makan di restoran deen di jelutong.. Saya pun pergi check in hotel.. Nama hotel tu heliconia.. Just a small, cute, neat n tidy hotel. Rm159/day.. Memang worth it.
Lepas tu dalam pukul 10malam.. Ada orang yang kerja di site siang tadi tu ajak lepak.. Memang baik budak nya. Nama dia Jimmy. Dia bawak kami pergi makan di restoran kapitan. Yang famous dengan butter chicken.. Roti nan.. N tandoori.
Owh lagi satu yang famous Jimmy tu recommend makan milani chicken..
Ini air manggo lassi.. Sangat la pekat yang amat.. Tapi memang rich dengan rasa mangga.. Bila sedut air terasa air tu turun ke tekak..hehe.
Ini lah chicken milani plus roti nan butter..
Saya makan yang ini.. Tandoori plus garlic butter nan.. Yummy!
Lepas dah kenyang.. Jimmy n his gf hantar kami balik ke hotel.. Tq jimmy for the great hospitality we really appreciate it! ;-)
Balik hotel.. Tido.. Pastu breakfast di restoran nasi kandar pokok ketapang..
Hidangan menarik.. Tapi kureng sedap.. N mahai nak mati..haha..
So end up xpuas hati tengah hari tu kami singgah di kedai deen lagi satu..
Tadaa.. Ini lah dia..
Di sini boleh pilih sama ada nak makan kat dalam or luar.. Dalam dia deco macam ni.. Luar biasa sahaja macam gerai2 macam tu.. So we choose to eat kat dalam..
Haa yg semalam punya nmpk kurang menarik so hari ni dah pilih lauk yang colour dia chantik sikit.. Hehe
Lepas tu siap bungkus lagi bawak balik sebab ayah teringin sangat nak rasa. Tapi compare dengan restoran deen jelutong dengan deen yang di george town ni.. Di jelutong punya lagi superbbb n mengancam la kan.
Jadi bila datang Penang jangan lupa singgah makan di restoran deen nasi kandar ya. Insya Allah puas hati dengan rasa dia.
Owhhhhh.. Chop2.. Sebelum terlupa.. Selepas site inspection di Bertam.. Kami singgah beli jeruk pak ali di tepi highway je kedai dia.. Senang dah tak yah masuk pulau untuk beli jeruk n ianya juga Sedap dan murah.
Ini lah kedai nya.. Besar cantik dan bersih
Itu sahaja.. Jadi nanti jangan lupa singgah di
1) restoran Nasi Kandar Deen, di Jelutong
2) Restoran Nasi Kandar Deen Maju, berhampiran George Town
3) Kedai Jeruk Pak Ali
-The End-