Saturday, 15 November 2014

Sipadan Water Village, Mabul Island, Malaysia

Assalamualaikum~~

Hari ni nak cerita tentang Mabul Island. Saya pergi masa 6 - 8 November 2014. 

Beli flight tiket satu tahun yang lepas.. Rase mcm dah murah dah.. Pergi balik dalam rm110/person. Tu tempat dari KLIA2 ke tawau.. Naik air asia.

Saya pun beli 3 tiket.. Tapi malang nya masa nak pergi tu kerja tengah banyak sangat! Terpaksa lah along tinggal. So saya pergi dengan abang sahaja n sepatut nya balik 9/11/2014 tapi terpaksa balik awal sehari.. Jadi beli la tiket flight baru untuk balik.

6/11/2014 :

Flight 7.15 pagi.. Jadi 5.30pagi dah gerak pergi airport..parking terus di sana. Kos park kereta sampai 8/11/2014 = rm145.00.

Masa naik flight tu dah excited la kan.. Tp mengantuk.. Jadi naik2 terus tidur. Sekali dah sejam tak gerak2.. Rupa2 nya ada technical problem.. Kata nya kena tukar gear flight tu?? Xtau la ke sahihan nya. So turun flight balik dalam 30 min after that dah ok naik la balik.

Dalam flight wajib makan ni.. Nasi lemak pak nasser's.. Memang sedap sangat plus its halal!


Sampai lah di airport tawau.. Sabah ni sama macam sarawak.. Kena simpan 1 slip masuk sabah.. Nanti balik kena pulangkan balik.

Masa itu ground untuk ke mabul island saya dah arrange siap2.. Nak tunggal di Sipadan Water Village. Search kat internet dapat contact nama agent di sana. Dari airport diorang pick up.. Naik van ni.. Besa kan! Padahal 2 orang je..hehe

Perjalanan dari airport ke jeti semporna ambil masa dalam 1 jam 15 min or 1 jam 30 min bergantung pada traffic condition.


Pemandangan di sepanjang perjalanan..



 Selepas sampai jeti semporna.. Perjalanan ke Mabul Island mengambil masa selama 45 minit manaiki boat.




Tadaaa ini lah kawasan resort kami.. Cantik kan! Xperlu pun nak edit gambar sebab memang dah cantik.


Boat polis yang sentiasa ada untuk menjaga keamanan.. Go go polis di raja Malaysia.. Bagus la mereka ni.



Most of the time memang habis kan masa relax di chalet ini sahaja.. Memang berbaloi2..

Pakej yang kami ambil termasuk makan breakfast, lunch and dinner. Total hari tu bayar pada agent approximately rm3,700.00 for 3 pax (include makan, pick up n hantar balik ke air port, 1 trip sehari untuk snorkling, tempat penginapan n boat pergi balik ke jeti semporna.

Jangan risau kalau lapar ke nak air ke sebab mini mart ada di sini.. Dan air kosong 2 jug ada di sediakan di bilik.




Ini view dari bilik kami..


Waktu senja..

View dari bilik kami waktu pagi.. Bilik no.109.. Memang cantik..



Masa ini dah ready nak jalan2 ke kawasan perkampungan berdekatan..

Area kampung berdekatan..





Ini mabul water bungalow resort.. Lagi mahal n lagi cantik dari tempat kami.. Tapi tempat kami Sipadan Water Village pun dah cukup cantik dah cuma sini ada tv n astro n aircond. Di sipadan water village ade beberapa unit sahaja yang ada aircond.










Lepas tu masa ni dah nak pukul 6 petang.. So kami pun cepat2 la balik ke Sipadan Water Village (SWV) sebab waktu berkabung adalah dari pukul 6petang sampai 6 pagi.

Ini lah tempat makan kami di SWV. Pekerja di SWV ni semuanya sangat friendly dan baik2 belaka. Semua tahu kami datang 3 orang.. Haha. Datang nak makan siap dah sedia kan tempat untuk 3 orang.. Tapi yang datang nya 2 orang sahaja. The next day diorang prepare for 2 person sahaja. Lepas tu 1 kali masa lunch kami minta 1 jug air kosong.. The next day sampai hari balik mereka memang akan letak 1 jug air kosong atas meja kami.. Bagus kan!!!!



Makan secara buffet dan hari2 lauk lain2.. Masakan boleh tahan.. Burger die memang sedap kalau terkena pada hari yang korang datang la kan..

Ini rupa chalet kami yang comel..


Ini orang laut.. Hari2 akan round jual ikan fresh.. Tapi kami x beli.. Just bagi diorang  dalam rm5 untuk beli beras. Sebab mereka minta macam tu.. So bagi je la.

Ni di diving centre.. The best part of all.. Dapat try diving ok!! Rm250/ person.

Sebelum start kena sign apa yang patut..



Selepas itu study apa yang patut.. N instructor akan explain mana yang x paham..

Lepas dah paham.. Gedebush!!! Weee dah diving .. Hehe.

Memang sgt la best pengalaman diving.. Tapi sebab 1st time kan menggelabah sikit.. N takut air masuk dalam mask la.. Telinga punya pressure xboleh tahan la.. But at the end we manage to control our fear.. Alhamdulillah. Anddd the most important thing is.. Dapat pakai tudung jgak masa diving.. Baik betul instructor tu.

Hari2 akan kena tengok jadual aktivitisnorkelling di sini. Kebetulan last day mereka masih nak bawak kami snorkelling di sipadan island. So pergi je la kan.. Weee~~


Last dinner b4 balik.






Kesimpulan nya trip ini memang sangat berbaloi.. Walaupun agak mahal tapi dah tak perlu fikir untuk keluarkan wang untuk makan.. Etc..plus kalau anda bernasib baik baru dapat ke sipadan.. Sebab mereka kata satu hari termasuk divers hanya 12 orang di benarkan masuk ke pulau sipadan.. Lagi2 orang yang macam kami ni duduk sana 3 hari 2 malam sahaja biasa nya memang mereka tidak bawa ke sipadan. Memang bersyukur sangat2 sebab dapat try n pergi tempat yang best2.

Total expenditure:
1)cost trip untuk 3 orang rm3,700.00
2)diving 2 orang = rm500.00
3) sewa camera dalam air = rm80.00 (half day)
4) cost masuk ke sipadan island to pay to government 2 kali + 2 orang = rm160.00
5) Total = rm4,440.00.

-The End-

2 comments:

  1. Hi boleh share contact number agent utk pakej dekat sipadan water village?

    ReplyDelete
  2. Hi boleh share contact number agent utk pakej dekat sipadan water village?

    ReplyDelete

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...