Sebenarnya dari bulan puasa yang lalu saya ada terdetik di hati mahu mencuba untuk berniaga. Dan kebetulan Alhamdulillah masa itu Atita Haris (model muslimah yang terkenal) sedang mencari stockist untuk product tudung keluarannya. Setelah lama berfikir.. Akhirnya saya decide untuk cuba juga.. Nak buat product sendiri tak mampu kan.. Jadi kita cuba dulu jual product orang.
Nak di jadikan cerita pihak Atita Haris pun memilih saya untuk menjadi salah seorang stockist mereka. Mula2 target nak jual before raya.. Sebab biasanya orang nak raya akan start membeli belah pakaian untuk raya kan.. Unfortunately, tudung atita haris ni delay in production atas sebab-sebab yang munasabah. Jadi tak ada rezeki la kan nak jual before raya.
Kebetulan bulan puasa.. Dan raya biasa memang saya wajib akan buat kuih cornflakes dan chocolate chip. Dari stress2 fikir tentang tudung saya pun start baking.
Masa raya orang datang beraya biasa akan makan kuih yang tuan rumah buat kan.. Jadi saya bagi lah mereka rasa.. Dan Alhamdulillah feedback semua orang memang memberangsangkan.
Di sebabkan adik saya no.1 fan kuih choc chip saya.. Dia pun bawa la choc chip itu ke asramanya. Dan start dari situ kawan2 nya request untuk adek jual choc chip itu.
Adek pun call saya dan tanya sama ada boleh buat ke tidak.. Saya pun ok sahaja.. Saje je nak bagi budak2 tu happy kan. Dari situ lah bermula nya perniagaan cookies saya..
Tapi tak tahu la nak kate yang best ke yang tak best.. Haha.. Sebab kan setiap kali masak mesti rasa biscuit tu lain2..haha. Tak tahu lah kenapa.. Padahal sukatan sama sahaja. Saya memang terus terang je cakap dekat customer macam tu.. Supaya mereka tidak kecewa bila makan tak sama rasa seperti yang sebelum ini.
Tapi Alhamdulillah penerimaan cukup baik dari customer. Ramai yang repeat order.. Sampai tak menang tangan nak buat.
Anyway sesiapa yang ingin membuat tempahan boleh lah whatsapp atau message saya di nombor ini 019-371 8831.
(Sekali sekala promote product apa salahnya kan..hehe.. Tq for all your love and support.. I really appreciate it)
Thank you.
Daaa~~