Hari ini happy sangat sebab baru selesai majlis pertunangan adik saya Anwar. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Majlis nya ringkas dan padat.. Mommy dengan dedek memang bersyukur sangat kalau dapat berbesankan dengan diorang.
Ok.. Tapi nanti baru cerita tentang hari pertunangan dia.. Kali ini nak cerita tentang homestay yang kami duduk. Memang Alhamdulillah sangat selesa luas dan mempunyai 10 bilik.. Kiranya memang cukup untuk cater kami yang ramai ini.
Ia terletak berdekatan dengan Bukit Pelindung dengan Sekolah Teknik Kuantan..(terima kasih pada my auntie yang tinggal di kuantan.. Dia yang tolong arrange tempah semuanya..tq uteh n pak uteh!)
Lamannya bersih.. Luas.. Memang best..
Mereka ada sediakan towel 2 dan sabun 2.. Kalau tak bawa towel jangan risau ye.. Selain itu.. Mereka juga sangat bagus.. Bagi yang beragama islam.. Mereka ada menyediakan sejadah dan penunjuk arah qiblat juga.. Bagus kan!
Memang highly recommended untuk sesiapa yang mempunyai family yang besar untuk menyewa rumah ini.. Kami sewa 1 banglo sehari = rm1,100.00. Sangat berbaloi.
Alamatnya : A 1447, jalan pelindung 2, taman merdeka, 25050 kuantan, pahang
No tel : 019 - 2371241 / 09 - 566 0822
Facebook: casapelindung_hill@yahoo.com
E-mail : aishah_husni@yahoo.com
Untuk tempahan or booking boleh la contact nombor di atas tu ya. Itu sahaja untuk kali ini.
Daaa~~
No comments:
Post a Comment