Last month saya sekeluarga ada kerja sikit di Kuantan, Pahang. Jadi setelah selesai kerja Anwar teringin nak pergi melawat kampus lama dia di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus di Gambang. Kebetulan kami ada saudara yang belajar di sana.. tapi contact dia tak angkat pula. Jadi setelah round2 campus UMP kami pun ingin bertolak balik ke Kuala Lumpur. Tapi jeng jeng jeng.. keluar sahaja dari UMP kami ternampak satu sign board yang menarik dan cantik tulis Mangala Resort and Spa.
Ini gambar signboard di dalam.. kalau di luar lagi besar
Dan kalau nak masuk dalam ni memang sedikit sukar sebab biasanya kalau ada reservation sahaja yang di benarkan masuk.. tapi Alhamdulillah masa tu mereka benarkan kami masuk..
Masuk je dalam resort ni.. memang best sangat.. tapi bagi yang suka nature la kan.. sebab kawasan die memang di celah2 tanaman kelapa sawit.. tapi cantik dan bersih..
Sampai sahaja di main lobby kami di sambut dengan baik dan mesra oleh pekerja di sana.. siap bawa tunjukkan kawasan sekeliling lagi..
Kami pun berjalan2 melihat kawasan di sekeliling.. setakat ni tidak banyak sangat aktiviti boleh buat selain menikmati alam, makan, berbasikal, archery, dan menaiki kuda.. tapi ok la tu kan.. dah duduk tempat macam ni memang nak relax sahaja..
Ini lobby area nya.. cantik kan..
Overall, Resort ni memang cantik.. sesuai untuk berehat.. Staff di sana sangat lah friendly.. Spa pun sangat lah best cara urutan dia.. Insya Allah will come back satu hari nanti.
Itu sahaja untuk kali ini. Daaa~~
No comments:
Post a Comment