Sunday, 29 May 2016

Tanah Aina Farrah Soraya

Assalamualaikum Semua and a very good evening to all,

Mesti ramai yang pernah dengar tentang tempat ni kan TANAH AINA. Dari masa belajar dulu lagi kawan saya dah ajak untuk datang ke Tanah Aina. Tengok dalam website memang la sangat menarikkan. Tapi masa tu tengah belajar kan.. mana la nak korek RM300 untuk pergi tempat2 macam itu. Jadi simpan sahaja lah hajat untuk kesana.

JAdi kebetulan, ayah ajak untuk melihat tempat Tanah Aina tu.. maka apa lagi.. happy sangat la kan..
Jadi kami pun meredah la jalan untuk kesana.. kami ikut waze sahaja cari Tanah Aina Farrah Soraya (tapi rupa2 nya tanah aina ni ada banyak tempat eh.. kedai makan pun ade jugak.. yang kami pergi ni yang executive kata nya.. lagi satu tempat lain adalah glamping area.. tapi tak pasti la yang tu di mana).


ok sampai je di sini.. kami tunggu di area parking dan akan ada kenderaan datang untuk bawa kami ke kawasan Tanah Aina yang ada resort2 dia tu.. bayaran di kenakan RM50/car trip tu naik ke atas (pergi balik la kiranya).



 Naik ke atas ni mengambil masa lebih kurang 10 - 15 minit.. jauh jugak kan.. jadi berbaloi2 la bayar RM50 tu.

ini lah keadaan suasana di Tanah Aina apabila sudah sampai di atas.. and akan ada guide bawa kita jalan2 tunjuk tempat..














 Mommy Swing dengan happy nya..







 Bila selesai jalan2 meraka akan bagi minum air ini.. sedap sangat..




tapi tengok la kereta2 yang datang.. hebat2 semua.. patut la nama dia executive..hehe.

Pada yang berminat boleh lah cuba pergi ke sana.. memang nature habis lah..hehe.

Itu sahaja untuk kali ini. Daa~~

No comments:

Post a Comment

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...