Wednesday, 19 October 2016

Pulau Langkawi & Pulau Payar & Pulau Tuba


Assalamualaikum semua! mesti annoyed kan tengok.. awat la minah ni tak habis2 post tentang Pulau Langkawi je ni.. boring la.. haha.. haip2.. tak baik tau cakap macam tu.. Pulau Langkawi ni dah kira macam my second home dah.. sebab tu suka sangat post tentang Pulau Langkawi. Ok.. seperti biasa petang jumaat baru pergi ke Langkawi.. after working hours la kan. Ticket flight beli a year before.. dalam RM120 sorang pergi balik KUL - LGK - KUL.. pergi masa bulan August 2016 yang lalu.

Malam tu.. sampai2 dah malam.. jadi kami singgah makan dulu di restaurant Mahsuri.. Trade mark dia ada UDANG BESAR sangat dekat entrance dia.. makanan Alhamdulillah sangat sedap! highly recommended! Macam gambar butter prawn bawah ni.. memang highly recommended..





Selepas selesai makan.. kami pun stay semalam di geopark hotel.. di pekan rabu di kuah. Hotel tu di area kedai2.. tapi dalam bilik cantik dan selesa. Sesiapa tengah cari budget hotel.. tempat ni boleh di consider.. masa tu harga dalam rm100 rasa nya.. ada 1 queen bed + 1 single bed..

Ke-esokkan harinya pagi around 9am kami ke jeti untuk bersedia nak ke Pulau payar. Bayaran untuk kesana dalam RM160/person (untuk naik feri dan makan tengah hari yg simple ada disediakan). Perjalanan ke sana menaiki feri lebih kurang 1 jam 15 minit.


Feri tersebut akan berhenti di tengah laut.. dan akan ada boat kecil ambil penumpang untuk dibawa ke jeti Pulau Payar.

 Air laut di sini warna nya memang sangat cantik!


 Jernih kan!!!


 Haaa.. tengok la kehijauan air laut tu.. best sangat..





 Di sini.. di persisiran pantai je pun dah ada baby shark.. jadi siapa yang teringin nak tengok shark dari dekat.. tapi takut nak tengok ayah shark.. datang la ke sini.. anda boleh tengok baby nya secara dekat.. memang menarik..



Setelah penat berenang2 di Pulau Payar kami pulang ke Jeti Kuah dan kemudian naik boat pula untuk ke Pulau Tuba. Malam tu kami tidak ada buat apa2 aktiviti kecuali makan dan tengok badminton sahaja.


Pada pagi ahad hingga pukul 2 petang kami banyak menghabiskan masa berenang di laut.. sebab air laut masa itu teramat lah cantik..

 










Selepas habis berenang.. kami pun bergambar di sekeliling Pulau Tuba (Padahal dalam kawasan rumah je.. hehe)




Ini lah jeti besar Pulau Tuba.. penduduk di sini lebih kurang 5000 orang. ramai juga kan orang yang tinggal di sini. Selepas itu, seperti biasa kami shopping di haji ismail group dan terus pulang ke rumah (KL).

Kos untuk trip kali ini tidak sebegitu mahal :
1) Flight ticket KUL -LGK - KUL : RM120.00
2) Sewa kereta dua hari RM200/4 orang : RM50.00
3) Pergi ke Pulau Payar : RM160.00
4) Duit Minyak Kereta RM50/4 orang : RM12.50
5) Boat Pergi balik dari Kuah ke Pulau Tuba : RM30.00
6) Geopark hotel 1 malam RM100.00/4 orang : RM25.00
7) Makan2 sorang dalam : RM60.00
TOTAL : RM457.50

Sekian, Terima kasih. Daaaaa~~



7 comments:

  1. Hmm boleh pernah ke Pulau Payar... macam best jer. 5 Nov nak ke lgk. Maybe boleh cuba

    ReplyDelete
  2. Hmm boleh pernah ke Pulau Payar... macam best jer. 5 Nov nak ke lgk. Maybe boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah.. boleh lah cuba ke Pulau Payar.. sesiapa yang suka kan laut dan berenang Insya Allah akan suka ke Pulau Payar ni.

      Delete
  3. salam. yg dalam pic tu, shahrul nadia ka?? sorry, if salah org =)

    ReplyDelete
  4. yaallah, keciknya dunia. dok baca blog ni, pasal rumah pr1ma. terasa nk baca yg lain, sekali nmpk gmbr kt atas ni. still contact lg ka dgn dia? long lost friend ni, kwn time skolah rendah. xtau dia ingt lg ke x. btw, thanks for sharing psl rumah pr1ma. miss ada email x, my email syazwaniabrm@yahoo.com. can u email me. tetiba rsa bnyk nk tnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha a'ah .. what a small world.. yes still contact lg dengan dia..nadia tu my bff.. jadi every year memang akan pergi jalan2 dengan dia.. email ye.. ada.. this is my email : khairulbariah8822@yahoo.com ok sure.. nanti i'll e-mail u..

      Delete

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...