Sebenarnya trip ni dah basi dah tapi haha tak apa la kan.. baru ada masa nak update tentang percutian kami sekeluarga ke Maldives. Kami ke sana lebih kurang 6 hari (dari 7 July 2016 - 12 July 2016). Masa ini kami boleh pergi bercuti lama sedikit sebab ada cuti hari raya aidilfitri. Kami ke sana santai2 sahaja..menikmati alam sahaja.
Jadual kami di sana lebih kurang begini :
7/7/2016 :
6.55PM - Flight dari KLIA 2 (menaiki Air Asia) ke Male (Valena International Airport)
8.10PM - Arrived at Male Airport
9.30PM - Checked in Hotel in Hulhumale (Name of the Hotel : Transit Hotel)
10.00PM - Dinner at near by restaurant
11.30PM - Sleep
8/7/2016 :
7.30AM - Breakfast at Hotel
9.15AM - Take Public Ferry to go Male
9.30AM - Arrive at Male...walk to another ferry spot (Around 20min walk) to transfer to another boat to go to Maafushi Island.. 10.15AM speed boat arrive..
11.00AM - Arrive at Maafushi Island
11.30AM - Check in (early check in is allowed during this time as there is not much people during this season)
12.30PM - Relax,chill, lunch, swimming, etc (free and easy)
9/7/2016 :
8.00AM - Breakfast
9.00AM - Snorkeling
2.00PM - Lunch, Pray, rest, etc (Free and easy until dinner n sleep)
10/7/2016 :
8.30AM - Breakfast
9.30AM - Packing to transfer to private island (Adaaran Club Rannalhi)
11.00AM - Take transfer boat to go to Adaaran Club Rannalhi
12.00PM - Checked in
12.30PM - Lunch, free and easy
11/7/2016 :
Menikmati hotel, laut, breakfast , lunch and dinner
12/7/2016 :
8.30AM - Breakfast
9.30AM - Packing ready to go back but before going to the airport we drop by at Male town to buy some souvenir and walk around male island
12.30PM - Take Speed boat to go to male (di male shopping + sightseeing)
5.30PM - Take public boat to go to hulhumale
8.55PM - Fly back to KLIA2
13/7/2016
4.30AM - Arrived at KLIA2
Ok.. anggaran perbelanjaan pula.. sebab dah lama kan jadi saya agak2 lebih kurang sahaja la ya :
i) Flight ticket pergi balik : RM10,700.00 (untuk 6 orang)
ii) Texi transfer to Transit Hotel and hotel in hulhumale : RM2,500.00
(termasuk untuk 3 bilik di Transit Hotel (Hulhumale) dan speed boat transfer to Maafushi Island)
iii) MAkan malam di local restaurant (restaurant biasa2 je pun mahal gyle) = RM400.00 (untuk 6 orang makan)
iv) Hotel di Maafushi island (Kaani Beach resort + Half board makan), 2 bilik beach view untuk 2 malam = RM800 x 2 malam x 2 Bilik = RM3,200.00
v) Snorkelling ikut Kaani Beach resort punya trip = RM1,200.00 (untuk 6 orang)
vi) Fishing Trip ikut Kaani Beach resort punya excursion = RM2,000.00 (untuk 6 orang)
vii) 2 malam + 2 bilik + Full board makan di Adaaran Club Rannalhi = RM9,800.00 (untuk 6 orang)
viii) Makan di MAle (masa last day di sana) = RM680.00
ix) TOTAL approximately : RM30,480.00 (untuk 6 orang)
-----> kos untuk seorang is around RM5,100.00 (+ -)
Frankly speaking .. pergi ke Maldives memang agak (eh bukan agak je.. tapi memang sangat mahal..) tapi untuk sesiapa yang suka laut dan menikmati alam memang enjoy sangat la dekat sana. Dari segi matawang pula.. disana kalau tak silap mereka mengunakan matawang RUFIYAA.. tapi tak perlu tukar ke rufiyaa pun tak apa.. sebab semuanya di sana guna USD!!! mahal owh! nanti baki mereka akan bagi dalam rufiyaa or USD.
Haaa.. ada kejadian sedikit masa di sana.. ketika di maafushi.. kami tempah untuk duduk di Kaani Beach Resort..hotel kaani sebenarnya ada dua.. 1 kaani Beach resort (tepi laut) lagi satu kaani Village and spa (Tak nampak laut).. di sebab kan nak view tepi laut kami pun book kaani beach resort la kan.. tapi kebetulan masa kami sampai tak ada pulak kosong dekat kaani beach resort untuk tarikh 9/7/2016 tu.. jadi mereka tukarkan kami ke Kaani Village and SPa.. jadi kami pun menyuarakan ketidak puas hatian kami kepada management.. sebab kalau nak di ikutkan Kaani Village and Spa tu harga nya lagi murah dari Kaani Beach (jarak antara dua hotel ni tak jauh pun dalan 5 minit jalan je). Jadi management hotel tu pun compensate la dengan menaikkan kami punya makan dari Half board kepada fullboard.. Alhamdulillah sangat.. sebab rupa2 nya Maafushi island tu kecik je! Kedai makan biasa2 macam tak jumpa la pulak.. haha.. jadi memang hari2 makan dekat hotel je n Alhamdulillah makanan dia sedap belaka... dan management di sana juga la yang uruskan kami punya tempahan hotel untuk ke private island. Tq Kaani Beach management! (ape tah nama mamat rambut kerenting tu.. memang sangat baik)
Di bawah ini beberapa gambar ketika kami di sana.. gambar pun tak banyak sangat sebab!!! kebetulan phone hilang hujung tahun lepas.. sadis betul..
Ini gambar di Private Island Adaaran Club Rannalhi
Air Di Sana Memang sangat jernih
Bagi Saya the whole trip jadi mahal sebab duduk dekat private island.. kalau duduk di maafushi sahaja maybe dapat kurangkan banyak kos..
Jika anda mahu trip yang lebih murah dari ini.. anda mungkin boleh pilih untuk tinggal di Hulhumale sahaja.. dan ambil package snorkeling dari sana sahaja.. dan hotel2 di sana juga ada menyediakan perkhidmatan melawat hotel2 private island.. kalau tidak silap untuk melawat pun kos nya dalam USD 250..depends on hotel/ resort mana yang anda ingin melawat..
Ini antara tempat yang terdapat di kota Male
Ini antara tempat yang terdapat di kota Male
Ini antara tempat yang terdapat di kota Male
Ini antara tempat yang terdapat di kota Male
Ini Ketika di Maafushi Island
Snorkeling di Maldives.. macam dekat Malaysia je kan coral dia.. haha.. jadi siapa yang belum pernah ke pulau perhentian ke redang ke sipadan ke.. baik korang pergi kesitu dulu.. sebab bagi saya Malaysia punya coral tak kalah la dengan Maldives ni.. especially Sipadan.
ini di Adaaran Club Rannalhi
ini di Adaaran Club Rannalhi
ini di Adaaran Club Rannalhi
ini di Adaaran Club Rannalhi
ini di Adaaran Club Rannalhi
Ok.. antara salah satu penyebab percutian di Maldives jadi mahal adalah transportation cost.. ada hotel tu kadang2 murah sajaha.. tapi bila tengok nak ke tempat tu kene naik seaplane.. memang mati la nakkkk mak nak bayar ongkosnya.. jadi saya memang purposely pilih tempat yang tidak perlu untuk menaiki seaplane.. kalau tak memang lari budget..
Ini public ferry.. kalau tak salah harga nya USD2..ini kami dari airport nak ke Male
Ini gambar selepas naik public ferry.. jalan kaki untuk ke jetty ferry yang lain.. untuk pergi ke Maafushi..menggunakan private boat.. if im not mistaken ada je public ferry yang pergi ke Maafushi.. tapi di sebab kan kami pergi hari jumaat.. boat tu tak jalan,, jadi terpaksa la naik private boat..
Ini di airport Maldives.. pulau nya nama Hulhumale.. untuk sesiapa yang nak jimat duit.. malam yang anda sampai di Maldives tu.. tak perlu ambil hotel pun tidak mengapa..malam tu anda just bermalam sahaja lah di Airport sana.. besok pagi gerak terus naik ferry ke pulau yang anda ingin pergi.. sebab jetty ferry nya walking distance sahaja dari airport..
ini lah hotel kami di Maafushi.. Kaani Beach Resort
Ini contoh duit Rufiyaa..
ini di Adaaran Club Rannalhi
ini di Adaaran Club Rannalhi
ini di Adaaran Club Rannalhi
ini di Adaaran Club Rannalhi
Sebenarnya negara Maldives ni terdapat beratus2 pulau.. jadi memang medium of transportation di sana adalah kenderaan laut dan udara.. jadi kalau nak berjimat anda perlu melakukan sedikit research supaya mudah jika disana nanti. Dan bagi yang confius sana ada banyak Atoll2.. (haha macam bahagian besar dalam nya ada pulau kecil2.. ).. Sila ingat yang ini sahaja..
i) Airport - Terletak di tempat namanya Hulhumale .. jadi kalau nak duduk hotel dekat dengan airport sila google hotel yang ada di Hulhumale sahaja ya..
ii) Pusat bandar Maldives adalah di Male.. jika mahu ke sana anda perlu menaiki ferry.. kalau tidak silap dari Hulhumale nak ke Male hanya mengambil masa selama 15 minit.
iii) Pulau yang jauh sikit dari airport tapi boleh pergi sana naik boat sahaja adalah Maafushi..biasanya memang ramai yang ke sini sahaja.. ada banyak affordable hotel dan resort..
iv) Kalau nak beli souvenir.. sila beli di Maafushi ya.. di Male, harga souvenir memang agak mahal..
Setakat ini sahaja entry untuk kali ini.. next2 entry saya nak cerita tentang percutian saya di Jepun + Xi'an dan Pekan Baru. Doa2 kan la saya ada masa untuk menulis lagi ye.. hehe..TQ sebab sudi baca.
DAAAA~~~~
Best tak Maldives? By the way, cantik duit dia :D
ReplyDeleteMaldives ye.. best2.. air laut dia jernih.. makanan pun mcm ada jual nasi goreng etc..tapi agak mahal expenses di sana.. (tapi kalau duduk sana lama2 boring jugak kot sebab dia pulau kecil2 sahaja.. untuk berehat memang ok..)
Deleteluxury resorts in maldives
ReplyDelete