Several days before puasa saya dan beberapa orang di ofis merancang untuk makan bersama-sama sebelum ramadhan.. dan kebetulan Intan proposed untuk pergi ke restaurant / Kedai makan nama nya GOBOX.. concept dia ala-ala macam the garage (sebelah istana bamboo).. tapi dia ada banyak2 kedai dan boleh order --> bayar --> duduk (tunggu makanan siap) -->makanan siap boleh ambil dekat tempat kita order..
Tapi kebetulan masa kami pergi tu ramai yang amat terpengsan.. sampai kan NGEK a.k.a Adilah (kawan saya) yang dah datang awal 30 minit dari kami tak dapat2 tempat duduk. Tapi Alhamdulillah.. kami sampai je sana.. tunggu sekejap je dah ada sorang pekerja dekat sana offer tempat duduk.. dia bagi duduk di restaurant SANGGUL.. which memang tak ramai langsung dekat situ.. memang bersyukur sangat masa itu.. sebab masih ramai lagi yang berdiri dan orang tu offer dekat kami je??? haha best kan! jadi kami pun order sikit makanan di restaurant sanggul dan lain2 kami cuba order di GOBOX.. GOBOX dan SANGGUL ni sebelah2 je.. oh and owner dia kalau tak silap adalah Dira Abu Zahar.. baik sangat dia tu.. friendly.. makanan dekat sana pun sedap2.. especially tom yum and nachos..
Untuk ke GOBOX anda boleh waze sahaja ya.. dan make sure datang awal.. parking agak limited..
Gambar2 kami ketika berada di sana adalah seperti di bawah ini :-
Kek ni sedap sangat!
Air Gelas Besar.. sedap jugak
This is the best part.. Dira minta nak snap gambar kami instead of kami minta untuk bergambar dengan dia.. haa ko hadoooo???.. haha baik kan dia! lepas tu saya pula minta ambil gambar dengan dia.. kulit dia flawless sangat!
Tandas pun sangat bersih..
Ini exterior kedai itu..
-THE END-
No comments:
Post a Comment