Monday, 14 August 2017

Mad Ayam Kampung, NeoCyber, Cyberjaya

Assalamualaikum semua!!! Hi ~~~

Did you know my family dah buka restaurant di Cyberjaya sekarang???.. It is actually my brother and his partner business and Alhamdulillah dah setahun lebih beroperasi.. dan sambutan amatlah menggalakkan. Restaurant Mad Ayam Kampung Cyberjaya ini terletak di Neocyber, Cyberjaya.. berdekatan dengan bangunan Emkay or Domain Apartment or 99 Speed mart.. sangat mudah untuk ke sini anda hanya perlu waze 'Mad Ayam Kampung' Insya Allah tak sesat.

Kami menyediakan banyak jenis makanan antaranya adalah Ayam Kampung Goreng, Ayam Kampung Masak Percik, Ikan Percik, Gulai Kawah, Sambal Sotong, Lala masak lemak, pelbagai sayuran dan lain2 lagi.. kesemuanya adalah masakan kampung. Restoran Mad Ayam Kampung ini beroperasi dari Hari Sabtu Sampai Khamis (Jumaat Tutup).. buka dari jam 11.30am - 3.00pm. Make sure datang pada masa ini ya.. sebab ramai juga yang datang selepas waktu operasi.. kesian datang jauh2 tapi kedai dah tutup pulak kan.

Setelah setahun lebih beroperasi kami pun ingin meluaskan lagi sayap (chewah! haha) dengan membuat catering secara kecil-kecilan.. jadi sesiapa yang perlukan perkhidmatan catering boleh lah tempah dengan whatsapp di nombor ini ya 019-317 8822 (Khairul). Setakat ini catering yang paling besar kami pernah cater adalah untuk seramai tiga ratus (300) pax. Untuk catering memang baru sangat2 cuba.. jadi jika ada salah silap harap di maafkan..hehe..

Anyway ada tak sesiapa yang pernah makan dekat sini??? jika ada boleh lah berikan feedback.. Klau positive Alhamdulillah.. kalau negative Insya Allah kami akan cuba perbaiki mana yang mampu.

Di bawah ini adalah gambar2 di restaurant semasa family saya buat jamuan hari raya di sana, di mana kami sendiri menempah makanan dari restaurant Mad Ayam Kampung dan membayar sewa untuk penggunaan venue tersebut di malam hari :-































Jadi kepada anda-anda sekalian yang berminat dengan masakan kampung ala-ala masakan kelantan.. jemputlah datang makan di restoran Mad Ayam Kampung Cyberjaya. Rasalah sendiri ke-enakkan nya.. cuba sekali pasti nak lagi..hehe.

p/s : Alhamdulillah restaurant ni sebenarnya dah pernah keluar rancangan jalan-jalan cari makan dan nasi lemak kopi O.. kalau nak tengok video itu boleh lah ke website tonton.com.my. (saya dah cuba upload video yang saya record.. tapi besar sangat file nya tak boleh la nak upload..sorry)

p/s : untuk maklumat lanjut mengenai restaurant mad ayam kampung sila lah visit instagram @madayamkampung atau instagram @le_barisha atau facebook Mad Ayam Kampung. tq

- THE END -

No comments:

Post a Comment

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...