Assalamualikum, Hi Semua,
Kalau dah tajuk life as a quantity surveyor tu keluar.. confirm la tengah stress tentang something kan..hehe.. ok kali ni sama je la jugak.. stress dengan client.. macam mana nak mula ya.. Saya ada receive phone call dari client petang tadi.. cara dia cakap tu memang macam ade ugut sikit la.. Client tu dari department A.. dan yang saya selalu deal is dengan yang Department B.. sometime client dari department B akan text / whatsapp inform bagi estimate DEKAT DIA SAHAJA DULU.. bagi dia review dulu.. lepas dia dah kata ok.. baru boleh circulate that info dekat orang lain.. jadi tadi client dari department A ni call macam bebel2 la beritahu yang saya selalu tak CC document dekat department dia.. bla bla bla.. saya pun cakap ok tak apa lepas ni saya CC.. lepas tu dia cakap lagi..
Contoh conversation adalah seperti di bawah ini :
Client Department A : 'U nak I suruh my boss keluarkan surat dulu ke baru nak CC all documents dekat my department?'
Saya : Ok, tak apa.. lepas ni saya CC..
Client Department A : 'ke U nak suruh I inform your boss yang U tak bagi document dekat my department? I boleh je cakap dengan your boss'
Saya : Ok.. tak apa.. lepas ni saya CC.. (padahal dalam hati berkata2..'ko ingat aku takut sangat ke ko nak inform boss aku? aku pun selalu la cerita kepeningan aku nak melayan instruction dari both department ni..patut nya korang interact la internally.. ni nak call2 consultant marah2 & salah kan consultant pulak..sorang suruh bagi 2-2.. sorang suruh bagi dekat dia je dulu.. memang pening)
Client Department A : 'U ni kene tahu apa2 u kene report dekat department I.. Department I perlu tahu semua pasal costing ni.. kalau lagi sekali u tak CC dekat my department I akan beritahu your boss'..
Saya : Ok, tak apa2 nanti saya CC.. tapi memang ada certain document yang department B kata email dekat dia sahaja dulu.. memang saya tak akan CC dekat orang lain..
Client Department A : 'Ada rahsia sangat ke?.. ade document yang rahsia sangat ke?..
Saya : Tak ada rahsia apa2 pun.. semua memang tentang project ni je..
Client Department A : 'kalau tak ada rahsia u CC je la.. tu pun tak paham ke?'
Saya : haha.. ok2.. tak apa2 lepas ni saya CC ke department A..
Client Department A : 'ok jangan lupa.. kalau tak siap u'
Saya : ...(kata-kata dalam hati)..'suke hati la nak buat ape pun.. kalau nak report dekat my boss ke your boss ke memang saya tak kesah..tapi tak pe la cc je nanti kan.. malas nak argue banyak2.. pandai la diorang settle internally nanti.. pasal document pun nak emo2.. bukan tak bagi langsung pun'..
Ok.. kesimpulan nya.. sometimes memang ade company besar ni.. diorang macam tak communicate with each other.. (ingat kan company besar ni bagus.. padahal..hmm).. kadang2 ni bukan masalah consultant pun.. tapi still dia nak emo2.. padahal boleh je ketuk pintu kawan dia dekat sebelah tu mintak info.. jadi to me as a consultant kita memang kena banyak2 bersabar.. dan telan je la ape orang nak kata.. haha.. supaya tak ada nak masam2 muka di kemudian hari.. nak datang meeting pun tak semangat.. walaupun annoying.. tapi nak buat macam mana kan.. mereka bayar fees.. telan je la.. kalau tak, tak makan la hujung bulan nanti sebab tak ada project and fees.. hehe.
Itu sahaja entry kali ini. Thank you kepada yang sudi membaca.
-The End-
Daa~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Angah Bags Collection (Part 2)
Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...
-
Assalamualaikum and hi Semua!!! Selamat menyambut tahun baru semog tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum nya. Ok.. hari ini nak ...
-
Assalamualaikum semua, Last December 2016 kami sekeluarga pergi ke Xi'an semasa cuti Christmas. Usually, office trip di buat pada bula...
-
Assalamualaikum dan hi semua!!! Last year April 2016 saya dan beberapa orang office-mate ke Penang untuk bercuti.. Saya dan 2 orang buj...
No comments:
Post a Comment