Saturday, 14 February 2015

Bercuti ke Lombok, Indonesia (Day 2)


Hari Ke-Dua di Lombok..

Pagi bangun2.. Jalan2 sikit tepi pantai.. Tepi pool.. Lepas tu breakfast.. Dalam pukul 11 pagi check out.. Dan jalan2 sebentar di sengigi.. Ada yang nak cari souvenir sikit..

Pasar seni.. Tak besar sangat.. Siapa yang minat barang2 kayu2 especially cicak.. Boleh dapat kan disini. Not cheap pun barang2 dekat sini. Di sini cicak a.k.a gecko terkenal dengan 'it brings good luck to people'. Macam tu la kepercayaan orang sana.

Owh sebelum lupa. 90% orang sana muslim.. So dont worry bab2 nak makan ni.

Lepas itu kami pergi ke kedai jual makanan2 dari sana.. Kerepek2.. Macam itu la.. Ini iklan promosi teh botol ye..hehe

Kalau sampai indonesia minum air ini adalah wajib ye..hehe


Ada jual susu kuda liar juga.. Tapi tak tau sedap ke tidak.. Tak rasa pun sebab im not a big fan of susu.

Tengah hari makan nasi minang.. Ini je la yg selalunya sesuai dengan tekak kami.


Makanan di sini memang sedap.. Especially sambal merah dia.. Memang superbbb!! Tapi mahal la..tapi sebab sedap kire halal je la..

Ini kerepek belut.. Siapa yang suka makanan pelik2 boleh la cuba..

Lepas shopping sikit kami teruskan perjalanan untuk ke Gili Trawangan. Dari sengigi ia memgambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke jeti. Jadi kami stop2 untuk makan jaggung manis yg di bakar dan ambil gambar sikit2.







Untuk ke gili trawangan kami charter 1 boat terus.. Speed boat. Harga 500 ribu rupiah. Perjalanan dari jeti ke gili Trawangan ambil masa selama 10minit.





Ini lah boat nya..

Sampai dah di Gili Trawangan..

Di sini tidak ada kenderaan bermotor seperti kereta or motorcycle.. Jadi kenderaan utama disini adalah naik kereta kuda, basikal atau berjalan kaki sahaja. Memang unik.

Dan untuk di Gili Trawangan kami tidak book hotel siap2 kire saje nak gamble cari.. Tapi adalah dah buat survey sikit2 semasa di sengigi.




Tapi tengok macam mahal je.. Sebab harga di website tidak termasuk 20% tax lagi.. Jadi bila sampai sana orang2 dereta kuda tu cadangkan suruh duduk di Villa Ombak. Tapi tengok di internet macam mahal je..haha sebab biase duduk di hotel antara rm100 ke rm300 je.

Tapi tak apa la.. Pergi je la tengok juga.. Kami ambil 3 kereta kuda.. Mereka charge 50ribu rupiah untuk ke villa ombak per kereta kuda.. Rase macam mahal.. Tapi tak apa la dari kena jalan 500m bawak beg berat2 kan..

Bila sampai villa ombak..



Kami mmg fall in love dengan hotel ini.. And reception hotel tu perempuan nama dia rasanya judi.. Memang baik gyle! 

Ini bilik saya n kak suria.. Harganya 1juta rupiah satu malam.. Sebab sekarang ni low season so dapat la harga murah..


Receptionist tu bawak kami jalan2 tengok bilik2.. Pastu di sebabkan chantek n orang hotel yang ramah dan baik.. Kami decide utk duduk je sini terus 2 hari.. Ambil 4 bilik.. Bilik mommy n dedek paling mahal 1.5juta rupiah..

Tapi bagi sesiapa nak private pool villa.. Mereka ada sediakan juga.. Harga dalam 4juta rupiah sehari. 

Ini welcome drink nya.. Menakutkan kan patung tu..haha

Abg zamri n khaidir dapat duduk di bilik honeymoon..haha so sweet dua orang ni.. Khaidir siap pesan dekat abang zamri 'kalau termengandung jangan salah kan saya'..haha sengal.






Ini toilet bilik mommy.. Best kan



Ini bilik abg Zamri n khaidir.. Best kan!



View dari bilik abg zamri..

Ini lah interior bilik abg zamri n khaidir..

Tempat letak beg..






Ni la bilik mommy..

Bilik saya dan along!




 Di malam hari kami pergi jalan2 round2 nak cari boat untuk snorkeling.. Sambil2 tu makan2 la..hehe

Sedap ice cream die..




Keadaan di sana..




Malam itu kami makan di hotel sahaja..



Lepas makan terus balik tidur.

Untuk day 3 sambung next entry.. 

Daa~

1 comment:

  1. SALAM PELANCONGAN DARI MELANCONG_MURAH_BALOI menyediakan pakej melancong ke Lombok dengan harga yabg cukup awesome dan berbaloi-baloi 😊 yang penting urusan di Malaysia, diyakini

    contact : 0175367426 Nurul Insyirah
    Email : melancongmurahbaloi@gmail.com
    Instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...