Hari ini tiba2 rasa macam nak buat throwback gambar2 masa raya hari tu la. Tahun ini saya beraya di Kampung ayah di Johor (memang most of the time pun balik johor sebab atuk n nenek sebelah emak dah tiada). Biasanya di malam raya kami akan sibuk memasak lauk untuk makan di pagi raya dan baca doa selamat sikit malam tu.. antara benda yang paling suka semasa raya di kampung adalah berebut nak masuk bilik air..haha! (mesti nak kate kan apehal la pelik sangat pompuan ni.. rebut bilik air pun best ke?..hehe). Memang best la.. masing2 bangun awal untuk queue nak masuk toilet.. sesiapa yang lambat mandi nanti air jadi kecik.. jadi x best mandi masa air kecil.
Jadi sebelum sembahyang raya kami akan makan alas perut.. lepas sembahyang raya ada aktiviti maaf ber maafan.. dan selepas itu orang lelaki akan keluar bermahaban bersama orang2 masjid.. kami yang perempuan ni sibuk balik di dapur untuk menyediakan makanan untuk orang marhaban. Di bawah ini adalah beberapa gambar ketika beraya di kampung :
Theme kami tahun ini adalah merah menyala! Cantik kan! hehe ok perasan sangat..
ini atuk dan nenek kami di Johor..
Adik yang suke perasan..hehe
Melawat saudara mommy dari Singapore
Di bawah ini adalah gambar ketika beraya di KL :
Itu sahaja untuk hari ini.. Daaa~~~
-The End-
No comments:
Post a Comment