Wahh lame dah tak update.. sejak dua menjak ni busy sikit sebab ade kena buat report! and OMG kene siap dalam masa 4 weeks!!! tapi sekarang pun tak siap je lagi report tu..haha.. sebab banyak.. and biasa la nak kena tunggu idea sampai kan.. lepas itu baru akan kembali bersemangat nak buat report. Ok Stop! meh2 kita direct masuk ke subject topic ye.. haa Anwar's Engagement Day. Sebenarnya dah dekat dua bulan berlalu.. baru ada masa nak masuk kan di blog ini.
Basically kalau nak bertunang ni tak adalah memeningkan kepala sangat (maybe sebab saya ini adalah pihak lelaki kan..so no need to think about pelamin, makanan nak bg tetamu makan.. etc etc)
Tapi tak apa let me list kan apa benda-benda yang pihak lelaki perlu sediakan untuk majlis pertunangan (pihak lelaki je tau.. perempuan tak tau sebab tak ada pengalaman lagi..haha) :-
1) Dulang Hantaran
- Ok bab dulang hantaran ni depends ye.. setiap orang maybe ade different things nak bagi.. tapi
biasa nya orang akan bagi banyak makanan untuk majlis pertunangan ni.
- Alhamdulillah family pihak perempuan sangat baik dan simple orang nya.. mula2 dia minta bagi
3 dulang sahaja.. tapi ayah kate alaa sikit sangat 3 dulang macam tak best.. jadi kami pun hantar
5 dulang kepada mereka. (Tapi memang lawak la parents belah perempuan tu.. dia tak bagi
hantar hantaran banyak2 sebab dia kata 'nanti tak tahu nak balas balik ape kan kalau banyak2..
kang tak pasal2 letak ikan patin n ulam-ulaman kan..hehe)
- 5 dulang yang kami hantar adalah :-
a) Chocolate
b) Cake (Berbentuk handbag)
c) 2 Bentuk Cincin (Merisik + tunang)
d) Kain Lace
e) Tepak Sirih + Al-Quran
2) Tempat tinggal rombongan yang ikut
- masa itu lebih kurang 6 biji kereta yang ikut.. jadi total yang pergi lebih kurang 30 Orang.
- maka kami menyewa sebuah bungalow yang terdapat 10 bilik di kuantan. and Alhamdulillah
muat masuk semua orang.
- Harganya 1 rumah = RM1,200.00/day
3) Makanan harian
- Dah ramai2 ikut tu.. kami pun sediakan makanan untuk pagi, tengah hari dan malam.. but thanks
to my aunt yang tinggal di kuantan.. dia lah yang banyak membantu bab2 order meng-order
makanan ni. Tapi kalau asek makan di rumah je boring juga kan.. jadi kami pun ada bawa
mereka makan di luar contoh nya makan satar di kemaman.
4) Aktiviti Selingan
- Seperti makan durian, pergi makan angin di tepian pantai.. etc.
Rasanya itu sahaja yang perlu pihak lelaki risau kan.. but if pihak perempuan tinggal berdekatan sahaja.. banyak la item2 di atas boleh di ignore ya. Di bawah ini adalah beberapa gambar dari majlis pertunangan adik saya Anwar.. Enjoy!
ini lah dulang hantarannya.. yang kuning dari pihak perempuan.. yang hitam merah dari pihak lelaki..
Anwar siap2 before pergi rumah perempuan.. haa ini satu lagi.. parents belah perempuan memang cool gyle! die soh bawak Anwar sekali masa majlis pertunangan tu.. best kan? orang lain kan biasa nya tak bagi lelaki datang masa nak bincang2 tu.. parents dia kata tak apa bawak je sebab family dia nak tengok sekali orang lelaki tu..hehe..
Separuh dari aktiviti jalan2 kami adalah dengan makan2 sahaja..hehe
Itu sahaja untuk kali ini.. see ya'all in the next entry!
Daaa~~
- The End -
mcm mjlis nikah ja
ReplyDelete