Monday, 29 February 2016

Omnomnom : Tim's Teapot Terrrace, Taman Melawati

Assalamualaikum semua,

Disebab kan dah beberapa kali budak2 ofis beritahu cafe Tim's Teapot Terrace ni best dan sedap.. saya pun apa lagi la kan.. tidak melepaskan peluang juga untuk kesana..


Saya kesana after working hours n after maghrib.. senang la bila dah settle sembahyang kan tak la terkejar2.. n masa datang itu pun dah agak ramai dah datang makan di situ..





 Nampak Sangat menarik kan makanan dia! Ia sememangnya bukan indah khabar dari rupa.. memang betul2 sedap.. masa itu kami ada order Spaghetti meat ball, meat ball 6 pieces, mac n cheese, pie, oreo cheese cake, etc memang semuanya sedap2 belaka..

Wednesday, 24 February 2016

Lombok Indonesia - DCC Company Trip December 2015

Assalamualaikum semua!

Cuba teka.. company trip december 2015 last year kami kemana???..

Haha ape punya soalan la tu kan.. padahal sah2 dekat atas tajuk tu dah cakap lombok kan.. Jadi YAAAAA!!! saya + family ke Lombok lagi,,haha tapi kali ini dengan staff DCC sekali.. weee.. sebab best sana kan.. plus budget yang constrain.. kami pun ke LOMBOK AGAIN!

Di sebab kan kali ini pergi beramai2.. kami pergi melalui travel agent yang memang setiap tahun kami memang pergi dengan mereka iaitu MAHSURI TRAVEL & TOURS. Pakej kali ini lebih kurang RM1,600.00 per person (di sebabkan budget constrain saya minta travel agent tu untuk cut cost untuk makan di pulau gili, tiada luggage untuk di flight).. Tapi kemudian kami tambah sendiri kos untuk luggage tapi still budget2 jugak..Haha..

Kami ke sana a week before Christmas.. Selama 4 hari 3 malam..

Hari Pertama : Perjalanan flight 3 jam, Sampai sana terus makan tengah hari di pantai Kuta Lombok, selepas itu melihat pantai tak ingat nama apa, seterusnya Sasak Village, Kemudian singgah makan Soto Yugisah (memang sedap sangat) n di depan kedai ini ada jual bebek yang superbbbb.. selepas itu, singgah makan lagi di tepi pantai.. malam itu kami tidur di Holiday Inn Senggigi..

Hari Ke Dua : Breakfast di Hotel, pergi melawat Kedai Pearl, Makan tengah hari (semasa otw ke jeti untuk ke pulau gili trawangan), Check in di Hotel Villa Ombak, Aktiviti Bebas (Makan semua sendiri, jalan2 sendiri, relax n chill sahaja di pulau itu)

Hari Ke Tiga : Aktiviti Bebas (Ada yang pergi snorkelling, ada yang pusing2 pulau cycling, mandi pool, mandi laut, etc)

Hari Ke empat : Tengah hari keluar dari Gili Trawangan, makan tengah hari di tepi sawah padi, pergi singgah ke kedai oleh-oleh, dan terus ke airport (kami ambil Flight malam)

Ini gambar ketika sampai di Airport Lombok 























Travel agent di sana sambut kedatangan kami dengan baik sekali.. 





 Kadang2 best nya kalau pergi dengan travel agent ini banyak benda dah tak perlu fikir.. bangun terus siap n naik bas je kan.. semua mereka dah uruskan..hehe.. plus ada penceritaan tentang tempat yang kita pergi tu.. klau pergi sendiri memang kena explore sendiri je la..

Group Photo!!! 



Omnomnom : Zawara Coffee, Cyberjaya

Assalamualaikum semua,

Last January 2016 after attending my cousin wedding, mommy and dedek nak pergi ke cyberjaya untuk attend another wedding.. ayah punya client punya wedding.. Jadi kami just drop mommy n dedek dekat wedding tu.. Selepas itu, kami terus ke Zawara Coffee sambil tunggu mereka selesai di majlis tersebut.. and rasanya masa tu Zawara Coffee ini baru buka..



Interior decoration kedai ni sangat menarik.. makanan nya pun sedap2 belaka.. tapi mahal sikit la.. kalau kami.. memang tak boleh makan dekat sini selalu.. boleh bankrupt..hehe..

 masa kami datang tu tak ada orang pun!! weee so we concur all the place..hehe






 ini antara menu yang ada di sini..

 Order2 dan bayar.. kemudian nanti ada buzzer akan berbunyi bila makanan anda sudah siap..

Concept buzzer ini sangatlah menarik perhatian kami.. jakun ok!!!

 Bila buzzer sudah berbunyi.. kami pun ke kaunter untuk mengambil makanan.. bungkusan pun menarik.. suke2 concept kedai ni..


 tengok la dia siap bagi glove ok untuk makan ayam ni.. best kan! makan comot momot pun tak apa.. tangan tak kotor..

ini kacang pol.. sedap2.. 

It is highly recommended untuk datang makan dekat sini.. sesuai untuk berborak2 dengan kawan2 sebab tak ramai orang..hehe tapi sekarang tak tau la.. maybe dah famous kan.. makanan pun sedap.. Insya Allah berbaloi dengan apa yang anda spend.

Itu sahaja untuk kali ini.. Daa~

Thursday, 4 February 2016

Wedding n Tunang Cousin

Assalamualaikum semua..

Sejak dua menjak ni ramai pulak yang Kawin n tunang kan.. Jadi di sini saya nak share je gambar tunang n kahwin cousin2 saya.. Mana la tau anda Boleh dapatkan idea nak buat concept apa n warna apa kan yang nak di Guna kan nanti.. So hopefully dapat la sikit2 idea kan.. Jadi di bawah ini adalah gambar2 nya :

Konsep kahwin secara beramai2.. Ini di Johor..






Bertunang secara simple but look nice..












Berkahwin dengan Meriah nya..














Kami buat Dan menjaga candy booth.. Cantik kan!! Haha perasan!













Itu sahaja untuk Kali ini.. Daa~

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...