Cuba teka.. company trip december 2015 last year kami kemana???..
Haha ape punya soalan la tu kan.. padahal sah2 dekat atas tajuk tu dah cakap lombok kan.. Jadi YAAAAA!!! saya + family ke Lombok lagi,,haha tapi kali ini dengan staff DCC sekali.. weee.. sebab best sana kan.. plus budget yang constrain.. kami pun ke LOMBOK AGAIN!
Di sebab kan kali ini pergi beramai2.. kami pergi melalui travel agent yang memang setiap tahun kami memang pergi dengan mereka iaitu MAHSURI TRAVEL & TOURS. Pakej kali ini lebih kurang RM1,600.00 per person (di sebabkan budget constrain saya minta travel agent tu untuk cut cost untuk makan di pulau gili, tiada luggage untuk di flight).. Tapi kemudian kami tambah sendiri kos untuk luggage tapi still budget2 jugak..Haha..
Kami ke sana a week before Christmas.. Selama 4 hari 3 malam..
Hari Pertama : Perjalanan flight 3 jam, Sampai sana terus makan tengah hari di pantai Kuta Lombok, selepas itu melihat pantai tak ingat nama apa, seterusnya Sasak Village, Kemudian singgah makan Soto Yugisah (memang sedap sangat) n di depan kedai ini ada jual bebek yang superbbbb.. selepas itu, singgah makan lagi di tepi pantai.. malam itu kami tidur di Holiday Inn Senggigi..
Hari Ke Dua : Breakfast di Hotel, pergi melawat Kedai Pearl, Makan tengah hari (semasa otw ke jeti untuk ke pulau gili trawangan), Check in di Hotel Villa Ombak, Aktiviti Bebas (Makan semua sendiri, jalan2 sendiri, relax n chill sahaja di pulau itu)
Hari Ke Tiga : Aktiviti Bebas (Ada yang pergi snorkelling, ada yang pusing2 pulau cycling, mandi pool, mandi laut, etc)
Hari Ke empat : Tengah hari keluar dari Gili Trawangan, makan tengah hari di tepi sawah padi, pergi singgah ke kedai oleh-oleh, dan terus ke airport (kami ambil Flight malam)
Ini gambar ketika sampai di Airport Lombok
Travel agent di sana sambut kedatangan kami dengan baik sekali..
Kadang2 best nya kalau pergi dengan travel agent ini banyak benda dah tak perlu fikir.. bangun terus siap n naik bas je kan.. semua mereka dah uruskan..hehe.. plus ada penceritaan tentang tempat yang kita pergi tu.. klau pergi sendiri memang kena explore sendiri je la..
Group Photo!!!
Selepas itu, travel agent bagi kami merasa kuih traditional Lombok..tapi tak ingat dah la pulak nama dia apa..haha
Masa last february kami pergi.. tak datang pun ke kampung SADE ni.. jadi masa datang dengan travel agent ini barulah berkesempatan n tahu nak kemana kan..
Selepas ke kampung SADE kami pun singgah makan petang di Soto Yugisah dan beli bebek yang sangat sedap ini..
Tak mahal pun harga bebek ini.. sedap nya memang terbaik!!!
Selepas itu singgah beli oleh-oleh di sini..
Video : Makan Kuih Sedap
singgah makan malam di sini.. n tak teringat pulak nak ambil gambar makanan malam tu.. haha sempat ambil gambar kuih dia je.. memang sedap sangat!
Esok nya selepas breakfast, singgah di tempat jual pearl.. nak beli pun boleh.. tak nak beli pun tak apa.. orang sini cool aja.. yang best nya mereka tak jenis yang kejar2 orang soh beli..
Singgah makan di tepi pantai before masuk ke pulau Gili Trawangan.. makan ni boss belanja..
Video : Ombak Kuat Di Gili Trawangan
(Masa mahu ke Gili.. Ombak kuat samgat.. tapi untuk beberapa minit la.. after that lega balik dah.. sampai mabuk la duduk atas boat tu)
Hotel kami seperti biasa.. favorite place Villa Ombak! malam itu masing2 berehat2 sahaja di hotel..
esok nya pergi cycling..
Cycling sambil stop2 untuk bergambar.. dan buaian di dalam laut ini adalah tempat wajib orang ambil gambar bila sampai di Gili Trawangan
Video : Cycling
Video : Bermain Air Di Pantai Bersama anak Afra - Alma
Pagi dah cycle.. tengah hari relax2 tepi pool.. sambil makan2.. dekat sini je la nak merasa makan dekat hotel tapi harga nya tak mahal.. haha.. so kalau datang sini.. sila cuba ya makan di hotel..
Baby sitting this cute little girl sambil parents nya pergi massage.. comel gyle!!! gerammm sangat dengan budak ni..
Video : Nuha 1
Video : Nuha 2
Video : Nuha 3
masa sunset, duduk di tepi pantai sambil mengopi dengan mommy..
Mommy yang every second nak kene snap gambar dia.. haha.. layankan je la..
Esok nya menikmati hari terakhir di Gili Trawangan.. dan bergambar dengan signboard ini..
Selepas keluar pulau kami terus makan tengah hai di sawah padi.. gambar sawah n gambar makanan tah ke mana sebab dah lapar sangat lupa nak ambil gambar..hehe
Video : Abang Zamri cuba alat tenun
Selepas itu, ke tempat / kedai membuat kain tenun.. tak beli pun sebab mahal..haha.. (kalau nak beli.. beli dekat Kampung SADE tu ye sebab murah.. tentang kualiti tu maybe sini lagi bagus la kot sbb tu mahal gyle harga dia)
Selepas itu, terus ke Lapangan Terbang untuk pulang ke Malaysia.
Personally i enjoy the trip.. n hopefully all DCC members enjoy jugak la pergi ke Lombok ini kan..
Till we meet again.. Daaa~~
No comments:
Post a Comment