Assalamualaikum semua!
Last month saya ada facing satu masalah.. dimana saya perlu tukar flight time and date kerana meeting postpone.. dan untuk beli tiket baru harga nya agak mahal.. jadi saya decide untuk call malindo service centre.. Tapi Masya Allah!!! susah nye la nak pick up phone (maybe ramai sangat yang bermasalah call mereka kan).. Banyak kali juga la saya cuba.. setiap kali tunggu suara nyanyi2 n iklan malindo keluar dekat phone tu.. sampai boleh hafal dah ape yang diorang cakap.. haha.. setiap kali call hampir 20 minutes saya tunggu.. lama kan!
Tapi finally kali ke 7 call.. dapat la bercakap dengan operator.. operator pun kata : 'cik boleh terus ke website untuk tukar masa penerbangan.. nanti di situ akan di inform terus berapa amount yang perlu di bayar'.. (dalam hati berkata2 'wahh senang je rupa nya.. membazir masa je dari tadi dok tunggu malindo pick up phone')..
Saya pun kemudian terus ke website malindo.. dan :
1) Pergi ke Manage Booking
2) Fill in the 'PNR', 'First Name' & 'Last Name'
3) Nanti dia akan tunjuk detail flight kita dan lihat di bawah sekali akan ada pilihan..
a) Add Insurance
b) Add Baggage
c) Change Flight
4) Choose yang change flight tu.. dan pilih tarikh or details seperti yang kita mahukan
5) Kemudian jika ada penambahan bayaran.. amount nya akan diberitahu.. dan after selesai pembayaran di buat.. maka dah bertukar lah flight time anda..
Mudah kan!!! jadi sesiapa yang nak change flight time untuk malindo.. tak perlu lah untuk call malindo.. anda hanya perlu ke website mereka dan boleh tukar sendiri ke masa dan tarikh yang baru mengikut kehendak anda.
Selamat Mencuba!
Sekian, terima kasih.
Daaa~~~