Assalamualaikum semua!
Kali ini saya nak cerita sedikit tentang rumah PR1MA di Precint 11, Putrajaya yang Alhamdulillah saya dapat beli.
Bulan 3, 2015 yang lalu saya telah ke Putrajaya Homes untuk mengambil kunci rumah tersebut. If im not mistaken sepatut nya di jadualkan siap pada tahun 2016.. Tapi 2015 dah siap.. Bagus la kan.
Al kisah nya cerita sebelum dapat rumah itu..
Pada tahun 2010 ke 2011 saya daftar nama untuk masuk mengundi untuk mendapat kan rumah tersebut. Setelah register system akan bagi nombor dan kemudian Perdana Menteri akan cabut undi.. Orang yang bertuah akan dapat pilih unit mana yang mereka mahu.
Untuk undian pertama.. Nama saya tidak tersenarai.. Kecewa la.. Haha.. Tapi redha okeyh! Haha.. Tapi happy la tengok yang dapat itu happy. Tapi lebih kurang 2 years after that.. Saya dapat email dari Putrajaya Homes kiranya menyatakan lebih kurang mereka dah cabut undi n dapat la rumah tu.. Maka melompat2 la saya macam monyet kan..hehe.. Siapa tak happy.. Rumah 3 bilik dalam 800sq ft beli dengan rm120,000 je woi! Mana nak dapat dekat Putrajaya ni harga macam tu..Alhamdulillah.
2 weeks after dapat email.. Mereka pun panggil untuk pilih unit dan bayar deposit.. Masa tu orang sana kata kiranya saya punya adalah undian yang ke-8 mereka buat. Contoh sebelum ni.. Mereka cabut undi.. N ada orang tak nak ambil rumah itu or ada yang loannya tidak lepas. Tapi paham juga situasi mereka tu.. Bayang kan if mereka yang dapat tu pekerja swasta macam saya.. Deposit je dah kena bayar rm12,000.. Mana nak chekaw duit banyak2 macam itu dalam masa sekejap kan.. Lagi2 kalau dah ada loan kereta..maybe nak ambil loan untuk rumah pulak orang bank boleh bagi 70%.. Mane la nak korek rm36,000 tu kan nak bayar progressive claim nanti (legal fees lagi nak bayar). Tapi maybe kalau pekerja kerajaan tiada masalah sebab mereka dapat bayar duit muka rm1000.
Anyway Alhamdulillah dapat settle kan semua yang patut di bayar.. Dan.. Dah siap pun rumah.. Weee...
Jadi bila dah dapat rumah itu.. Kepada pemilik2 rumah sila cek defect or any kerosakkan.. Sebab jika masih dalam tempoh Defect Liability Period.. Contractor akan baiki defect tersebut for FREE!
Rumah saya ada bocor sikit..
Floor trap cover missing..
Tapi ini kiranya defect after first defect list yang saya hantar.. Yang 1st tu mereka dah betulkan. But untuk rumah hargaac ni don't expect everything to be perfect la kan.. So boleh la tolerate sikit2 yang mana tak betul tu kan.
Tapi apa2 pun memang bersyukur sangat dapat rumah ini.. And! Kepada semua rakyat Malaysia di luar sana.. Register lah untuk next2 rumah PR1MA yang akan di launch.. Jangan bagi alasan 'alaa tak kan dapat punya la'.. 'Alaa.. Malas la.. Banyak sangat tok nenek diorang suruh attach document'.. Etc etc.. Usaha tak ada langsung.. Complain je banyak.. Lepas tu kutuk kerajaan cakap tak bantu rakyat kan.. Haha! Insya Allah kalau dah memang rezeki Tuhan akan permudah kan segala urusan.. Kun fa ya kun..so haa ape tunggu lagi.. Pergi la register cepat..hehe. Good luck! Daaa~~