Alhamdulillah sekarang kita sudah berada di penghujung ramadhan.. Maka mari lah kita sama-sama banyak kan amalan.. Sebab masa ramadhan ni la Insya Allah banyak ganjaran2 yang Allah berikan. Semoga amalan2 kita di terimah Allah.. Aminn.
Ok.. Ramadhan kali ini kembara mencari rumah anak yatim.. Saya sekeluarga ke rumah kasih Nurul Hasanah yang terletak di Ukay Height,Ampang.
Alamat nya adalah seperti berikut :
No.1, Jalan pimping Kanan,
Ukay Height, 68000 Ampang,
Selangor
Tel : 03-4253 3500
H/P : 019-334 9933
Rumah anak yatim ini terletak betul2 di sebelah MRR2.. Kalau siapa yang biasa dengan mrr2 dan Ampang.. Jika anda dari Melawati.. Pastikan zoo negara di sebelah kiri anda.. Dan straight je.. Nanti ada kuil india dan petronas kan? Haaa.. Rumah anak yatim ini terletak di kawasan perumahan.. Sebelum kuil india itu. Depan rumah mereka terdapat padang permainan. Tapi kalau susah2 waze aje! Hari tu saya waze sahaja dan terus sampai.
Ok.. Budget kami pun x besar.. Maka antara barang2 yang kami beri adalah seperti.. Pakaian terpakai, alat tulis, sabun2, barang permainan (seperti board game dan lain2).
Ini lah antara barang mainan yang kami beri.. Sebab ada baca di website mereka antara barang yang mereka perlukan adalah barang mainan (tapi x tau la tepati criteria mereka ke tak), barang sekolah dan sebagainya.
Rumah mereka sangat kemas dan bersih.. Memang suka tengok.. Bagus ustaz n ustazah yang mendidik mereka ini. Apa pun.. Di harap mereka suka lah barang2 yang di berikan itu. And! Jangan salah faham ya.. Saya tulis di blog ini tentang rumah2 anak yatim yang saya pergi kerana.. Contohnya saya sendiri.. Jika rumah anak yatim tidak ada website or di internet.. Memang sukar untuk saya tahu mengenai mereka.. Maka jika di tulis di blog.. It can be a reference la to others kan kalau2 anda sedang mencari rumah anak yatim untuk sedekah kan barang2 ke bagi zakat ke menderma ke.. Hopefully this info may help u a bit.
Setakat itu sahaja untuk kali ini. Sekian.
Daaaaa~~
No comments:
Post a Comment