Thursday, 4 August 2016

Atiqah & Atie Last Day Practical

Assalamualaikum semua!

ok frankly speaking saya memang jarang la rapat sangat budak practical dekat office.. its not im rude or apa n tak ada la marah2 diorang pun.. cuma tak pandai kot nak rapat2 sangat..hehe tapi kali ni different sikit.. sebab maybe diorang ni peramah sikit..

Jadi untuk last day mereka kami bawa lah mereka jalan2 sikit.. after working hours.. kami terus ke Tim's Cafe.. which is our favorite place.. n kebetulan mereka juga tidak pernah kesana.. kami pun makan2 lah di situ.. 






Dan tiba2 setelah habis makan.. tiba2 ter-pop up dalam kepala untuk tengok wayang.. jadi kami terus ke Wangsa Walk untuk lihat cerita apa yang available.. dan kebetulan yang paling sesuai dengan timing adalah Lights Out!!! mula2 takut juga la nak tengok.. tapi menarik ok cerita dia! siapa yang belum tengok sila tengok..


ini lah dia atiqah dan atie.. comel kan diorang.. mereka di paksa untuk ambil gambar dengan bekas pop corn yang comel itu oleh along.. haha sian diorang kena buli sikit malam tu..

Anyway thanks to both of you sebab sudi practical dekat sini.. semoga dapat habis kan degree with flying colours. ;-)

Daa~~

Flight Murah!!!

Assalamualaikum semua!

Sejak dua menjak ini kan.. flight ticket selalu sangat ada promotion.. jadi saya seperti biasa tidak melepaskan peluang untuk beli beberapa flight ticket antaranya untuk ke Langkawi dan ke Johor.

Kebetulan adek sedang belajar di Johor.. jadi bila cuti selalunya dia akan pulang ke rumah.. jadi instead of dia kena drive sendiri pergi balik Johor - KL.. saya pun decide untuk belikan je terus flight ticket untuk dia. Dan memang la murah sangat2.. biasanya sehala dari Johor ke KL harga flight ticket dalam RM70 sahaja.. murah kan! kalau nak di bandingkan kena drive dari johor ke KL nak kena bayar kos untuk minyak lagi, tol lagi, wear and tear lagi.. banyak tu..

Jadi untuk bulan may, june n july hari tu sahaja.. lebih kurang 2 minggu sekali mesti dia akan naik flight untuk balik rumah dan ke johor.. sangat berbaloi.. tak lah sepenat kena drive sendiri kan.. orang selalu kata 'Eh.. dia ni naik kapal terbang macam naik bas je kan'.. adek pun jawab la 'A'ah.. betul la tu.. adek memang naik bas pun..airBUS kan'.. hehe..

Jadi sebelum anda beli ticket bus ke drive jauh2 ke.. maybe kalau berbaloi la kan.. cek la harga ticket flight dulu.. mana la tahu lagi jimat kan.. masa pun dapat save.. penat pun dapat di kurang kan.. yang mana tidak pernah naik flight maybe sekarang boleh lah cuba naik flight.. sebab kadang2 lagi murah dari ticket bas.. hehe..

Selamat men'search' ticket flight yang murah!

Daaaa~~

How To Change Flight Date & Time (Malindo)

Assalamualaikum semua!

Last month saya ada facing satu masalah.. dimana saya perlu tukar flight time and date kerana meeting postpone.. dan untuk beli tiket baru harga nya agak mahal.. jadi saya decide untuk call malindo service centre.. Tapi Masya Allah!!! susah nye la nak pick up phone (maybe ramai sangat yang bermasalah call mereka kan).. Banyak kali juga la saya cuba.. setiap kali tunggu suara nyanyi2 n iklan malindo keluar dekat phone tu.. sampai boleh hafal dah ape yang diorang cakap.. haha.. setiap kali call hampir 20 minutes saya tunggu.. lama kan!

Tapi finally kali ke 7 call.. dapat la bercakap dengan operator.. operator pun kata : 'cik boleh terus ke website untuk tukar masa penerbangan.. nanti di situ akan di inform terus berapa amount yang perlu di bayar'.. (dalam hati berkata2 'wahh senang je rupa nya.. membazir masa je dari tadi dok tunggu malindo pick up phone')..

Saya pun kemudian terus ke website malindo.. dan :
1) Pergi ke Manage Booking
2) Fill in the 'PNR', 'First Name' & 'Last Name'
3) Nanti dia akan tunjuk detail flight kita dan lihat di bawah sekali akan ada pilihan..
    a) Add Insurance
    b) Add Baggage
    c) Change Flight
4) Choose yang change flight tu.. dan pilih tarikh or details seperti yang kita mahukan
5) Kemudian jika ada penambahan bayaran.. amount nya akan diberitahu.. dan after selesai pembayaran di buat.. maka dah bertukar lah flight time anda..

Mudah kan!!! jadi sesiapa yang nak change flight time untuk malindo.. tak perlu lah untuk call malindo.. anda hanya perlu ke website mereka dan boleh tukar sendiri ke masa dan tarikh yang baru mengikut kehendak anda.

Selamat Mencuba!

Sekian, terima kasih.

Daaa~~~

Monday, 13 June 2016

Air Asia Tengah buat sale!!!

Assalamualaikum semua!!!

Kepada sesiapa yang dah lama teringin nak jalan-jalan tetapi terbantut.. sila lah pergi ke wesite airasia sekarang! sebab mereka sedang mengadakan promotion untuk ticket.. memang berbaloi-baloi. seperti biasa saya akan grab untuk beli flight tiket ke langkawi untuk tahun hadapan.

Sale nya bermula pada 13/6/2016 - 16/6/2016!!! cepat2 sebelum terlambat.. tapi biasa la kan kalau murah tu lambat la baru boleh terbang.. anda tempah sekarang tapi untuk penerbangan tahun hadapan.. dari bulan januari 2017 sehingga bulan august 2017. Jadi sila lah rancang perjalanan anda dengan sebaik nya.. yang mana ada anak-anak boleh lah start search calendar cuti sekolah tahun 2017.. jadi boleh pilih masa yan sesuai untuk travel bersama anak-anak.

Itu sahaja untuk kali ini.

Selamat Berpuasa semua.. semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. dan semoga sama-sama kita mendapat keberkatan di bulan ramadhan yang mulia ini.

Daaaa~~~

Sunday, 29 May 2016

Tanah Aina Farrah Soraya

Assalamualaikum Semua and a very good evening to all,

Mesti ramai yang pernah dengar tentang tempat ni kan TANAH AINA. Dari masa belajar dulu lagi kawan saya dah ajak untuk datang ke Tanah Aina. Tengok dalam website memang la sangat menarikkan. Tapi masa tu tengah belajar kan.. mana la nak korek RM300 untuk pergi tempat2 macam itu. Jadi simpan sahaja lah hajat untuk kesana.

JAdi kebetulan, ayah ajak untuk melihat tempat Tanah Aina tu.. maka apa lagi.. happy sangat la kan..
Jadi kami pun meredah la jalan untuk kesana.. kami ikut waze sahaja cari Tanah Aina Farrah Soraya (tapi rupa2 nya tanah aina ni ada banyak tempat eh.. kedai makan pun ade jugak.. yang kami pergi ni yang executive kata nya.. lagi satu tempat lain adalah glamping area.. tapi tak pasti la yang tu di mana).


ok sampai je di sini.. kami tunggu di area parking dan akan ada kenderaan datang untuk bawa kami ke kawasan Tanah Aina yang ada resort2 dia tu.. bayaran di kenakan RM50/car trip tu naik ke atas (pergi balik la kiranya).



 Naik ke atas ni mengambil masa lebih kurang 10 - 15 minit.. jauh jugak kan.. jadi berbaloi2 la bayar RM50 tu.

ini lah keadaan suasana di Tanah Aina apabila sudah sampai di atas.. and akan ada guide bawa kita jalan2 tunjuk tempat..



Mangala Resort and Spa, Gambang, Pahang

Assalamualaikum semua!

Last month saya sekeluarga ada kerja sikit di Kuantan, Pahang. Jadi setelah selesai kerja Anwar teringin nak pergi melawat kampus lama dia di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus di Gambang. Kebetulan kami ada saudara yang belajar di sana.. tapi contact dia tak angkat pula. Jadi setelah round2 campus UMP kami pun ingin bertolak balik ke Kuala Lumpur. Tapi jeng jeng jeng.. keluar sahaja dari UMP kami ternampak satu sign board yang menarik dan cantik tulis Mangala Resort and Spa.

Ini gambar signboard di dalam.. kalau di luar lagi besar

Dan kalau nak masuk dalam ni memang sedikit sukar sebab biasanya kalau ada reservation sahaja yang di benarkan masuk.. tapi Alhamdulillah masa tu mereka benarkan kami masuk.. 



Masuk je dalam resort ni.. memang best sangat.. tapi bagi yang suka nature la kan.. sebab kawasan die memang di celah2 tanaman kelapa sawit.. tapi cantik dan bersih..

 Sampai sahaja di main lobby kami di sambut dengan baik dan mesra oleh pekerja di sana.. siap bawa tunjukkan kawasan sekeliling lagi..





Saturday, 7 May 2016

Meatballs & Co Restaurant

Assalamualaikum semua!

Saya jumpa Kedai menarik di Ayer 8 Putrajaya.. Iaitu meatballs & Co.. 

Kalau datang area Putrajaya Boleh Lah try..








Masa datang sini baru lepas makan dekat zawara coffee.. So Kami bungkus je Bawa balik spaghetti marinara untuk mommy dekat rumah.

-The End-

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...