Wednesday, 29 April 2015

Kekurangan Wang!! Sob sob sob..

Assalamualaikum..

Ya Allah..This month punya kedudukan kewangan teramat sangat lah ketat.. Sempit.. Semput.. Dan seangkatan dengannya lah. Rase macam tak pernah sesempit ini..haha. Tapi tak apa.. Ujian2.

Adek saya yang lelaki ada buat kerja2 construction sikit. Jadi biasa la kan construction memang banyak kena pakai duit in order to ensure the site progress is according to our work programme (padahal delay je jugak kan project tu..krik krik.. Cengkerik lalu). Tapi kami pun ambil projek ini sambung kerja orang lain.. sebab contractor sebelum ini tidak perform seperti yang di kehendaki.

DAN!! untuk projek tu..Client agak lama la juga dah tak bayar claim kami.. Dekat 3 bulan. Biasa la.. Kami modal kecik.. Bila orang tak bayar duit tak boleh nak rolling balik. Jadi sementara nak tunggu client bayar.. Kami kena lah tolong adek kitorang dari segi financially. So ter korek-korek la duit sana sini. Tapi tu la kan.. Contractor ni memang kena ada modal yang besar juga la sebenarnya sebab kadang2 client lambat bayar kita yang kena keluarkan duit sendiri dulu. As a consultant juga saya biasanya memahami masalah contractor kalau payment lambat keluar.. i dont blame them 100% coz of the delay. 

Tapi bukan sebab tu je kekurangan wang sekarang ini..ia juga sebab kebetulan saya ada beli rumah dan rumah tu dah siap.. Jadi kena la ambil kunci n bayar maintenance fees. Tu pun duit dah keluar banyak juga. Oh nak cerita sikit tentang beli rumah ni.. rupanya banyak sangat nak kena fikir dan banyak sangat duit akan keluar dan kita perlukan untuk bayar rumah ini.. seperti:

-->> Sebelum Bangunan Siap

1) masa awal pembelian kena keluarkan downpayment biasanya 10%.. kalau ada yang dapat loan 100% tu xperlu risau tentang ini..

2) Legal fees untuk buat documentation.. agreement, etc.. untuk 
yang tak berapa berkemampuan boleh la minta bank include kan sekali legal fees dalam loan.. not that cheap ok.. untuk i yang dh pokai ni memang rasa macam nak mati dah la (haha ok tu exaggerate sangat)..

3) Monthly interest kene bayar di bank(if bangunan itu tidak siap lagi).. kalau u bayar cash tak perlu la risau tentang interest ini..

-->> Bangunan dah siap

1) Untuk apartment (sebab saya beli apartment sahaja).. ambil vacant posession.. ambil kunci.. kena bayar deposit air.. electric.. maintenance fees yang biasanya mereka charge untuk 4 bulan. Ini je pun dah dekat RM2000 kena bayar. Kalau apartment mahal lagi n besar lagi dari apartment saya.. lagi la besar duit yang kena di keluarkan..

2) Nanti bulan2 dah start kena bayar loan.. kalau lambat akan di charge interest..

3) Kena bayar bil air, electric, gas (kalau ada)

4) Cukai (bayar setahun 2 kali..saya punya kena bayar lebih kurang RM300 untuk setengah tahun)

5) Maintenance rumah lagi.. bulan2 lebih kurang RM200

6) Bila dapat rumah mesti nak masukkan furniture..lampu.. kipas.. aircond..etc..

Jadi memang banyak sangat duit nak pakai..


Tu yang bulan ni kena extra berjimat. Tapi sekarang geram je tengok banyak promo flight ticket.. Nak beli memang tak mampu la sekarang ni kan. So tengok je la..meleleh2 air liur i tengok promo die..haha biase la tu coz i LOVE travelling so much! Sabar2 ada rezeki dapat la pergi overseas kan..

Malam2 saya dengan along tak makan luar dah.. Biasa sebelum balik akan makan di kedai berdekatan dengan ofis. Tapi sekarang Balik masak aja d rumah perabih lauk yang ada sahaja. Kami nak beli KFC pun tak mampu dah sekarang! Haha sedih nye! Tapi tak apa la kan (ayat sedapkan hati). Normally kalau bayar extra sikit barang.. contohnya kalau beli almari.. if harganya extra RM50 ke RM100 ke dari kedai lain.. saya akan bayar sahaja.. no problem.. tak berkira2 pun.. tapi sekarang ini.. every cent count ok! haha!

Sekarang ni di Petronas Solaris (tak pasti sama ada di Petronas lain ada juga ke tidak) ada buat promo.. jika kita isi minyak RM30 dan ke atas akan dapat coupon voucher.. dapat la discount sikit kalau nak beli KFC ke Starbucks ke Baskin Robbin ke.. biasanya tak pernah langsung nak ambil.. tapi sekarang ini pantang nampak voucher ke promotion ke.. mesti grab. Tapi tak apa la.. maybe ada hikmah di sebalik semua ini. Tuhan nak ajar suruh berjimat cermat sikit. 

Doakan la next month kami stable balik ya. Amin2. Thank you!!

Daa~~

Monday, 27 April 2015

Bicester Village

Assalamualaikum semua!

Today nak cerita simple2 sahaja iaitu tentang barang2 yang kami shopping di Bicester Village + Harrods + Cheshire Oaks Designer Outlets..

Saya tak sure sangat sama ada barang di sana lagi murah dari Malaysia or not.. Tapi yang pasti nya.. Furla punya barang memang murah.. And setiap item yang kami beli.. Kami boleh claim VAT.. So dapat balik 10% dari amount yang kita beli itu..

Ini adalah antara barang yang kami beli..

Thursday, 23 April 2015

Bercuti ke Scotland dan London (Part 4) -Day 7 & 8-

Assalamualaikum semua,

Untuk hari ke enam berada di England (dalam entry sebelum ini).. kami berjalan2 ke Oxford, Bicester Village dan juga Stonehedge. Hari ke tujuh pula,, kami berjalan2 di sekitar kota London sahaja. Antara tempat yang kami pergi adalah Madame Tussauds + Big Ben + Cruise Tour + Hyde Park + Harrods.

Kami keluar selepas breakfast dalam pukul 9pagi.. selepas itu jalan kaki dan singgah ke kedai untuk membeli tiket hop on n hop off bus (alaa bus yang warna merah dua tingkat yang atas dia tidak ada bumbung tu). Harga tiket bus tu GBP 26.. kami beli sekali dengan tiket entrance untuk masuk ke Madame Tussauds total kalau tak silap dalam GBP42 (Tiket bus untuk 48hours tour dan tiket masuk ke Madame Tussauds).

Jalan kaki dari Hotel ke bus station itu lebih kurang 15 minit. Kami naik bus yang nama company nya 'The Original Tour'.


------------------------------------ Day 7 ------------------------------------

Tuesday, 21 April 2015

Bercuti ke Scotland dan London (Part 3) -Day 5 & 6-

Assalamualaikum semua..

Ini sambungan cerita perjalanan kami..selepas pergi ke Edinburgh.. kami terus ke Manchester. Sampai Manchester dah malam hari.. kami terus check in di Ibis Budget Manchester. Harga satu bilik muat 3 orang adalah lebih kurang RM320.00.


------------------------------------ Day 5 ------------------------------------

 Ini lah hotel kami.. selalunya memang ke esokkan hari baru ambil gambar depan hotel.. sebab sampai di hotel dah malam.. kalau ambil gambar pun tak nampak..

Bercuti ke Scotland dan London (Part 2) -Day 3 & 4-

Assalamualaikum Semua!!!..

Baru lepas siap buat estimate / feasibility study untuk satu project di Nilai.. doa2 kan la project ni jalan ye.. amin2..

Jadi hari ini saya nak sambung cerita tentang percutian saya di Scotland......



-----------------------------------Day 3 -------------------------------

Wednesday, 15 April 2015

Bercuti ke Scotland Dan London (Part 1) -Day 1 & 2-

Assalamualaikum Semua,

Saya memang dah lama sangat aim nak pergi ke London since my parents pun dah nearly 10 years tidak ke sana.. Jadi bulan February 2015 yang lalu, Malaysia Airlines ada buat promotion ticket untuk ke macam2 tempat salah satunya adalah ke London. Masa survey2 tu ape lagi kan.. mesti la excited..
Terus call ayah nak mak beritahu ada promotion..tapi seperti biasa kalau ada promotion memang saya akan beli dulu tiket untuk ke Langkawi la kan.. tiap2 bulan mesti ke sana..

N surprisingly my dad AGREE ok! AGREE! I repeat.. AGREE untuk belanje + beli tiket ke London.. wahhh how happy I am masa tu.. jadi sebelum dia ubah fikiran ape lagi.. terus capai credit card dia dan beli..haha. Harga masa kami nak pergi itu not that cheap pun.. tapi sebab nak pergi masa cuti sekolah juga.. beli je la walaupun mahal sikit but kira masih murah la jgak. Lebih kurang RM3,600/person.

Saya book flight untuk kesana.. pergi pada 13 March 2015 dan balik pada 20 March 2015. Biasanya orang ke sana mesti pergi dalam tempoh 2 minggu kan.. tapi di sebabkan adek sekolah asrama plusss ayah tak boleh tinggalkan ofis lama2.. kami hanya kesana untuk 7 hari sahaja. Cukup je duk sana 7 hari pun. Kira banyak juga la tempat kami sempat cover.. antaranya kami ke Glasgow, Fort William, Isle of Skye, Edinburgh, Livingston, Manchester, Liverpool, dan London.

Wednesday, 8 April 2015

Barang Murah2 Di Pasar Serikin, Sarawak

Assalamualaikum Semua~~ 

Harap semuanya dalam keadaan sehat..

Ok.. hari ini.. saya akan cerita sedikit pengalaman saya pergi ke Pasar Serikin, Sarawak.

Semalam saya cerita tentang percutian saya di Bandung kan.. a few days after pergi Bandung saya terus pergi ke Kuching, Sarawak atas urusan kerja.

Memang setiap bulan akan ke Sarawak.. selagi projek itu tidak siap.. selagi itu lah saya akan ke Sarawak. Tapi kebiasaannya pergi balik hari sahaja.. pergi pagi malam dah balik. perjalanan dari KLIA or KLIA2 ke Kuching, Sarawak mengambil masa selama lebih kurang 2 jam (by Flight). Jadi biasanya ambil flight pukul 7.30pagi.. dalam pukul 9.30pagi dah sampai sana dan terus lah ke site untuk buat site valuation.

Mula2 dulu survey2 blog orang lain cari tentang mana menarik di Sarawak.. macam semua gambar2 tak berapa nak menarik je.. haha.. jadi malas la nak stay dekat sana kan. Tapi budak2 yang kerja dekat kontraktor ni kata 'Jom la extand kak sehari.. kami bawak jalan2..'.. haha! Last2 bulan lepas la extend jugak la satu hari.. name pun kaki jalan2 kan.. apelah sangat satu hari bejalan tu..hehe..

Saya pun ajak la kakak saya teman pergi Sarawak sekali.. lepas tu sewa kereta.. jumaat buat valuation.. sabtu tu pergi jalan2 dengan diorang. Yang best nya.. semua budak2 tu muda2.. kire boleh masuk la kan.. ngam la orang kate.. diorang pun bawak la pergi ke pasar Serikin..


 Ini adalah nama company yang saya gunakan untuk perkhidmatan sewa kereta ketika di sana..
Sangat bagus orangnya.. sebab sebelum ambil kereta saya complain 'kereta nak sewa ni ada minyak tak? kalau tak ade saya tak nak sewa.. sebab dah la tak biasa dengan Sarawak.. nanti gelabah pulak cari stesen minyak tak jumpa'.. orang tu pun kata ada minyak dalam 2 bar.. saya pun ok la.. kami pun bayar la duit kereta tu beserta RM100 sebagai deposit?..
Masa tunggu dekat luar airport tu.. lame gyle orang tu nak datang bawa kereta.. lebih kurang 20 minit rasanya.. tapi bila sampai tu Alhamdulillah la memang ada 2 bar minyak pun..


Ini lah kereta sewa kami.. comel kan.. 1st time tau bawak kereta saga ni.. cuak sikit.. tapi Alhamdulillah condition kereta pun ok.. n sedap je bawak dia..


Tuesday, 7 April 2015

Bercuti ke Bandung, Indonesia (Day 2, 3 and 4)

Assalamualaikum semua..

Today nak sambung cerita tentang percutian saya di Bandung, Indonesia pada hujung bulan February 2015 tempoh hari.


=======================>>>>>>>>> 2nd Day

 Bangun2 pagi selfie dulu dekat area hotel..

 im not fashionable la kan.. so no OOTD for me..hehe.. just pakaian2 biase je

 Kami ambil hotel without breakfast.. jadi kena breakfast di luar.. but no problem.. coz kami kan sewa kereta.. ajak aje orang tu jalan2 cari makan..

Thursday, 2 April 2015

Bercuti ke Bandung, Indonesia

Assalamualaikum semua!

Pada 27/2/2015 hingga 2/3/2015 yang lalu.. Saya dan adik saya Anwar telah pergi bercuti ke Bandung. Saya of course jalan2 sahaja tapi Anwar datang sana memang khas untuk shopping2.

Harga flight tiket tu rm254 untuk 2 orang pergi balik. Murah kan! Tapi biasa la.. Kami beli tiket itu setahun yang lalu. Tapi ok ape.. Sempat la save duit untuk travel kan.


Wednesday, 1 April 2015

Steak Sedap di Kajang (Home Steak)

Assalamualaikum semua!!! 

Tiba2 hari ini terasa teringin sangat nak makan chicken chop.. Lepas tu teringat la masa buka sekolah awal tahun 2015 hari tu.. Iaitu pada 11 januari 2015.. Selepas hantar barang2 adik masuk asrama.. Kami ke Home Steak terletak di Kajang.

The exact alamat memang tak tau.. Tapi saya ada snap gambar tadika yang terletak sebaris dengan bangunan kedai Home Steak tersebut..

Haa.. Nampak tak alamat dekat banner tadika tu.. Kedai tu memang dekat sangat2 dengan tadika ni.. Boleh cuba google dulu takut2 tersesat kan.




Di sini kami order chicken chop.. Cheesy wedges.. Steak.. Dan semuanya memang sedap2 belaka.. Harga pun sangat berpatutan..







Ini lah antara makanan yang kami makan di sana.. Alhamdulillah sangat berpuas hati.

Sesiapa yang teringin nak makan steak sedap dan murah harganya sila lah datang ke kedai ini.

Setelah selesai makan.. Kami pun hantar adik balik ke asrama..

Sedih dah x dapat nak cuddle dengan die..haha poyo jap..

Bye tayang!!! Owh! Tahun ni adek amek SPM tau.. Wow time flies.. Tup tup adek dh nak SPM.. Doa kan dia excel ye. Amin amin..

-The End-

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...