Assalamualaikum..
Ya Allah..This month punya kedudukan kewangan teramat sangat lah ketat.. Sempit.. Semput.. Dan seangkatan dengannya lah. Rase macam tak pernah sesempit ini..haha. Tapi tak apa.. Ujian2.
Adek saya yang lelaki ada buat kerja2 construction sikit. Jadi biasa la kan construction memang banyak kena pakai duit in order to ensure the site progress is according to our work programme (padahal delay je jugak kan project tu..krik krik.. Cengkerik lalu). Tapi kami pun ambil projek ini sambung kerja orang lain.. sebab contractor sebelum ini tidak perform seperti yang di kehendaki.
DAN!! untuk projek tu..Client agak lama la juga dah tak bayar claim kami.. Dekat 3 bulan. Biasa la.. Kami modal kecik.. Bila orang tak bayar duit tak boleh nak rolling balik. Jadi sementara nak tunggu client bayar.. Kami kena lah tolong adek kitorang dari segi financially. So ter korek-korek la duit sana sini. Tapi tu la kan.. Contractor ni memang kena ada modal yang besar juga la sebenarnya sebab kadang2 client lambat bayar kita yang kena keluarkan duit sendiri dulu. As a consultant juga saya biasanya memahami masalah contractor kalau payment lambat keluar.. i dont blame them 100% coz of the delay.
Tapi bukan sebab tu je kekurangan wang sekarang ini..ia juga sebab kebetulan saya ada beli rumah dan rumah tu dah siap.. Jadi kena la ambil kunci n bayar maintenance fees. Tu pun duit dah keluar banyak juga. Oh nak cerita sikit tentang beli rumah ni.. rupanya banyak sangat nak kena fikir dan banyak sangat duit akan keluar dan kita perlukan untuk bayar rumah ini.. seperti:
-->> Sebelum Bangunan Siap
1) masa awal pembelian kena keluarkan downpayment biasanya 10%.. kalau ada yang dapat loan 100% tu xperlu risau tentang ini..
2) Legal fees untuk buat documentation.. agreement, etc.. untuk
yang tak berapa berkemampuan boleh la minta bank include kan sekali legal fees dalam loan.. not that cheap ok.. untuk i yang dh pokai ni memang rasa macam nak mati dah la (haha ok tu exaggerate sangat)..
3) Monthly interest kene bayar di bank(if bangunan itu tidak siap lagi).. kalau u bayar cash tak perlu la risau tentang interest ini..
-->> Bangunan dah siap
1) Untuk apartment (sebab saya beli apartment sahaja).. ambil vacant posession.. ambil kunci.. kena bayar deposit air.. electric.. maintenance fees yang biasanya mereka charge untuk 4 bulan. Ini je pun dah dekat RM2000 kena bayar. Kalau apartment mahal lagi n besar lagi dari apartment saya.. lagi la besar duit yang kena di keluarkan..
2) Nanti bulan2 dah start kena bayar loan.. kalau lambat akan di charge interest..
3) Kena bayar bil air, electric, gas (kalau ada)
4) Cukai (bayar setahun 2 kali..saya punya kena bayar lebih kurang RM300 untuk setengah tahun)
5) Maintenance rumah lagi.. bulan2 lebih kurang RM200
6) Bila dapat rumah mesti nak masukkan furniture..lampu.. kipas.. aircond..etc..
Jadi memang banyak sangat duit nak pakai..
Tu yang bulan ni kena extra berjimat. Tapi sekarang geram je tengok banyak promo flight ticket.. Nak beli memang tak mampu la sekarang ni kan. So tengok je la..meleleh2 air liur i tengok promo die..haha biase la tu coz i LOVE travelling so much! Sabar2 ada rezeki dapat la pergi overseas kan..
Malam2 saya dengan along tak makan luar dah.. Biasa sebelum balik akan makan di kedai berdekatan dengan ofis. Tapi sekarang Balik masak aja d rumah perabih lauk yang ada sahaja. Kami nak beli KFC pun tak mampu dah sekarang! Haha sedih nye! Tapi tak apa la kan (ayat sedapkan hati). Normally kalau bayar extra sikit barang.. contohnya kalau beli almari.. if harganya extra RM50 ke RM100 ke dari kedai lain.. saya akan bayar sahaja.. no problem.. tak berkira2 pun.. tapi sekarang ini.. every cent count ok! haha!
Sekarang ni di Petronas Solaris (tak pasti sama ada di Petronas lain ada juga ke tidak) ada buat promo.. jika kita isi minyak RM30 dan ke atas akan dapat coupon voucher.. dapat la discount sikit kalau nak beli KFC ke Starbucks ke Baskin Robbin ke.. biasanya tak pernah langsung nak ambil.. tapi sekarang ini pantang nampak voucher ke promotion ke.. mesti grab. Tapi tak apa la.. maybe ada hikmah di sebalik semua ini. Tuhan nak ajar suruh berjimat cermat sikit.
Doakan la next month kami stable balik ya. Amin2. Thank you!!
Daa~~
Allah syg lh tu. Nk kezutkn sket spya tak trus leka n brsyukor atas nikmatNya selama arini. Brsyukor lh bbyk, wat lh amalan soleh, solat jgn ditinggal n ikut waktu n bgn lh pagi2 bkrja lh mncari rezki yg Allah taburkn di pagi2 hari.
ReplyDelete