Ini sambungan cerita perjalanan kami..selepas pergi ke Edinburgh.. kami terus ke Manchester. Sampai Manchester dah malam hari.. kami terus check in di Ibis Budget Manchester. Harga satu bilik muat 3 orang adalah lebih kurang RM320.00.
------------------------------------ Day 5 ------------------------------------
Ini lah hotel kami.. selalunya memang ke esokkan hari baru ambil gambar depan hotel.. sebab sampai di hotel dah malam.. kalau ambil gambar pun tak nampak..
Kami datang ke sini celup kaki sat ja.. alang2 dah sampai kan..
Jadi tempat wajib orang biasa pergi adalah di sini.. Old Trafford stadium.. ada jual banyak barang merchandise untuk Manchester United.. dari baju.. seluar.. bola.. key chain.. sapu tangan.. botol air.. etc..
Jadi tempat wajib orang biasa pergi adalah di sini.. Old Trafford stadium.. ada jual banyak barang merchandise untuk Manchester United.. dari baju.. seluar.. bola.. key chain.. sapu tangan.. botol air.. etc..
Keadaan dalam kedai Man U tu.. banyak counter cashier.. orang dekat situ cakap 'oooo kamu dari Malaysia.. Hari2 ada orang Malaysia datang sini'
Fuh.. hebat orang Malaysia ni..
Asek Complain2 barang mahal.. xde duit.. etc.. tapi boleh je shopping2 lagi..travel tempat mahal2 lak tu..
Lepas ke Man U stadium kami jalan2 sekitar Manchester untuk lihat MediaCity mereka.. ayah la nak tengok MediaCity ni untuk dapat sedikit idea dia nak implement di Malaysia..
Selepas ronda2 di MediaCity.. kami pun cari la restaurant yang famous sangat untuk rakyat Malaysia.. orang kata kalau datang Manchester wajib datang sini iaitu restaurant arab namanya Al-Jazeera. Oh..btw kalau nampak Chicken Cottage tu.. boleh makan ya.. sebab ianya halal. Orang dekat situ kata.. beberapa bulan sudah Terengganu Royalty ada beli share?? (if im not mistaken la).. so jangan segan2 untuk makan di situ ya..
Kami jalan2 pusing2 merata2 cari kedai ni.. sesat barat..haha.. seperti biasa kalau sesat tu memang ayah marah la kan..haha.. tp sabo je le.. rupanya nama jalan tu ada dekat dua tempat.. kalau nak ke sini waze la cari perkataan Rusholme.. Akhirnya jumpa la restaurant ini..
Makanan dia memang puas hati.. murah dari harga tempat lain.. patut la ramai suka datang makan di sini.. Highly recommended pun..
Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Liverpool.. dari Manchester ke Liverpool hanya mengambil masa selama 30 minit.. Dekat sahaja..
Oh sebelum lupa.. cara drive di UK sama sahaja macam di Malaysia.. so nothing to worry.. saya pun menggunakan lesen Malaysia sahaja tanpa buat yang translation or kebenaran memandu di oversea yang kena bayar RM150 tu.
Sebelum ke Liverpool town kami singgah di Cheshire Oaks Designer Outlets dulu untuk shopping.. sebab many Malaysian juga recommend suruh datang sini untuk shopping..
Kami pun mula lah shopping.. tapi sebenarnya sebelum ini kami dah pernah shopping di Livingston.. semasa tinggal di Glasgow.. kira ini shopping untuk kali ke dua la..
Di sini ayah n mommy belikan baju untuk atuk n nenek.. dan mommy n me beli Furla handbag.. yang murah2 je.. tak mampu nak beli yang mahal2..
Contoh harga Furla handbag yang saya beli tu GBP111 lebih kurang RM650.00. Murah kan?.. maybe dah outdated but who cares.. haha.. saya kalau dh minat barang zaman dah basi pun saya beli je..
Ok..untuk comparison between Cheshire Oaks Designer Outlets dengan Livingston Designer Outlet.. kami lagi prefer Livingston sebab barang2 dia lagi murah.. Contoh adek beli kasut nike harga di Livingston GBP15 kalau di Cheshire Oaks harga nya dalam GBP20 ke GBP25.
Selepas habis shopping di Cheshire Oaks kami pun terus ke Liverpool town..
Masuk sini kena bayar tol.. jadi sila sediakan coins siap2..
Di Liverpool kami just jalan2 tengok view sahaja.. selepas itu terus bertolak ke London..
Dari Liverpool ke London perjalanan lebih kurang 3 jam..
Dan Alhamdulillah sampai tepat pada masa nya..
kami tinggal di Grand Plaza Service Apartment..
Hotel ini hotel Felda.. memang selesa,, bilik besar.. sesuai untuk kami yang suka masak memasak ni..
kami ambil satu bilik yang boleh muat 6 orang.. ngam2 je untuk family kami..
2 sofa bed.. dan 1 katik queen size dalam bilik,, dan satu bilik air..
ini dapurnya.. semua kelengkapan lengkap.. dari kuali.. sampai ke periuk.. senduk.. sudu.. pinggan mangkuk.. tapi periuk nasi memang kami bawa sendiri..
malam itu memang makan puas hati sebab masak sendiri dan dapat tidur dengan lena..
Ini antara barang2 yang kami beli di Cheshire Oaks dan Livingston..
------------------------------------ Day 6 ------------------------------------
Day 6 sat lagi continue sebab mak dah panggil makan..
--------------------------------- Day 6 (Cont'd) -----------------------------
Hari ke 6 ini kami pergi ke oxford.. dan kemudian ke Bicester Village..
Perjalanan dari London ke Oxford mengambil masa lebih kurang 40 minit..
Sampai sana seperti biasa ambil2 gambar sikit alang2 dah sampai tu kan.. tapi bangunan dekat sana memang unik dan antique..
Jalan punya jalan.. sekali terjumpa dengan budak dari Malaysia.. PHd student u.. umur 27 tahun nama dia Hakimi dari Penang.. pandai kan!! masuk Oxford kot!
tp tengok cara dia memang boleh tau la dia buat sesuatu benda itu dengan penuh semangat.. sebab dia ada cerita ..yang dia 2 kali hantar email untuk tanya sama ada x lecturer yang nak jadi supervisor dia.. 1 time tu dia hantar dekat 40 Lecturers.. tapi tak ada yang reply pun.. dia pun hantar lagi sekali.. akhirnya dapat reply.. maka sekarang dia ada di sana.. DAN!! masa master dulu die dapat 4 FLAT!!! bapak ahhh bijak sangat dia ni..
Alang2 dah jumpa orang Malaysia tu kan.. kami pun ajak la dia makan sekali.. tapi dia tak makan pun.. minum aje..
Selepas ke Oxford.. kami teruskan perjalanan ke Bicester Village.. famous dengan shopping2.. di sini barang yang high end la.. tapi maybe dah off season so murah sikit dia jual..
kan sebelum ini saya ada pergi ke Livingston Designer Outlet dengan Cheshire Oaks Designer Outlets.. bagi saya yang dua2 itu adalah sesuai untuk golongan pertengahan.. dan di Bicester ini sesuai untuk orang yang slide-ly middle ke high end punya orang..
sebab barang2 di sini memang agak mahal.. paling murah pun socks je la kot dapat la 8 pound satu..hehe
Kami datang sini tak shopping sangat pun.. mak n ayah je banyak beli barang..
Ini lah antara barang2 yang kami shopping..
Ini brush kasut.. mak cari.. tah mana tah nak dapat benda ini..
Selepas itu kami ke Stonehedge.. ala yang seven wonders of the world tu.. lebih kurang 1 setengah jam dari Bicester Village. Tapi sampai2 dah tutup.. so kami tengok dari tepi jalan sahaja.. saya yang drive so tiada la gambar itu di dalam my phone kan.. dapat tunjuk signboard sahaja. Oh.. btw saya ke sana ambil internet sahaja yang sehari kena bayar RM38 tu.. jadi kemana2 guna waze aja.
Selepas itu terus balik.. dan seperti biasa masak2 la kan..
Biasa kalau ke overseas memang ayah sahaja yang masak,, kami tolong2 sahaja..
Lepas makan.. kemas2 barang yang beli tadi untuk tengok sama ada muat tak beg nak sumbat semua barang..
Untuk aktiviti hari ke 7 dan 8 akan saya kongsikan di next entry.
Daaaa~~~
Maknenye awk di sane naik kete jela. Bape sewa utk brapa hari. Xsesat ke.bkn ape sy agk takut2 je sbb ngra org.nti sesat lak huhu
ReplyDeleteA'ah.. dekat sana memang naik kereta sahaja.. kecuali ketika di kota London.. masa tu naik bas n train sahaja.. sebab susah nak dapat parking dan heavy traffic di mana2.. sesat ade juga.. sikit2 la.. tp Alhamdulillah.. guna waze jadi jumpa jalan kebanyakan nya dengan mudah..
Deletehi, nak tanya awak stay kt hotel felda tu brapa smlm utk bilik yg mcm tu?
ReplyDeletehi iamommymel.. hotel felda tu dalam RM1000/night.. untuk 6 orang.. ada 3 queen size bed including kitchenette.. plus one (1) toilet..
Delete