Tuesday, 21 April 2015

Bercuti ke Scotland dan London (Part 2) -Day 3 & 4-

Assalamualaikum Semua!!!..

Baru lepas siap buat estimate / feasibility study untuk satu project di Nilai.. doa2 kan la project ni jalan ye.. amin2..

Jadi hari ini saya nak sambung cerita tentang percutian saya di Scotland......



-----------------------------------Day 3 -------------------------------


Selepas semalaman penat mencari tempat tinggal.. dan Alhamdulillah dapat.. kami pun tidur dengan lenanya.. katil pun empuk.. Harga B&B tu 35 pound/person.

Keesokkan hari nya kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Isle of Skye.. perjalanan dari Fort William mengambil masa selama 3 jam 30 minit campur berhenti ambil angin.. tengok kawasan n isi minyak.

 Ini lah Bed and Breakfast kami..

 Pagi2 breakfast di sana.. ada cereal n roti bakar.. sedap gyle roti bakar tu! roti die pelik sikit ade kacang2..

 Maaf kan lah mommy saya ni.. dia memang gila gambar sikit..hehe

 View dari B&B kami..


 Guest house punya useful information.. bagus kan owner dia..

 View dari bilik saya dengan adek..










 Did you know : cara isi minyak kat sana lain sikit dari Malaysia..haaa apa agak nya perbezaannya itu kan.. di sana kalau nak isi minyak.. kita isi je dulu,, bayar kemudian selepas dah habis isi.. bagus kan!! kalau dekat Malaysia kena bayar dulu baru isi kan.. sebab ramai orang tak senonoh..xleh nak buat macam UK,,hehe

 Haa lepas breakfast tadi.. terus gerak pergi Isle of Skye.. jalan dia jadi lambat sebab lalu dekat jalan kecik.. bukan highway.. jadi bila ada kawasan perumahan je kena bawa slow.. stress i bawa kereta dekat sini,,haha.. dah la 2 orang je boleh bawa kereta.. mula2 ingatkan abang boleh bawa.. sekali orang Hertz tu kata 'Only 25years old and above can drive here'.. Abang bulan 9 ni baru masuk 25 Tahun so dia tak bagi drive.. sabo je le..

 Saya pun bawa la kereta sambil orang2 lain dok buat peta dunia kat belakang.. krrrooohhhh kreeehhhh krrooohhh kreeehhhh.. dengki je dengar..haha.. tak ada la.. padahal tak kesah pun orang tidur.. sebab saya memang prefer orang tidur bila saya drive..

 Jalan.. Jalan..Jalan.. Drive punye drive masuk la dekat jambatan untuk ke Isle of Skye.. tapi masa tu I have no idea at all Isle of Skye ni ada apa,, ingat kan ada la one place yang kita kena tuju kan.. so jalan je la..
Setelah hampir 5 jam drive.. Ayah pun bangun bising sebab tak sampai2 lagi..Haha.. cuak dowh bile ayah dah bangun.. rase nak terjun keluar kereta..haha.. Lepas tu dia pun seperti biasa keluar kan bebelan yang meletihkan untuk kami dengar.. maka saya pun berhenti di sebuah small cafe nak tanya mana sebenarnya Isle of Skye.. sekali orang kedai tu cakap 'This is Isle of Skye'.. yang aku ni blurr blurr la muke kan.. awat la pulak Isle of Skye ni cafe kan.. rupa2 nya sepanjang2 perjalanan selepas jambatan tu la namanya Isle of Skye.. kiranya berhenti aje dekat mana2 untuk menikmati keindahan alam (pang pang tampar diri sendiri).. punya la lame dah jalan.. rupa2 nya the whole place is the Isle of Skye..haha.. sabo je,, penat je kene marah dengan ayah..

 Disebabkan dah kepenatan drive n lapo.. kami pun singgah di Hotel Dunvegan ini sebab local people cakap fish n chips dekat sini terbaik..


 Sambil tunggu fish and chips sampai adek n abang pergi bergambar di luar (padahal soh diorang pergi dekat kereta untuk ambil cili sos..biasa la kan.. Malaysian memang love sos2 ni)



 Besar kan ikan dia!! kami biasa ambil 1 pinggan share 2 orang sebab serving dia besar.

 Adek sempat lagi selfie dekat toilet

 Lepas tu jalan2 sikit lagi.. solat.. n teruskan perjalanan ke Edinburgh..
Tak boleh waste time lama sangat sebab kami kesuntukan masa untuk cover ke tempat2 lain lagi..

 Antara view di Isle of Skye 


 Setelah 5 Jam perjalanan kami pun tiba di Edinburgh.. dan terus check in di Hotel Ibis Budget.. dimana ia ada bilik yang dapat memuatkan sebanyak 3 orang.. jadi ambil 2 bilik sahaja.. dapat lah jimat.. harganya lebih kurang RM300/room untuk satu malam. Jadi 2 bilik bari RM600 kan.. kira murah la tu.

 Comel kan hotel ini..



 Bilik yang bersih, comel, dan selesa


Penat drive jadi malam itu makan.. dan terus tidur..



-------------------------------- Day 4 -----------------------------------

 Ini hotel kami.. baru dibuka lebih kurang 1 tahun..

 Bangun tidoq.. Breakfast dan terus pergi explore Edinburgh.. kami pergi melawat Universiti2 di sana untuk membakar semangat adek supaya study bersungguh2.. dan pergi ke Edinburgh castle..

 Macam dalam cerita merlin kan..





 Jalan-jalan di sekitar kawasan Edinburgh Castle..

 Video :



 Wajib ambil gambar di telephone ini ya kalau ke UK.. because of its uniqueness..hehe



Selepas puas explore Edinburgh di malam hari kami meneruskan perjalanan untuk ke Manchester pula..

Perjalanan naik kereta dari Edinburgh ke Manchester mengambil masa lebih kurang 4 jam. Jalan ke Manchester ada highway.. so boleh drive laju sikit.. 





Malam itu kami tinggal di Ibis Budget Manchester.. hotel ini memang terletak berdekatan dengan stadium  Old Trafford.. Lebih kurang 5 minit drive sahaja.. dan terletak dekat dengan Tesco Express and Train Station..strategic kan! Best part is ada parking!! haha senang untuk kami yang sewa kereta ni.

Untuk hari ke 5, 6 dan 7 saya akan ceritakan di next entry. Nak balik rumah dulu.. dah mengantuk..(sekarang dekat office).. DAAAAA~~~~ 

No comments:

Post a Comment

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...