Thursday, 23 April 2015

Bercuti ke Scotland dan London (Part 4) -Day 7 & 8-

Assalamualaikum semua,

Untuk hari ke enam berada di England (dalam entry sebelum ini).. kami berjalan2 ke Oxford, Bicester Village dan juga Stonehedge. Hari ke tujuh pula,, kami berjalan2 di sekitar kota London sahaja. Antara tempat yang kami pergi adalah Madame Tussauds + Big Ben + Cruise Tour + Hyde Park + Harrods.

Kami keluar selepas breakfast dalam pukul 9pagi.. selepas itu jalan kaki dan singgah ke kedai untuk membeli tiket hop on n hop off bus (alaa bus yang warna merah dua tingkat yang atas dia tidak ada bumbung tu). Harga tiket bus tu GBP 26.. kami beli sekali dengan tiket entrance untuk masuk ke Madame Tussauds total kalau tak silap dalam GBP42 (Tiket bus untuk 48hours tour dan tiket masuk ke Madame Tussauds).

Jalan kaki dari Hotel ke bus station itu lebih kurang 15 minit. Kami naik bus yang nama company nya 'The Original Tour'.


------------------------------------ Day 7 ------------------------------------


 Di sana kan kami ada sewa kereta.. bila sampai London ni susah sikit bab nak parking memarking ni.. sebab limited parking plus duit parking nya amatlah mahal (tu bagi kami la.. cth kalau sehari parking dia charge GBP30 dah sama dengan RM170 dah.. kan mahal tu..
Jadi kami buat macam ini.. dia start charge jam 8.30pagi.. jadi dalam pukul 2.30 petang kami akan pergi ambil kereta.. dan jalan2 ke luar kota London. Jadi jimat lah sikit.
Dan cara bayar parking di sana senang sahaja.. boleh call by phone sahaja nanti dia tolak duit dari Credit Card kita sahaja.

 Ini lah bas yang kami naiki.. maka bermula lah perjalanan di hari ke 7..








 This is our first pit stop.. iaitu Madame Tussauds..

Macam real kan patung dia!! 



























 Lama juga kami dalam itu.. mula2 budget sejam sahaja.. sekali sampai 2 jam setengah.. sebab ada 4D show.. naik teksi dalam bangunan tu..etc..

 Selepas habis pusing2 Madame Tussauds.. kami naik bas kembali untuk ke big ben dan menaiki cruise..


 Video : Cover iPad tu terbuka sendiri.. kagum sat tgk benda itu..

 Video : Keadaan kota London yang busy..

 Video : Keadaan kota London yang busy..

 Video : Keadaan kota London yang busy..



Itu lah Big Ben yang famous di London.. If im not mistaken name bell besar tu orang panggil big ben..






 Yang sebelah kanan sekali tu anak buah saya.. nama nya Fikri dia belajar di UK.. mula2 plan nak bawa dia jalan sekali pergi ke scotland n London.. sekali dia ada Lab pula.. so tak dapat join jalan2 di Scotland.. bila di London sahaja dia boleh join..
So he is our tour guide in London.. TQ Piki!!

Ini view dari dalam cruise.. beli tiket bus tadi tu memang dapat free tiket naik cruise.. jadi mesti pergi la kan.. sebab dah free..haha 




 Selepas naik cruise kami pun naik bas kembali untuk ke Hyde PArk.. dengar cerita dulu Princess Diana selalu jogging di sini..


 Di Hyde Park ini lah kami sembahyang di tepi2 park ini sahaja.. bentang jacket.. pastu sembahyang.. Ada toilet di park ini dan di situ lah kami mengambil air sembahyang.. tapi sila pastikan lantai nya tidak terlalu basah.. sebab di sana mereka tidak suka toilet basah2..
dan kebetulan pada hari tersebut.. toilet itu dah nak tutup.. dan kami mahu mengambil air sembahyang.. dah siap dh singsing lengan.. lipat seluar semua nak ambil wudu'.. sekali cleaner dekat situ dok usya je,, tak tenang I nak ambil air sembahyang.. tapi tak lama selepas itu dia pun cakap.. 'u want to pray?.. ok go ahead no worries'.. Alhamdulillah.. very understanding orang itu..

 Selepas sembanyang kami teruskan perjalanan untuk ke Harrods.. sebab mommy nak usya beg.. dia kata dia nampak ada orang pakai cantik..

 bahagian tali pinggang LV ni tak menakutkan sangat sebab dia ada tulis harga..haha.. kalau tak letih asek nak kena tanya2 sahaja..
Masa masuk bahagian LV di Level bawah sekali.. semua orang tu busy dok layan orang.. kesian kitorang tidak di layan..haha.
Tapi kami ok sahaja.. coz frankly speaking.. tak paham orang yang complain kalau orang kedai tu tak layan.. aku suke lagi die bagi freedom untuk kita usya2.. kalau tak stress dowh orang tu asek nak ikut je g sana sini..

Dekat bawah tu memang agak serabut la ramai orang.. jadi kami jalan2 naik sampai atas.. dan jumpa kedai LV lagi.. tapi atas sepatutnya shoes department.. tapi kami masuk sahaja dan tengok ada hand bag juga.. jalan2 mak pun ada la nampak bag yang dia pekenan tu.. cuma colour je tak pekenan..
Jadi tanya la orang di sana.. dia pun punya la baik.. bawak keluar segala colour bag tu yang ada.. siap tanya design yang lain pastu colour yang tak ada di situ.. orang tu baik sangat2 siap turun bawah level 1 dan naik balik kat atas.. bagus kan! 

 Lelaki biasa la kan akan boring tengok perempuan shopping.. so kami pun suruh Abang and Piki jalan2 untuk cari tempat souvenir..

Itu lah handbag yang mommy pekenan.. 



Sambil itu adek dengan saya kebosanan jadi cuba2 lah kasut yang ada di situ..



 Dan mommy pun beli bag yang dia suka..
Saya tidak pasti sama ada harga di sini cheaper dari Malaysia or not.. but di sini ada VAT (Value Added Tax).. jadi untuk item yang kami beli kita akan claim balik VAT.. dan dapat balik lebih kurang 10% dari pada harga item itu.



 Keadaan Harrods di Malam hari.. meriah kan..


weeeee..sebenarnya.. i got one toooo!! TQ dedek belanje..haha..
This is my first LV bag.. Alhamdulillah.. walaupun LV yang paling murah tapi kesah apa.. I Love it!

 Di sebabkan bas hop on hop off tu sampai pukul 7 je.. kami pun balik dari harrods ke tempat kami bayswater naik train..


Sampai malam itu seperti biasa.. masak2 dan dinner..







----------------------------------- Day 8 ---------------------------------

Flight kami malam.. jadi untuk hari last ini kami ada plenty of time untuk kesana dan kesini..

 1st tempat yang kami pergi adalah ke souvenir shop berdekatan dengan hotel kami..


 Dekat sini barang-barang dia memang murah.. compare dengan barang2 souvenir yang kami beli di Scotland..




Dannnn cuba teka kami kemana lagi selepas beli souvenir??..




Kami pergi balik ke Bicester Village!! haha.. gedik kan.. shopping la lagi.. 

 Balik bertolak ke airport pada pukul 5.00PM..
Tapi Ya Allah tak sangka la pula heavy traffic dekat airport tu..
Jadi kalau korang pergi n nak kejar flight sila bergerak awal sikit ya ke airport tu..
Kami tak boleh lambat sangat sebab ada lagi barang yang tak claim VAT..

Jadi saya dengan abang drop orang lain di airport untuk settlekan VAT dan kami ke Hertz untuk hantar kereta..
ingatkan dekat je office hertz tu.. rupa2nya jauh! kalau tak ada waze.. memang sesat barat la kami.. 

Tapi kalau korang tak ada kejar apa sangat.. boleh terus je bawa ahli keluarga hantar kereta sekali.. dan hertz ada sediakan kereta or mini bus untuk ke airport.. siap dengan tempat letak bag.. bagus kan! 



 Kami sampai airport.. mommy n yang lain2 pun dah settle psal VAT tu..Alhamdulillah.. dan check in dengan aman..

 Dan sempat lagi shopping perfume.. sebab ada yang kata perfume di sini murah compare dengan Malaysia.. tapi maybe some of it je kot.. macam chanel ni saya tengok sama sahaja dengan harga di Malaysia.



 Rehat2 sambil tunggu Flight..




Summary Perjalanan:

Day 1 - KL --> London --> Glasgow + Rent a Car + Ibis Hotel
             RM22,527.00   +     RM 4,704.00  + RM4000 + RM1,200
             = RM32,431.00 (Ini Expenses untuk 6 orang ya)

Day 2 - Glasgow --> Fort William
             RM280.00 (Minyak kereta) + RM1,026 (B&B) + RM600 
             (Makan)
             = RM1,906.00

Day 3 - Isle of Skye --> Edinburgh
             RM300 (Minyak kereta) + RM600 (Makan) + RM650
             (Hotel Ibis Budget)
             = RM1,550.00

Day 4 - Edinburgh --> Manchester
             RM300 (Minyak kereta) + RM600 (Makan) + RM650 
             (Hotel Ibis Budget)
             =RM1,550.00

Day 5 - Manchester --> Liverpool --> London
             RM300 (minyak kereta) + RM600 (makan) + RM1000
             (Hotel Felda)
             = RM1,900.00

Day 6 - London --> Oxford --> Bicester Village
             RM150.00 (minyak kereta) + RM600 (Makan) + RM1000
             (Hotel Felda)
             = RM1,750.00

Day 7 - London --> Madame Tussauds --> Harrods
             RM1,254 (Bus tour + Madame Tussauds + Cruise) +
             RM600 (makan) + RM150 (Parking fee) + RM1000
             (Hotel Felda)
             = RM 3,004.00

Day 8 - London --> Bicester Village --> Airport
             RM300 (kena pulang kereta full tank) + RM600 (Makan)
             = RM900.00

TOTAL : RM32,431 + RM1,906.00 + RM1,550.00 + RM1,550 + 
                RM1,900 + RM1,750 + RM3,004 + RM900.00
                = RM 44,991.00

TOTAL per HEAD : RM7,498.50
 .........Tapi kos ini tidak termasuk makan selingan2 yang beli chikedis chikedos.. shopping mopping.. n itu untuk makan sekali sehari sahaja.. sebab kami tengah hari sahaja makan di luar.. yang lain semua kami dah bawa dari Malaysia..seperti beras.. nasi impit.. brahim.. sambal ikan bilis.. serunding.. maggie.. biskut.. keropok..


Itu sahaja cerita tentang trip ke Scotland dan England.. Harap sedikit sebanyak dapat memberi gambaran pada anda untuk buat itinerary sendiri dan budget sendiri untuk ke sana.

Sekian, Daaaa~~~

4 comments:

  1. hai....mcm best sgt...selalu jumpa blog backpacker...7 hari pun mcm sempat je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi suzie, aah.. Insya Allah sempat 7 hari.. and Alhamdulillah banyak juga tempat sempat pergi. Tapi kena plan sikit.. Supaya tak lari dr schedule yg kita dah plan.. ;-)

      Delete
  2. gembiranya jumpa blog u ni....
    boleh jadikan panduan utk ke london n scotland...tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh ye ke.. Allhamdulillah.. Happy nye dengar bila dapat Bantu orang lain.. ;-)

      Delete

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...