Disebabkan sekarang ni tengah kekurangan wang jadi saya kurangkan aktiviti melancong2 ni.. jadi pada 10 April 2015 yang lalu saya ada pergi ke Langkawi dengan kawan-kawan saya dari UiTM dulu. Saya tempah tiket ke Langkawi ni dah lama dah.. last year lagi. murah je tiket nye lebih kurang RM70 seorang. Saya naik AirAsia. Sebelum-sebelum ini asyik pergi dengan family sahaja jadi teringin la nak pergi dengan kawan2 juga sekali sekala.
Kami ke Langkawi ber-empat sahaja. Sepatutnya berlima.. tapi kebetulan pula masa itu kawan saya Siti Izyan baru lepas buat operation jadi dia cancel.. tak jadi pergi. Saya, Farhana dan Intan bergerak same flight dari KLIA2. Kami pergi hari Jumaat malam.. dan Nadia dia dari Kedah.. so dia join kami next day.. hari sabtu.
Kami ambil last flight pukul 9 lebih malam. sebab malas nak ambil cuti.. so pergi after working hours sahaja. Ayah saya ada rumah di Langkawi.. tapi di Pulau Tuba la kan.. Jadi kami tidur di sana sahaja. Jimat sikit duit untuk penginapan. Kos untuk naik boat dari Pekan Kuah ke Pulau Tuba Lebih kurang RM150 mereka charge. Sebab kami sampai sana dah tengah malam.. coz flight delay. Malam tu sampai tak ada buat apa pun.. beli roti canai.. makan.. borak2 n tidur sahaja.
Esok nya hari sabtu.. kami keluar dari Pulau Tuba untuk jemput kawan kami Nadia di Jeti Kuah. Dia naik feri dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Nadia sampai awal dari di jangkakan.. kami pun terkejut.. nak dapat boat pergi keluar dari Pulau Tuba pun bukan senang.. sebab kadang2 tak ada boat masa kita nak naik.. so kena lah charter satu boat itu.. harga mereka charge RM70 satu hala. Jadi nak save cost kami tunggu juga boat penambang datang..haha
Yeay.. ini selepas dah ambil Nadia.. kesian dia kena tunggu lebih sejam. Sorry Yaya!!
Lepas pick up nadia kami terus ke Cable Car. Sambil tunggu turn ambil gambar dulu la kan.
Sebelum naik cable car sekarang ada masuk dome n dalam tu ada tunjuk video seperti di atas. Bagi saya video itu sangat memeningkan kepala.. so i didnt watch it. Tapi ok la sebab tempat itu ada air cond.. so sejuk la sikit.
View dari station penghujung cable car..
Selepas naik cable car.. kami beli coconut shake di gerai dekat bawah2 tu je.. berdekatan dengan carpark.. sedap sangat!
Selepas itu kami singgah di Makam Mahsuri.. semata2 untuk beli Penderam mak cik ni.. Ya Allah.. memang sedap yang amat terpengsan.. cuba try nanti ya.. kawan2 saya pun kata benda yang sama.. saya memang dari kecik dulu suka makan penderam di gerai mak cik ni. Selepas itu, kami ke pekan kuah untuk membeli belah di Haji Ismail Group punya kedai dengan Rams. Beli chocolate la kan seperti biasa.
Selepas itu kami singgah di grocery store untuk beli bahan2 untuk masak.. untuk makan malam itu..
Tq korang sebab rajin nak masak2!!
Ini lah antara lauk yang kami makan.. n ada lagi ikan bakar.. tapi tak tunjuk di sini.. oooo.. n fresh ye semua makanan laut itu.. that makes the cooking taste soooo delicious!!!
Esok nya kami ke Island hoping.. pergi ke Pulau Beras Basah, Eagle Feeding n Tasik Dayang Bunting
Ini boat yang kami naiki.. Abang tu charge RM250.. pastu die charge life jacket harga lain kalau nak bawa turun dari boat.. siot betul,, tapi ok la die bagi discount sikit.. kami kena bayar extra RM10 je instead of RM20.
Relax2 di Pulau beras basah.. saya ingat ada coral di sini.. rupanya pantai je,, pastu coral pun mcm hidup segan mati x mahu.. tapi ok la pantai dia cantik.
Video : Eagle Feeding
Cantik kan.. antara pemandangan masa naik boat..OTW ke Tasik Dayang Bunting
Mandi di sini memang best sangat!! setengah jam adalah sangat tak cukup..
cantik kan view die..
Lepas ke Tasik Dayang Bunting kami balik ke Pulau Tuba balik..untuk siap2 nak balik..
Masa kami datang ni orang kata air laut mati.. so air macam takat tu je.. so x best sangat la nak mandi manda..
Petang tu kami hantar nadia ke jeti.. dan kami terus ke airport untuk pulang ke KL.
And a week after that on the 17 April 2015.. saya datang ke Langkawi lagi dengan orang Office + Pak cik n mak cik saya. (Atas itu tiket balik ya..mana tah tiket pergi hilang)
Kali ni naik MAS.. sebab awal tahun hari itu ada promo.. harga pergi balik dalam RM150/person sahaja.
Dalam boat untuk ke Pulau Tuba
Semua tengah kelaparan.. jadi kami singgah makan di kedai orang kampung.. di kedai ini memang famous dengan mee udang.. nasi goreng udang.. sedap gyle!!! banyak pulak tu udang dia letak.. n yang paling penting murah je ye!
Lepas makan sebab kepenatan kami terus tidur untuk aktiviti esok pula.
Pemandangan di pagi hari
Ready untuk Island hoping again! haha.. last week baru je pergi..
1st destination.. Pulau Beras Basah..
Sebelum ke dayang bunting kami ke Eagle Feeding..
Kalau sesiapa yang tak pandai berenang sila lah pakai life jacket ya..
saya yang beranang ok-ok ni pun x boleh lama dok dalam air tu kalau tak pakai life jacket..
Seronok tengok Irni main lompat2 dalam air..
After an hour duduk di tasik dayang bunting kami pun balik ke Pulau Tuba.. semua orang flat.. so tidur je lepas balik itu..
Petang itu kami tak ada aktiviti.. jadi my mommy pun sewakan ATV untuk kami.. sewa 3 biji sahaja.. so gilir2 naik.. Interesting juga naik ATV ni.. tapi kami bawak ATV tu round2 pulau sahaja.. tak ada lalu track mencabar2 sangat pun.. and berbaloi la.. baik orang tu.. dia charge RM70 je untuk 3 jam.. untuk satu ATV la..
Lepas main ATV.. kami pun cari siput tukul.. saje tunjuk kat orang ofis yang sebenar nya benda ini boleh di makan. n malam itu seperti biasa buat BBQ.
ok this is the best part.. orang ATV tu baik yang amat!.. semalam masa nak pulang balik ATV.. dia cakap.. tak apa.. main je sampai esok.. esok baru saya mai amek!!! happy gyle!!! so esok naik lagi ATV tu before bertolak ke Langkawi main land. Ayah siap naik pakai kain pelekat lagi.. style tak..hehe.. yang sebelah kanan itu pak cik isa.. dia pun tak lepas kan peluang untuk try naik ATV
Lepas puas naik ATV kami pun ke main Land n orang ofis pergi naik cable car.. di sebabkan last week saya dah naik.. saya pun tak nak la naik lagi.. jadi saya n along try tengok 4D movie ni.. interesting juga.. lebih kurang 15 min show.. n the best part is.. dia bagi kami harga tiket kanak2!! so murah la sikit.. masa tengah sengkek ni Alhamdulillah banyak pula unexpected2 macam ini terjadi..
Ini harga tiket di sana.. boleh la pilih package2 mana2 yang anda berminat.. orang ofis ambil naik cable car n masuk 3D museum..
Elephant ride pun ada.. tapi yang ini saya tak pernah cuba lagi..
Sambil tunggu orang ofis habis naik cable car.. saya dengan Along ke 3D Museum!!
Masuk situ kena buka kasut ya..
Pandai kan orang yang lukis ni!!
Di sana.. mereka dah letak siap2 dah kat belah mana nak duduk untuk snap gambar.. memang sangat bagus! untuk orang yang macam saya tak pandai amek gambar.. boleh duduk di point ini dan snap gambar orang.. its that simple..
Haa.. saya memang tak photo gedik.. so kayu macm tu je la semua gambar pun..hehe
saya paling suka tengok gambar yang ini..
Same tak macam panda itu?? haha!
ini corak dalam toilet dia,, jadi sila singgah di toilet nya juga ya.. (pening kepala tengok wall dia)
3D museum ini sangat interesting.. sila singgah ke sini jika anda ke Langkawi ya.. tapi kena pandai act sikit la baru gambar nampak macam real..hehe.. selepas habis masuk 3D museum kami lagi sekali ke pekan kuah untuk membeli belah.. dan selepas itu terus ke airport untuk pulang.
-The End-
Salam. Ada no telefon sewa ATV tu tak?
ReplyDelete