Hari isnin yang lalu.. saya dengan kakak pergi ke Publika.. memang khas untuk makan di Boat Noodle.. sebab banyak sangat orang post gambar makan dekat situ n katanya sedap.. Jadi kami pun cuba lah explore..
this is actually my first time ye datang Publika.. Haha lantak la orang nak kate LAME ke ape kan.. tapi tempat shopping pujaan hati tetap la KLCC dengan Alamanda SAHAJA!.. ;-p
Pergi ke Publika selepas Maghrib around 8.15pm.. 8.45pm sampai la di Publika.. n parking di sini.. sebab masa itu yang ini sahaja the nearest parking yang saya nampak.. 2 jam RM5.00.. ok la tu kan? jap je pun nak dok situ..
Lepas parking jalan2 cari kedai.. tanye guard die pun bagi la direction.. cari punya cari.. sekali yea!!! nampak tulisan 'The Boat Noodles' punya la happy sebab agak jauh la tempat parking tu dengan restaurant Boat Noodle.. sekali tolak pintu kaca.. nak masuk dalam orang kedai tu datang n cakap 'Sorry this is non-halal restaurant'.. haha.. terkezut i.. sebab yang post2 tu ramai orang Islam kot.. tak kan la depa tak tau kedai ni non-halal.. lepas tu cakap la kite cari kedai boat noodle.. dia pun tunjuk la.. rupa nya across the street sahaja.. lega!
datang situ ramai la pulak..
Jadi kena beratur.. (nanti ada orang datang dia tulis nama.. n bila sampai turn dia akan panggil bawak pi tempat duduk)
Sambil tunggu jalan2 dekat2 situ nampak kedai yang menarik ini.. buat dari cabin.. tapi unik la..
ambil2 gambar dalam kedai itu.. setting dia memang macam stall yang dekat tepi2 jalan tu..
untuk yang newbie macam kami ni.. boleh la ikut order guide yang mereka recommend .. meraka letak guide itu di belakang menu..
Cara ordernya macam di Old Town White Coffee.. tulis atas kertas yang di sediakan nanti bagi pada mereka..
Saya ada baca di facebook yang orang comment air lambat sampai la.. etc etc.. tapi Alhamdulillah masa kami datang ni.. sekejap sahaja air sampai.. lebih kurang 5 minit.
tak lama lepas itu mee ni pun sampai.. baru la tau kenapa orang selalu mangkuk bertingkat2 je.. rupa2nya KECIK je portion dia.. tapi saya makan 3 mangkuk pun dah kenyang dah.. harga semangkuk mee ni RM1.90. Mee ni rasa dia macam mee celop thailand..siapa suka mee celop Insya Allah akan suka mee ini..
Lepas itu kami order bebola ayam dengan chicken wings.. masa order tanya la orang tu chicken wings tu ada berapa ketul? dia jawab 'around six, seven, or eight'.. dalam hati saya pun berkata 'wahhh murahnya enam ketul RM4.90 je'.. jadi kami pun order 1 set je la kan.. sekali mai datang ayam tu.. besar ibu jari je!!! haha.. kecik nye yang amat.. maka tak puas la makan.. lepas tu order la lagi 2 set..
dapat makan pun dah lambat kan.. jadi habis makan pun dah pukul 10.. orang tu dah siap la pass bill..haha.. cara halus nak halau orang. Tapi sebenarnya ingat kan nak makan murah2 je.. sekali termahal juga.. ish2.. memang susah betul la nak budget tang2 makan2 ni.. T_T
Lepas dah selesai makan kami pun bayar.. sekali nampak ada tulis 'PARKSON CARD ACCEPTED HERE'.. rupa2 nya siapa2 yang ada parkson card boleh guna n dapat discount dalam 10%. Best kan! nasib baik along ade parkson card.
Lepas tu terus balik rumah..(tapi sesat barat sebab tak biasa dengan jalan tu..hehe). Jadi sesiapa yang nak rasa boleh la cuba makan n mereka pun ada branch2 lain seperti di Times Square and many more.
-THE END-
No comments:
Post a Comment