Sunday, 10 May 2015

Mother's Day + Cake sedap dan menarik!!!

Assalamualaikum semua!

10 may 2015 adalah hari ibu.. Jadi untuk hari yang istimewa ini kami adik beradik pun tempah la cake khas untuk our mommy.


Tadaaa.. Ini lah cake nya.. Cantik tak? Comel kan.. I love it! Purpose pilih LV tu adalah kononnya huruf tu stand for LoVe.

Cake ini kami tempah dari cakesstudio (terletak di Putrajaya). Senang je nak buat tempahan.. Just contact kakak tu.. Nanti dia minta whatsapp dia.. N dia akan bagi sort of form to fill apa yang kita nk nak details kita.. Contoh.. Phone no.. Pick up pukul berapa.. Theme nak colour apa.. Etc.. Just fill n kalau ade contoh kek nak yg mcm mn nnt snap gamba tu n whatsapp padanya. Memang puas hati dengan design n rasa kek itu. 

Saya mula2 start order dari dia pun masa birthday kakak saya dengan irni..


Haaa.. Ini lah kek masa birthday kakak.. Comel jugak kan.. Suke sangat!!!

Thats y masa mother's day ni pun tempah lagi dekat dia. Untuk yang tinggal di area putrajaya jika nak cuba tempah boleh cari blog cakesstudio or instagram dia cakesstudio.. Boleh tengok gambar2 kek yang cakesstudio pernah buat sebelum ini untuk dpt idea nak design macam mn. Oh.. N flavour cake pun boleh pilih juga. Tapi saya suka chocolate jadi memang tempah chocolate moist je memanjang n mmg dah tau yg tu sedap.. So malas nak tuka2 flavour lain.

Ok berbalik pada cite mother's day.. Saya celebrate awal sehari ye.. Sebab nak celebrate sekali dengan adek (dia di asrama.. Jadi tadi boleh melawat.. So tadi la terus celebrate). 


Kami buat simple sahaja.. Beli cake.. kFC n bagi hadiah sikit.. Itu sahaja.

Anyway sempena mother's day ini saya ingin mengucapkan happy mother's day kepada semua ibu2 di luar sana, especially my mommy.

Dia banyak sangat membantu dalam proses membesarkan anak2.. Dari segi pembelajaran dan juga membina badan anak2 sampai menjadi belon..haha.

Hari2 mommy akan buat kan juice untuk kami sebelum pergi kerja.. Walaupun juice mommy kadang2 rasanya ya Allah macam nak terpengsan! (Can u imagine dia letak all sorts of fruits n vegetables.. Cth peria.. Apple .. Timun.. Etc) kami minum juga sebab nak jaga hati..haha (tapi kadang2 lari juga.. Klua rumah cpt2 supaya x kene minum juice..hehe.

Dia juga lah yang buat breakfast.. Bekal kan kami bekalan untuk ke office.. Basuh baju.. Kemas katil.. Macam2 lagi mommy buat.

Thanks mommy 4 everything.. We love u so much!!! Hope u enjoy ur mother's day as we give u rest dari kene masak.. Hehe.

-The End-

No comments:

Post a Comment

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...