Sempena mother's day 10 May 2015 yang lalu.. kami ke Port Dickson saje2 jalan2 bawa mommy n dedek nak tenang kan fikiran nak buat kerja (ini pergi after melawat adek di asrama).
Tadaaaa... ramai sangat orang buat khemah n tidur di tepi pantai.. seriously SANGAT ramai..
Lepas tu ada banyak lori2 yang jual makanan macam ini..
anddddd salah satu yang saya tertarik adalah booth ini!!! jual ice cream pasu..
selalu nampak orang post gamba makan ice cream ini.. teringin nak rasa.. n Alhamdulillah dapat rasa juga..
Tapi rupanya senang aje nak buat dia.. letak ice cream.. tutup guna oreo hancur.. pastu letak daun tu.. n letak biskut rokok tu.. jadi la ice cream pasu ni..
lepas itu ada tempat duduk2 lepak macam ni..
best kan PD sekarang ni.. meriah sangat2.. suke je lepak lepas itu tengok gelagat orang ramai.. jadi sesiapa yang dah lama tak pergi PD boleh ke sana n check this out.. tapi datang masa malam sabtu dengan ahad baru meriah.. kalau datang selain tu memang senyap sunyi je la.. bunyi semut jalan pun boleh dengar..hehe.. kidding2..itu sahaja buat kali ini.
Daaaa~~~
No comments:
Post a Comment