Wednesday, 13 May 2015

Singapore May 2015

Assalamualaikum semua!!!

1st May 2015 yang lalu saya, dedek, mommy and abang pergi ke Singapore atas urusan kerja. Mula2 ayah patut pergi seorang.. tapi tiba2 ayah ajak kami ikut. Jadi dari naik flight kami decide untuk masuk ke Singapore menaiki kereta sahaja. Kerana alang2 lalu Johor kami tidur semalam di rumah atuk.

Masa otw nak ke Johor jalan jem.. jadi kami divert pergi melalui highway LEKAS. Jadi turun di Seremban.. and terjumpa lah kedai ini.. Nasi Arab Damsyik. Sebelum ini pernah lalu sini.. tapi just past by macam itu sahaja.. n tertanya2 kedai ape tu.. sedap ke.. ramai je selalu datang situ. Tapi kali ni alang2 dah lapar kami pun singgah makan.. n not bad taste dia.. sedap.. n kalau tidak silap owner nya orang Melayu sebab satu hari tu saya tengok di TV kebetulan rancangan itu sedang makan di sini.. thats y la saya tahu.



 Jadi jika lalu di kawasan ini sila lah berhenti untuk cuba masakan kedai Nasi Arab Damsyik ini.. rasanya enak.

Selepas kenyang dah makan kami teruskan perjalanan ke Johor dan hari Jumaat malam sabtu itu kami bermalam di rumah atuk. Esok nya baru ke singapore. Malam itu saya pun usya2 hotel untuk duduk di sana.. Ya Allah.. Mahal nak mati.. satu malam majority hotel RM600 ke atas.. terkezut i..








 Jadi kami decide not to tempah hotel first.. nanti je walk in je terus kalau pekenan dengan hotel itu.. lagi pun masa itu dedek tak decide lagi sama ada nak duduk di kawasan Changi or Bugis Street.. reason nya kalau di Changi dekat dengan tempat dia kerja.. n kalau di Bugis Street senang untuk kami enjoy jalan-jalan dan senang nak cari kedai makan.. walking distance sahaja.

Esoknya hari sabtu.. bangun pagi n breakfast dengan atuk.. selepas itu terus bertolak ke Singapore. Basically procedure nak bawa kereta masuk singapore senang..

------->>> Cara-cara bawa kereta masuk ke Singapore

1) Pastikan anda bawa passport
2) Pastikan roadtax anda hidup lagi

kami masuk melalui Woodlands.. jadi bila sampai di jambatan untuk cross itu.. kita akan jumpa immigration Malaysia dahulu.. Passport akan di cop/ scan.. lepas itu bayar tol.. lebih kurang RM6.. kami guna touch&go sahaja. Selepas itu, akan across the bridge jumpa immigration Singapore pula.. akan kena isi form masuk n keluar singapore.. orang itu akan cek 1-1 passport (kena turunkan tingkap sebab orang tu nak tengok muka sorang2). Bila dah lepas yang itu.. bagi yang 1st time masuk.. kena register kereta dulu.. n beli 'seapass' (macam touch&go) untuk urusan pembayaran tol or parking kereta ketika di singapore. Park je kereta di bangunan B.. nanti akan ada orang datang di kereta untuk ambil detail kereta example no.plate, jenis kereta, dan roadtax tamat bila. Dia akan bagi a piece of that small paper untuk kita register di dalam.. dan beli seapass.

Selepas itu, ada immigration checking.. kena buka boot kereta.. kalau ok..dia akan bagi jalan..

 and tadaaa.. dah masuk la singapore..

 kami pusing2 cari hotel.. n most of it dah penuh!!! jadi kami tunggu cousin kami di sana untuk datang pick up n bawa ke hotel yang mana ok-ok n tak berapa mahal.. tapi banyak yang penuh juga.. Last2 kami ke Park Avenue Hotel di Changi..


Walk in saja la kan.. sekali tengok harga.. mak datuk.. mahal nak mati..haha.. tu tak termasuk tax lagi tu.. jadi borak2 dengan orang kaunter tu.. dia kata baik tempah online je..lagi murah.. saya pun apa lagi.. dan2 tu juga la tempah online..


 Harga dia separuh kot!!! lagi murah dari walk-in.. n Alhamdulillah ada bilik available..


 Abang saudara saya tu pun recommend duduk sini sebab dekat dengan Changi Mall.. so senang sikit la kalau kami nak cari makan or shopping.. walking distance sahaja.. dalam 5 to 10 minutes walk sahaja.



 Interior pun nice.. sebab hotel ini baru..



 Petang itu pun, saya, dedek n abang pergi meeting while mommy duduk bilik dan berehat.. ANDDD orang tu bagi coke yang tulis Auntie tu kat saya! kureng asem betul! (Am I that Old!!! haha.. sedih)..

 Petang tu jalan di Changi Mall untuk makan.. n ambil gambar tandas ni je sebab macam menarik..hehe


 Kedai makan yang ini pun menarik juga..

 Exterior yang menarik.. unique kan roof dia..

 Ini bangunan di sekeliling mall n hotel kami duduk..

 Kalau nak lagi dekat dengan Changi Mall boleh dudul di Capri hotel ni..




 Pemandangan tepi hotel Park Avenue..

 Ceiling di Lift Lobby hotel Park Avenue yang menarik..

Kadang2 seapass yang kami beli tu tak boleh pakai.. actually I hate that system.. jadi selalunya kami park di kawasan yang boleh pakai coupon sahaja.. easier.. 

 Anddd apa yang saya respect dengan orang sana.. Chinese restaurant tu minta halal cert dari halal agency dekat sana tau.. dekat Malaysia ni harapan la.. maybe ada tapi tak banyak.. tu pun ramai je orang still makan dekat kedai yang tidak ambil cert halal dari Jakim.

and rasa keadaan Singapore dah berbeza dengan Singapore yang dulu.. dulu rakyat dia macam arrogant.. haha.. tapi sekarang friendly sangat.. bawa kereta pun cermat.. n the best part is.. majority yang kami jumpa speaks malay.. dulu rasenye semua cakap english.. tapi sekarang different.. i dont know y.. kami jumpa chinese minta order di kedai mamak pun cakap melayu.. amazing..

 kebanyakkan rumah di sana adalah high rise building..

 Salah satu masjid yang kami singgah.. suka tengok tempat wudu' dia


Pada hari ahad setelah selesai kerja kami singgah makan di Victory Restaurant.. sedap sangat murtabak dia..








 and ada pergi ke pasar raya.. dan jumpa oreo kelapa ini.. mula2 excited nak cuba.. bila dah cuba memang tak nak lagi..haha..
After lunch.. keluar dari singapore.. sebab esoknya ayah nak ke Jakarta pula..

 N kami singgah di R&R ini.. betul2 after tol keluar Singapore.. cantikkan!!! tak sangka di Malaysia ada R&R secantik ini..hehe


 Interior R&R itu..


In all, setakat ini saya suka ke Singapore.. and Insya Allah will come back untuk explore Universal Studio dia pula.

Daaa~~~

- THE END -

No comments:

Post a Comment

Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...