Saturday, 31 December 2016

Isu minta tolong angkat beg di overhead compartmentatas flight lagi??

Assalamualaikum semua,

Recently ada several cases tentang passenger minta tolong flight attendant (FA) untuk tolong angkat kan luggage mereka dan letak kan di atas overhead compartment kan..

Bagi saya (ini saya punya pandangan peribadi ya) .. dan mengikut pengalaman saya menaiki kapal terbang kebanyakkan FA ni memang baik2 belaka.. setakat ni, saya tidak pernah lagi kalau nak angkat barang letak dalam overhead compartment FA tak tolong angkatkan.. (haa kecuali semalam.. flight balik dari Xi'an ke Malaysia.. haha.. Tapi FA tu memang tolong angkat kan beg saya pun.. cuma dia complain sikit beg tu berat kenapa tak check in kan je beg tu.. haha.. sorry dik.. beg tu mmg berat sikit dari allowable weight which is supposed to be 7kg kan..beg tu lebih kurang 9kg.. kami memang banyak dah check in barang pun..kami beli 120kg.. mak akak ni sentimental value dia lebih sikit.. dia sayang konon nya beg tu..beg cantik jadi dia suruh bawa naik atas flight juga). Tapi Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia pun dan thank you FA tu tolong angkat kan barang.

Dan kadang2 tidak di nafikan juga la ada certain FA yang a bit rude n berlagak tak tentu pasal kan..haha.. jadi rasanya tidak mustahil juga ada FA yang bila orang minta tolong angkat kan barang mereka merungut dan buat muka which akan buat orang rasa nak marah je kan..

Anyway perkara2 sebegini boleh di elakkan jika :
1) Passenger jangan bawa beg berat2 naik atas flight..
2) kalau tak sampai nak letak barang atas overhead compartment sila check in barang anda ya
3) FA, we know that tolong angkat beg is not part of your scope of works.. tapi kalau rasa mampu n larat nak tolong angkat kan barang.. rasanya tak salah kan tolong passenger.. sebab sometimes orang yang naik tu tak tahu rules, regulation and FA scope of works.. tidak salah kan tolong bantu membantu..hehe
4) kalau FA penat dah banyak sector bekerja.. boleh beritahu passenger dengan cara baik supaya tidak timbul tidak puas hati dari mana-mana pihak
5) Positive kan diri.. jangan panjang2 kan isu yang ada.. untuk passenger kalau FA tak nak tolong.. minta la tolong passenger lain.. ramai je biasanya yang sanggup membantu.. FA pula.. kalau passenger marah2 harap bersabar.. supaya apa yang tidak puas hati terhenti setakat itu sahaja dan usah lah di panjang2 kan isu itu.

Lastly, yang paling penting adalah kerjasama dan toleransi.. Insya Allah isu2 begini akan dapat di atasi.. ;-)

Itu sahaja untuk kali ini.. Daaa~~

Thank god! Masih ada lagi manusia yang baik hati di dunia ini!!

Fuhhh...fuhhh (Tiup sawang dekat blog ni..hehe).. *DahLamaTakPostCeritaApaApa*

Assalamualaikum semua!

Ni nak cerita sikit ni..Tadi kebetulan masa nak balik kerja (around 10.30pm).. kereta office mate tak boleh start la pulak kan.. saya pun apa lagi.. konon2 hebat la kan.. minta dia buka boot la bagai.. padahal bila buka tu bukan reti buat pape pun.. haha.. lepas tu nampak ada sorang pak cik ni lalu berdekatan dengan kereta.. jadi saya pun tanya la dekat pak cik tu kot2 dia boleh tolong kan.. tapi dua kali lima sahaja rupanya pak cik tu dengan kami.. haha.. tapi ok juga la sebab dia pun ada tolong tengok-tengok kan juga kereta tu.

Bila pak cik tadi berlalu pergi.. kami pun tercongok aja la di depan kereta tu.. tunggu kot2 ada prince charming yang datang nak membantu kan..haha! Tak lama kemudian ada lagi sebuah kereta parking berhampiran kereta kawan saya tu.. jadi saya pun cuba je la nasib tegur je mamat dua orang tu kan.. anddddd Alhamdulillah! mereka very helpful and tahu macam mana nak selesaikan masalah tu.. rupa2 bateri kereta ning (kwn saya) dah 'kong'.. jadi orang tu tadi cabut bateri kereta saya n try pasang dekat kereta ning.. hidup kan engine and Alhamdulillah berjaya..

Kesian diorang.. nak lemak makan dekat mamak tapi terpaksa tolong kami dulu.. ning ucap terima kasih n nak belanja makan as a token of appreciation.. tapi they refuse to take it.. n berlalu pergi.. WOW! baik kan diorang! cair den di buat nya.. haha.. Anyway to abang2 or adek2 naik kereta BEZZA tu thanks a lot for the help.. we really appreciate it!

*DahKawenKeBelum?KalauBelumKamiNakBerkenalanHaha* *Miang*

Ok. end of story.. Daaa~~

Wednesday, 19 October 2016

Pulau Langkawi & Pulau Payar & Pulau Tuba


Assalamualaikum semua! mesti annoyed kan tengok.. awat la minah ni tak habis2 post tentang Pulau Langkawi je ni.. boring la.. haha.. haip2.. tak baik tau cakap macam tu.. Pulau Langkawi ni dah kira macam my second home dah.. sebab tu suka sangat post tentang Pulau Langkawi. Ok.. seperti biasa petang jumaat baru pergi ke Langkawi.. after working hours la kan. Ticket flight beli a year before.. dalam RM120 sorang pergi balik KUL - LGK - KUL.. pergi masa bulan August 2016 yang lalu.

Malam tu.. sampai2 dah malam.. jadi kami singgah makan dulu di restaurant Mahsuri.. Trade mark dia ada UDANG BESAR sangat dekat entrance dia.. makanan Alhamdulillah sangat sedap! highly recommended! Macam gambar butter prawn bawah ni.. memang highly recommended..





Selepas selesai makan.. kami pun stay semalam di geopark hotel.. di pekan rabu di kuah. Hotel tu di area kedai2.. tapi dalam bilik cantik dan selesa. Sesiapa tengah cari budget hotel.. tempat ni boleh di consider.. masa tu harga dalam rm100 rasa nya.. ada 1 queen bed + 1 single bed..

Ke-esokkan harinya pagi around 9am kami ke jeti untuk bersedia nak ke Pulau payar. Bayaran untuk kesana dalam RM160/person (untuk naik feri dan makan tengah hari yg simple ada disediakan). Perjalanan ke sana menaiki feri lebih kurang 1 jam 15 minit.


Feri tersebut akan berhenti di tengah laut.. dan akan ada boat kecil ambil penumpang untuk dibawa ke jeti Pulau Payar.

 Air laut di sini warna nya memang sangat cantik!


 Jernih kan!!!


 Haaa.. tengok la kehijauan air laut tu.. best sangat..





 Di sini.. di persisiran pantai je pun dah ada baby shark.. jadi siapa yang teringin nak tengok shark dari dekat.. tapi takut nak tengok ayah shark.. datang la ke sini.. anda boleh tengok baby nya secara dekat.. memang menarik..



Setelah penat berenang2 di Pulau Payar kami pulang ke Jeti Kuah dan kemudian naik boat pula untuk ke Pulau Tuba. Malam tu kami tidak ada buat apa2 aktiviti kecuali makan dan tengok badminton sahaja.


Pada pagi ahad hingga pukul 2 petang kami banyak menghabiskan masa berenang di laut.. sebab air laut masa itu teramat lah cantik..

 










Selepas habis berenang.. kami pun bergambar di sekeliling Pulau Tuba (Padahal dalam kawasan rumah je.. hehe)




Ini lah jeti besar Pulau Tuba.. penduduk di sini lebih kurang 5000 orang. ramai juga kan orang yang tinggal di sini. Selepas itu, seperti biasa kami shopping di haji ismail group dan terus pulang ke rumah (KL).

Kos untuk trip kali ini tidak sebegitu mahal :
1) Flight ticket KUL -LGK - KUL : RM120.00
2) Sewa kereta dua hari RM200/4 orang : RM50.00
3) Pergi ke Pulau Payar : RM160.00
4) Duit Minyak Kereta RM50/4 orang : RM12.50
5) Boat Pergi balik dari Kuah ke Pulau Tuba : RM30.00
6) Geopark hotel 1 malam RM100.00/4 orang : RM25.00
7) Makan2 sorang dalam : RM60.00
TOTAL : RM457.50

Sekian, Terima kasih. Daaaaa~~



Thursday, 4 August 2016

Potluck Raya Celebration Dekat Office! (Raya 2016)

Assalamualaikum semua!

Sempena last day raya ni.. saya ingin mengucap kan selamat hari raya kepada semua! Maaf Zahir Dan batin kalau ada salah silap..

Raya kali ini office adakan potluck untuk sambut hari raya kecil-kecilan di office.. Jadi kami bujang2 ni gigih la pergi cari barang ramai2..



 Sempat dulu main2 kinetic sand dekat AEON BIG..


 Comel kan bantal ni!!

 Ini lah team DCC..

 Alhamdulillah makanan semua sedap2 belaka..













Alhamdulillah.. selesai sudah majlis hari raya office yang di adakan dengan meriah dan ceria..

Anda punya raya celebration macam mana? mesti best kan..

Itu sahaja untuk kali ini..

Daaa~~

Atiqah & Atie Last Day Practical

Assalamualaikum semua!

ok frankly speaking saya memang jarang la rapat sangat budak practical dekat office.. its not im rude or apa n tak ada la marah2 diorang pun.. cuma tak pandai kot nak rapat2 sangat..hehe tapi kali ni different sikit.. sebab maybe diorang ni peramah sikit..

Jadi untuk last day mereka kami bawa lah mereka jalan2 sikit.. after working hours.. kami terus ke Tim's Cafe.. which is our favorite place.. n kebetulan mereka juga tidak pernah kesana.. kami pun makan2 lah di situ.. 






Dan tiba2 setelah habis makan.. tiba2 ter-pop up dalam kepala untuk tengok wayang.. jadi kami terus ke Wangsa Walk untuk lihat cerita apa yang available.. dan kebetulan yang paling sesuai dengan timing adalah Lights Out!!! mula2 takut juga la nak tengok.. tapi menarik ok cerita dia! siapa yang belum tengok sila tengok..


ini lah dia atiqah dan atie.. comel kan diorang.. mereka di paksa untuk ambil gambar dengan bekas pop corn yang comel itu oleh along.. haha sian diorang kena buli sikit malam tu..

Anyway thanks to both of you sebab sudi practical dekat sini.. semoga dapat habis kan degree with flying colours. ;-)

Daa~~

Flight Murah!!!

Assalamualaikum semua!

Sejak dua menjak ini kan.. flight ticket selalu sangat ada promotion.. jadi saya seperti biasa tidak melepaskan peluang untuk beli beberapa flight ticket antaranya untuk ke Langkawi dan ke Johor.

Kebetulan adek sedang belajar di Johor.. jadi bila cuti selalunya dia akan pulang ke rumah.. jadi instead of dia kena drive sendiri pergi balik Johor - KL.. saya pun decide untuk belikan je terus flight ticket untuk dia. Dan memang la murah sangat2.. biasanya sehala dari Johor ke KL harga flight ticket dalam RM70 sahaja.. murah kan! kalau nak di bandingkan kena drive dari johor ke KL nak kena bayar kos untuk minyak lagi, tol lagi, wear and tear lagi.. banyak tu..

Jadi untuk bulan may, june n july hari tu sahaja.. lebih kurang 2 minggu sekali mesti dia akan naik flight untuk balik rumah dan ke johor.. sangat berbaloi.. tak lah sepenat kena drive sendiri kan.. orang selalu kata 'Eh.. dia ni naik kapal terbang macam naik bas je kan'.. adek pun jawab la 'A'ah.. betul la tu.. adek memang naik bas pun..airBUS kan'.. hehe..

Jadi sebelum anda beli ticket bus ke drive jauh2 ke.. maybe kalau berbaloi la kan.. cek la harga ticket flight dulu.. mana la tahu lagi jimat kan.. masa pun dapat save.. penat pun dapat di kurang kan.. yang mana tidak pernah naik flight maybe sekarang boleh lah cuba naik flight.. sebab kadang2 lagi murah dari ticket bas.. hehe..

Selamat men'search' ticket flight yang murah!

Daaaa~~

How To Change Flight Date & Time (Malindo)

Assalamualaikum semua!

Last month saya ada facing satu masalah.. dimana saya perlu tukar flight time and date kerana meeting postpone.. dan untuk beli tiket baru harga nya agak mahal.. jadi saya decide untuk call malindo service centre.. Tapi Masya Allah!!! susah nye la nak pick up phone (maybe ramai sangat yang bermasalah call mereka kan).. Banyak kali juga la saya cuba.. setiap kali tunggu suara nyanyi2 n iklan malindo keluar dekat phone tu.. sampai boleh hafal dah ape yang diorang cakap.. haha.. setiap kali call hampir 20 minutes saya tunggu.. lama kan!

Tapi finally kali ke 7 call.. dapat la bercakap dengan operator.. operator pun kata : 'cik boleh terus ke website untuk tukar masa penerbangan.. nanti di situ akan di inform terus berapa amount yang perlu di bayar'.. (dalam hati berkata2 'wahh senang je rupa nya.. membazir masa je dari tadi dok tunggu malindo pick up phone')..

Saya pun kemudian terus ke website malindo.. dan :
1) Pergi ke Manage Booking
2) Fill in the 'PNR', 'First Name' & 'Last Name'
3) Nanti dia akan tunjuk detail flight kita dan lihat di bawah sekali akan ada pilihan..
    a) Add Insurance
    b) Add Baggage
    c) Change Flight
4) Choose yang change flight tu.. dan pilih tarikh or details seperti yang kita mahukan
5) Kemudian jika ada penambahan bayaran.. amount nya akan diberitahu.. dan after selesai pembayaran di buat.. maka dah bertukar lah flight time anda..

Mudah kan!!! jadi sesiapa yang nak change flight time untuk malindo.. tak perlu lah untuk call malindo.. anda hanya perlu ke website mereka dan boleh tukar sendiri ke masa dan tarikh yang baru mengikut kehendak anda.

Selamat Mencuba!

Sekian, terima kasih.

Daaa~~~

Monday, 13 June 2016

Air Asia Tengah buat sale!!!

Assalamualaikum semua!!!

Kepada sesiapa yang dah lama teringin nak jalan-jalan tetapi terbantut.. sila lah pergi ke wesite airasia sekarang! sebab mereka sedang mengadakan promotion untuk ticket.. memang berbaloi-baloi. seperti biasa saya akan grab untuk beli flight tiket ke langkawi untuk tahun hadapan.

Sale nya bermula pada 13/6/2016 - 16/6/2016!!! cepat2 sebelum terlambat.. tapi biasa la kan kalau murah tu lambat la baru boleh terbang.. anda tempah sekarang tapi untuk penerbangan tahun hadapan.. dari bulan januari 2017 sehingga bulan august 2017. Jadi sila lah rancang perjalanan anda dengan sebaik nya.. yang mana ada anak-anak boleh lah start search calendar cuti sekolah tahun 2017.. jadi boleh pilih masa yan sesuai untuk travel bersama anak-anak.

Itu sahaja untuk kali ini.

Selamat Berpuasa semua.. semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. dan semoga sama-sama kita mendapat keberkatan di bulan ramadhan yang mulia ini.

Daaaa~~~

Sunday, 29 May 2016

Tanah Aina Farrah Soraya

Assalamualaikum Semua and a very good evening to all,

Mesti ramai yang pernah dengar tentang tempat ni kan TANAH AINA. Dari masa belajar dulu lagi kawan saya dah ajak untuk datang ke Tanah Aina. Tengok dalam website memang la sangat menarikkan. Tapi masa tu tengah belajar kan.. mana la nak korek RM300 untuk pergi tempat2 macam itu. Jadi simpan sahaja lah hajat untuk kesana.

JAdi kebetulan, ayah ajak untuk melihat tempat Tanah Aina tu.. maka apa lagi.. happy sangat la kan..
Jadi kami pun meredah la jalan untuk kesana.. kami ikut waze sahaja cari Tanah Aina Farrah Soraya (tapi rupa2 nya tanah aina ni ada banyak tempat eh.. kedai makan pun ade jugak.. yang kami pergi ni yang executive kata nya.. lagi satu tempat lain adalah glamping area.. tapi tak pasti la yang tu di mana).


ok sampai je di sini.. kami tunggu di area parking dan akan ada kenderaan datang untuk bawa kami ke kawasan Tanah Aina yang ada resort2 dia tu.. bayaran di kenakan RM50/car trip tu naik ke atas (pergi balik la kiranya).



 Naik ke atas ni mengambil masa lebih kurang 10 - 15 minit.. jauh jugak kan.. jadi berbaloi2 la bayar RM50 tu.

ini lah keadaan suasana di Tanah Aina apabila sudah sampai di atas.. and akan ada guide bawa kita jalan2 tunjuk tempat..



Angah Bags Collection (Part 2)

Hi Assalamualaikum Semua!! Ini sambungan untuk video review / unboxing bag saya tu .. Hope you enjoy the video.. ;-D Thank you. R...